My Followers

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa..



Assalamulaikum


pendek je entry kali ni juz nk ucap SELAMAT BERPUASA KPDA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SAUDARA ISLAM KU...MOGA BULAN RAMADHAN INI MEMBAWA KERAHMATAN DALAM HIDUP KITA INSYAALLAH......

DAN SELAMAT BERCUTI~~

HEHE CUTI SEMINGGU NI AIN XDAPAT UPDATE BLOG INSYAALLAH NNTI AIN UPDATE UNTUK ENTRY PASAL GUNUNG JERAI..OK SEE U NEXT TIME

NAK BALIK KAMPUNG~~~~

Wednesday, August 19, 2009

SaYA ANak KEduA~ kak ngah


Assalamualaikum....
Hehe bulan puasa da nak dekat...nak balik rumah~~
tapi sebelum tu kena pergi Gunung Jerai dulu...huhu malas tau nak kemas barang...huhu

Ok la..harini ain nak cerita pasal sindrom anak kedua..
ain ni anak kedua dari 3 orang adik beradik...
atas ada abang ku AZAM dan adik YAM...
Beza dengan abang hanya setahun je tapi dengan adik banyakkk beza...8 tahun..soo lama jugak la ain pegang title anak bongsu..hehe..tapi manja tak kurang taw...lebih dari yam manjanya..wawa

Kata orang anak kedua ni membawa sifat AIR...atau pun AYOR.hehe
Katanya anak kedua ni selalu ingin kan perhatian..hehe SETUJU~~
Ain memang suka mencari perhatian ni..heheeheheee kalau bab-bab memeriahkan keadaan memang tugas ain la..heeheheh

Lepas tu menurut teori Alfred Adler..anak kedua ni lebih agresif berbanding anak sulung...hehe agresif??macam tak je...hua3...lembut la ain ni...tapi kalau marah siap la...mimpi ngeri la u all...hehe

Anak kedua juga selalu dibantu oleh ahli keluarga...sentiasa ada penyokong di belakang dia...hehe btui la tu..ain ni sentiasa perlu disokong untuk menjadi kuat...huahua

anak kedua juga mempuyai daya saing yang tinggi..selalu ingin menyerlah dari adik bradik dia..haha btui......sangat btui

em ok la tu je yang dapat ain huraikan...
nanti next post ain sambung..nk pi makan...hehe
wassalam...

Thursday, August 13, 2009

SePeTanG Di PadAng NetBaLL


Assalamualaikum....

hurmmm..masa ain menaip entry ni..ain tgh demam...huuuuu tapi disebabkan boring tak tau nk buat pe duduk dalam bilik ni....ain hanya nampak blog ni je..huuhu...
Ain ni kalau demam mesti terlebih emosi...malam sebelum tidur nangis je...malam tadi berliter-liter air mata...teringat semua kisah sedih...kisah yang buat ain terharu...kisah yang menyakitkan hati ain...tapi tak pe...sebab lepas tu ain akan cari apa sebabnya balik..hihi..doakan ain cepat sembuh dan terhindar dari wabak ye.....

Erm ok back to our main title....
Tanggal 11 Ogos 2009...pukul 5.30 petang..dengan kaki yang malas bergerak...mata yang berat untuk diangkat dan kepala yang serabut dengan pameran..huhuhu ain melangkah dengan PENUH BERSEMANGAT ke padang untuk main bola jaring.Ain wakil untuk sem 3..kumpulan THE BLACK PEARL..nama bukan main....huhu..

Penat sungguh..lama da tak main...masa tu pun rasa macam nak demam da...kena belasah la apa lagi...walau apa pun..tu satu pengalaman..bila lagi kan..hehehe

Antara yang terlibat petang tu..ain..ezzaty..kak nurul..nina..and yasmin sbg penonton je..

kumpulan kami tak cukup orang terpaksa import adik2 junior..huhuhuhu...kami memang suka main tak cukup orang..haha

ok di bawah ni antara gambar - gambar petang tu...


muka penat...pink + hitam = ??


lepas habis main..= kami berjaya!!!! DITEWASKAN..huhu


tumpukan pada orang yg berbaju hitam dan bertudung kuning..dia manyak wat salah..wawa


with ezzaty.....pejuang!!!


dengan tiang pun jadi...

penyokong yang setia..walaupun dia sorang je penyokong kami.. >.<

keputusannya..kami kalah..malas nak sebut bape point nye..hehe
ain menjadi orang yang paling banyak wat salah..hahahha
tapi tak pe..belajar kan..
ok itu je yang ain nk story..happy skit sebab program semarak perpaduan di tunda lepas raya..hehehehhehhehe

nk tumpu wat assignment plak ni..

wassalam....


Sunday, August 9, 2009

MenJAwaB Tag EncIk VamPIre...

