My Followers

Thursday, March 31, 2011

Dia Bahagia..Kamu Bahagia..Mereka Bahagia..Saya???


Assalamualaikum..hari ni ain nak kongsi-kongsi lagi..dan kali ni ain terbaca dalam blog ni
Mesti kita selalu rasa yang kita ni kadang-kadang tak bahagia,tak tenang macam orang lain yang kita rasa bahagia sangat dengan kehidupan kita...sebenarnya banyak benda yang buat kita bahagia...kalau rasa susah hati atau marah....ingat ALLAH kerana bila kita dekat dengan DIA,DIA dekat dengan kita...lepas tu ingat family kita...mak abah...kerana kasih sayang mereka takkan pudar...sentiasa bertambah-tambah...kalau boypren ke gepren ke..kalau dah 2 tahun berin relationship..ada la yang tak kenanye...lain la kalau dah kawen kan???(ish pandai je budak ni bercakap hal orang-orang besar)...heheheh

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….

4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5.Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

ain : bahagia itu ada di mana-mana...kadang-kadang kita yang terlupa....sentiasa mengatakan diri itu keseorangan...sayang tu banyak... :)

Tuesday, March 29, 2011

Daki Puncak Impianmu...Simpulkan Ikatan Dgn Doa.Usaha.Tawakal dan Sokongan Org Lain...Dakilah Puncak Itu..~




I was looking at my dream that is being deemed far away,
And I was standing blankly.
I don’t have anything left any more
I thought about giving up everything, but….
I am standing up again

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards…
the dream that I am going to meet some day.

As I’m thinking if it’s going to end like this,
A fear constantly comes.
I’m hesitating but….
Deep inside my heart,
There’s an unstoppable beating.
that drags me forward.

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards…
the dream that I am going to meet some day.

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards…
the dream that I am going to meet some day.

p/s: impian tu milik kita..kita kejar..kita mahu..kita usaha...kalau tak usaha nk dapat mcm mana kan..VC kat atas tu sedutan dalam Drama Korea Dream High..si penyanyi itu adalah Samdong...dia disahkan pekak kerana gegendang telingan rosak dalam 1 kemalangan....impian dia nak jadi penyanyi...dia nak putus asa sebab muzik itu adalah halwa telinga..kalau telinga tak berfungsi apa lah muzik..in the end, he gets a standing ovation, and he cries out of pain and relief — his dream’s not dead, but the revival of an almost-dead hope is a painful thing...hasil sokongan dari kawan dia..dia yakinkan diri yang dia boleh...

kita perlukan orang lain...utk sayang kita...bagi sokongan..sentiasa ada bila kita memerlukan..that what friends n family are for~

Friday, March 18, 2011

Jangan Buruk Sangka..Buruk Tau Buruk Sangka Tu...~


Assalamualaikum...mari ain nak kongsi satu tazkirah..jom! :D

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya


dikongsi dari :http://tok-ayoh.blogspot.com

ain : janganlah kita buruk sangka dengan orang lain..pandang dari sudut positif.. :)
kalau kita pandai nilai orang seburuk yang kita sangka..kita tak tau apa yang orang lain nilai kita kan?jadi jaga la tingkah laku diri agar sedap dipandang dan hati kita pun tenang insyaALLAH...nasihat utk diri ini juga.. :)

ain yg suara tak berapa garang disangka kanak-kanak! ooo no..ehehehe

Monday, March 14, 2011

Kerana Dia Kekasihku..Aku Tinggalkan Kau Sahabatku...wAh! :)


Assalamualaikum..

lokasi : Rumahku Tercinta ( kat meja study ) *tp tak study pun* =.="
mood : banyak asgmen tapi malas nak buat..eh bukan malas..mood tak datang lagi..haha~

ok..tajuk kata atas tu macam pelik je..sebab ain yang type pun rasa pelik...macam lari je dari tema sebelum sebelum ni kan? ermmm...okeh abaikan..

pernah tengok tak drama-drama melayu ke...korea ke...indonesia ke...thailand ke...(ok nampak sangat saya kaki drama) kan ada situasi atau selalunya la kan klimaks drama tu..kawan makan kawan,kawan rampas boypren,minah dan rosnah kawan baik..tapi putus sebab leman...macam-macam la kan yang sewaktu dengannya..macam dah cliche sangat ni...

