My Followers

Thursday, July 9, 2009

PPSMI....Bye bye..such a great experience with you..


Assalamualaikum...
ermmm minggu ni macam biasa...hari - hari ain dipenuhi dengan kelas dan tidur...*eh tercakap pulak..wawa..
lecturer pun tak masuk sangat dan senang hatinya kami meng'onlinekan' diri...hehe..
minggu ni juga elaun masuk..hahahahahahha ain da menggunakan wang tu dgn berhemah..*shopping kasut..baju..foods..berHEMAH kan???
erm sekarang ni semua da tau kan yang PPSMI da kena bubar dan akan mula pengajaran dalam BM pada 2012..ada pro dan kontranya..kita tunggu dan lihat je nanti..

Sebagai anak yang lahir dengan PPSMI kohort 1...ain rasa pelik ...yelaaa sbb kita da belajar benda ni kan tiba2 dibubarkan...tapi walau apa pun..ain berharap selepas ni taraf pendidikan negara akan lebih meningkat naik..

pengajaran dalam BM akan dimulakan dan bagi SJK Tamil dan Cina pula akan menggunakan bahasa ibunda mereka..
Pembelajaran BI juga akan dinaik taraf dengan langkah2 berikut :-

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). adakah ain akan mengajar BI????

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.



ehsan dari utusan online..
ermmm semoga kita bersama menantikan hasilnya...!!! hehe
ermm esok ain nk balik kampung!! suka2...

wassalam..