Assalamualaikum..
hari ni post hanya utk menjawab tag dari encik vampire..
walaupun xtaw siapa gerangannya(hanya taw dia senior kt maktab..huhu)
Anyway salam perkenalan...
mari kita jawab...


Soalan tentang diri anda:

1. Anda rasa siapa anda?

Saya Nurul Ain Zubaidah binti MOhamad Khalid..seorang insan yg berumur 19 tahun ++..

2. Dilahirkan di?

Hospital Teluk Intan,Perak

3. First ever school?

Tadika Kemas Batu 13

4. Asalan di mana?

Bagan Datoh , Perak

5. Cita-cita?

Teacher..

Soalan mengenai si dia

6. Penah bercinta?

tak.. *lalalala entah la...

7. Adakah dia romantik?

xtaw...

8. Da berapa kali dating dengan dia?

ermm...xbyk sbb blajar je..hehe

9. Apa perasaan kamu pada dia sekarang?

juz friend..

10. Di mana kamu berdua mula-mula jumpa?

Tadika..hehe

Soalan mengenai perasaan kamu

11. Penah dikhianati?

pernah...masa kcik2..hehe

12. Penah disakiti hati, perasaan serta fizikal

pernah...

13. Bila kamu dimanja, dibelai?

bila balik umah..oleh family tercinta

14. Bila kawan kamu yang jarang bercakap dengan kamu memberi hadiah even it is not your birthday?

Suka...tapi balik umah fikir balik..dan berasa sangsi..

15. Bila dapat tau yang kawan kamu sudah tiada?

Sedih....

Soalan mengenai kawan-kawan kamu.

16. Kawan paling rapat?

Diana..Saibah..Normah..Hana..Ayu..

17. Perwtakan kawan yang anda suka?

Fun..Kuat agama...baik hati..

18. Bila kawan makan kawan?

Eeeee geramnyee..

19. Perasaan bila kawan kamu mendapat sesuatu yang dia nak?

ermm suka bg pihak dia..

20. Adakah kamu nak perasaan tu jgak?

Yep..

Soalan saja-saja.

21. Penah dicium atau cium orang?

Cium Mak..adik..dan baby2 yg cute..

22. Penah menyentuh kawan bukan sejenis?

x..bukan muhrim laa...

23. Penah ada perasaan nak ke kemuncak Everest?

Pernah..~

24. Nak ke Italy? Kenapa?

Nk naik PISA..

25. Apa anda rasa tentang tag ini?

ermmm.......tag salam perkenalan..haha

Thursday, August 6, 2009

LoVe VerSus FrIenDsHip...


a yellow rose.. flower of friendship

Assalamualaikum.....
Harini ain nk post something yg menarik minat ain bila terbaca benda ni...
Hayatilah......


Cinta..

Cinta itu banyak pengertian..

Tapi bagi ku cinta adalah...teman sejati..

Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenali mu dengan sebenar - benarnya iaitu baik dan burukmu..
Setiap yang kita lakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..

Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang..oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya..sebab keelokan paras dapat menyesatkan..

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya..kerana kekayaan dapat memusnahkan...

Tertariklah kepada seseorang yang mampu membuatkan mu tersenyum..kerana senyuman dapat membuatkan hari - hari yang gelap menjadi cerah...

Ibarat kata orang..setiap bunga mawar itu ada durinya..dalam kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan..seperti durian berduri kerana sedap isinya..kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya..dan begitu juga mawar berduri kerana harum baunya...


Dan jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian dari hidupmu..tetapi atas sesuatu sebab dia terpaksa pergi..jangan terlalu sedih.. terimalah kenyataan itu dan sekurang - kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..tetapi...apabila ada yang datang..jangan biarkan ia berlalu pergi..dan jika esok ia masih bertandang..jangan harap ia akan kembali..


Persahabatan adalah satu cinta....cinta yang abadi..



ermm..best kan skrip ni..dipetik daripada filem HEART..
membuatkan kita terfikir bahawa betapa pentingnya sahabat...mungkin kadang kala kita terpaksa mengecewakan sahabat demi kekasih hati...dan kadang kala kita terpaksa memilih antara dua...orang kata berkawan biar beribu..bercinta biar satu..dan apa salahnya ditambah lagi...bersahabat biar selamanya...

Sayang sahabat lain dengan sayang kepada keluarga..kekasih atau sesiapa pun..ada satu titik rahsia yang unik membezakan antara sayang sahabat dengan yang lain..
kita sebagai seorang individu yang dikurniakan akal dan perasaan harus mencari dimana titik tu..

Sayang sahabat - sahabat ain semua..love u all sooo much...
Semoga persahabatan yang terjalin ini kekal hingga bila-bila...amin..

Wassalam...