cinta boleh putuskan sahabat...malah hubungan silaturrahim...contoh,kiah lari dari rumah sebab nak ikut badang ke singapura...tinggal keluarga dia..,pergi tanpa berita..macam tu la..erm tu la kadang-kadang cinta ni membahagiakan tapi dalam masa yang sama membuat orang lain merana....tak seimbangkan cinta macam tu...

adegan lain yang plak macam ni....si bedah sayang sangat kat bf dia si abu..tapi besfren bedah,limah tau yang abu tu main kayu tiga kat belakang bedah...limah cuba nak bagitau bedah pasal kekurangan ajaran abu tapi akhirnya bedah tak percaya kat limah dan mengatakan bahawa limah cemburu dengan hubungan dia dengan abu..lalu bedah memutuskan untuk tidak lagi berkawan dengan orang yang dianggapnya sebagai penyebuk tepi kain orang tu sedangkan dia dengan limah dan berkawan sejak mereka kali pertama merasa eskrem pop lagi...ish4...rumit3~

bila kita fikir balik...kepada mana-mana yang sudah terjebak dengan cinta (saya belum!! kot) kita sanggup kecewakan kawan baik kita yang dah kenal lama mungkin sejak kita celik mata lagi...sebab seseorang yang bernama cinta kita?kalau satu hari ain diberi pilihan..antara dia sahabat dan si dia cinta...ermmm...sedaya upaya akan dijauhkan dari pilihan itu...mungkin lari lari dan lari..sebab ain sayang sahabat-sahabat ain...dan pada si cinta itu.....sayangnya mungkin ada dan lebih jika halal aku padanya nanti...(sape sape?xtau...)

Kalau nak nak tau...semua yang berkaitan hati dan perasaan ain rujuk dekat sahabat-sahabat ain yang 5 orang tu (ayu,diana,normah,sebah dan hana)..tapi ada jugak kadang-kadang mengelat tak nak story sebab malu??haha ngada3..~ :P tapi dorang ni jenis kuat pengorek rahsia la...macam Abg Nas melodi tu..ish3...stress stress ain dibuatnya...kekeke~

Jadi kalau ada kes yang melibatkan kedua-dua pihak macam ni..kita nilai dengan betul..jangan mengecewakan pihak yang betul kerana pihak yang kita sayang..dan jangan bahagia bersama pihak yang kita sayang dan mengecewakan pihak yang menyayangi kita...

Lagipun kalau kita tengok baik-baik...cinta ALLAH itu yang utama..Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti

Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci

Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran

Cinta Allah tinggalkan laranganNYA
Cinta manusia meninggalkan syariatNYA

Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan

Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan tuhan

Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian

Cinta Allah meridhoi ujian
Cinta manusia meridhoi kemaksiatan

Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada

Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan
Cinta Allah bersulam redha dan keampunan
Cinta manusia meresahkan perasaan...

Thursday, March 10, 2011

Wonderful Moments Here in Sanglang :)

Assalamualakum...

Em esok hari last ain PBS kat SK Padang Keria,Sanglang,Perlis..wuu bagi alamat penuh tu..hehhee..1st time ni buat PBS kat tempat orang.saja rasa angin Perlis kan..hehe..duduk kat sini rasa macam duduk kat kampung sendiri je..semuanya mesra-mesra..family Yasmin jaga ain baik-baik tau..hehe..

ni ceq nak habaq mai sikit na(testing speaking utara skit..hehe kalau salah tolong betulkan naaa) ...walaupun kampung ceq nun jauh kat Teluk Intan tu pun ada sawah bendang ni ha....tapi bila ceq mai peghelih ni...ceq sakan dok begambaq...sampai tahan panaih tughun petak bendang lpaih balik skolah semata-mata nak begambaq...kalau kat kampung sndiri tu ceq buat tak tau ja sawah kat sana...apa nak jadi ni ain oiii~


SK Padang Keria pun best jgk...macam-macam ain doq dapat masa kat sana...tengok macam mana keadaan bila nazir mai cek sekolah...macam mana uruskan stor sukan...handle adik-adik prasekolah...semua tu pengalaman.. :)





apa-apa pun ni smua pengalaman yang bakal ceq bawak untuk masa depan nanti insyaALLAH...tu la pentingnya PBS...pengalaman berasaskan sekolah..bukan photoshoot banyak2 kat sekolah naaa ain..hehehehehheehehe~



Wassalam