My Followers

Saturday, January 15, 2011

Oh~ Itu Dia...Seorang Guru...~


Assalamualaikum...

Mula-mula...SELAMAT HARI JADI BUAT ABANG TERSAYANG..NOOR AZAM HAFIZI BIN MOHAMAD KHALID...DAH 22 TAHUN....SEMOGA SENTIASA DIBERKATI ALLAH DALAM SETIAP PERKARA YANG DILAKSANAKAN...SEMOGA PEROLEH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT DAN MENJADI SEORANG GURU YANG CEMERLANG..AMIN.. :)

Sebut pasal guru cemerlang,mari kira relate dengan tajuk kat atas tu....seorang guru...

Dulu..dalam umur 6-7 tahun..memang dah tanam cita-cita nak jadi cikgu ni..sebab apa? sebab cikgu tadika masa tu,Cikgu Anum baik sangat,jadi pemikiran seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun yang suka meniru atau cepat terpengaruh ini sangat la tertarik dengan kerjaya guru ni... :)

Maka dengan tu selalu la main permainan CIKGU-CIKGU~ pegang rotan,ada kapur dgn papan hitam,buku dan pen merah..lengkaplah si ain dengan watak cikgunya...antara anak-anak murid yang terlibat masa tu Ila,Sapura,Adah dan Aja...hehe senyum sorang-sorang ni bila ingat balik.

Tapi bila umur dah meningkat..masuk sekolah menengah..ada minat lain yang datang...menulis...best jugak bila jadi wartawan...tapi masa tu masih meletak guru sebagai pilihan kerjaya utama....macam belah bahagi je...
Bila habis SPM...stress nak pilih bidang apa dengan keputusan SPM yang tak seberapa tu kan =.=" ada hati jugak nak jadi lawyer..hehehehhee...bila dapat masuk maktab feeling tu tiba-tiba ada....ain jadi cikgu nanti? mak abah pun suka....yes! dah pilih...saya akan jadi cikgu... :)InsyaALLAH

Kerjaya seorang guru bukan setakat berdiri di hadapan kelas,mengajara mengikut sukatan,semak buku latihan...tapi banyak lagi...boleh dikatakan sebagai multitasking....semester ni belajar Pegurusan Bilik Darjah..ada banyak input-input yang menarik..kadang-kadang bila Dr Chin keluarkan satu idea tentang siapa guru ni,rasa macam ada katak dalam jantung nk melompat-lompat keluar(apa punya analogi ni???? =.=" )

Pernah dengar kenyataan ni???? Guru ialah seorang pengurus bilik darjah atau orang kampung ain kata Classroom Manager?..em best kan? hehehe....kata Dr Chin~ "bila orang tanya kita kerja apa...jangan jawab mcm ni = Cikgu JE~ JE??? Je tu macam tak suka dan rendah sangat standard jadi cikgu ni kan..ish3..hehe kita boleh jugak cakap cmni...saya seorang Pengurus Bilik Darjah...waaa..hehehehe~ menjadi seorang guru ni banyak keistimewaannya...

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.” (Ibnu Majah)

Banyak kelebihan yang dikurniakan kepada orang yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan berguna. Ini kerana usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. Orang yang mengajar ilmu kepada orang lain bilamana orang yang diajar itu mengamalkannya, dia juga akan diberi ganjaran pahala tanpa mengurangkan pahala pengamalnya.

Guru ialah pendamping di sisi murid..guide by the side...dan bukan hanya berdiri di atas pentas dan menuding jari...pembimbing dan penyokong....seorang penghibur...
Tiada murid yang mahu mengecewakan gurunya yang telah membimbing dan menerima kehadiran mereka...pastikan anak murid kita mempunyai perasaan ini..."Saya tak nak tengok cikgu saya sedih kerana saya gagal!"

Kehidupan selama 2 tahun lebih di IPG KTB ini mengajar bagaimana persepsi seorang guru kepada diri ain...I want to behave like a teacher..I want to look like a teacher and I want to be a teacher~ a great teacher..banyak lagi yang perlu ain belajar untuk ain mengajar....the spirit is there....usaha lagi...usaha lagi...diri ini masih perlu belajar... learning process never stop.


Terima kasih buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar ain dulu...anda semua inspirasi saya....baru ain tau betapa berat,susah dan sukar memegang nama...CIKGU...

Wassalam.....

Wednesday, January 12, 2011

Si SemuT!!!


Assalamualaikum...harini mari kita baca pasal haiwan kecil molek ni...tapi kecik-kecik cili padi tau~ haaaa lagi-lagi yang warna merah...aduiii klau kena gigit sakit tuuuu........kerajinan dan kegigihan semut ni harus ckita contohi...pandang2 fikir2 tau~hehee :) mari kongsi ilmu...


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian ? mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

- Artikel iluvislam.com

Monday, January 10, 2011

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..

Assalamualaikum...jom kongsi2 baca ni~ :)

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:
FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.
والله اعلم

Di copy dan paste dari saifulnizam.blogspot..

ain :Jagalah hati..jgn kau kotori :))

Saturday, January 8, 2011

Bersabarlah Dalam Diammu...


Assalamualaikum..mahu berkongsi catatan sahabat di fb.. :)

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...

itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt.
pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ...
kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

kerna...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

karena yakinlah…. Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. bersabarlah dalam diammu…

ain : cinta tak semestinya perlu diungkap...bahaya hati itu lari dari asalnya...hanya diam dan tunggu masa yg tepat dan org yg tepat utk mndgr luahan hati itu...