Assalamualaikum...
Lama meninggalkan,terasa rindu pada blog kesayangan.. :)
Hari-hari cuti dilalui dengan keluarga di mata,sgt indah...otak pun mula nak berkarat sana sini..kurang rajin mencari , membaca...tinggal semua aktiviti bila tak cuti...ain ain..apa nak jadi ni.. T.T
Cuti semester kali ini macam rasa sibuk sikit dari biasa...menguruskan hal-hal rumah,baru nak p belajar memandu (saya diantara pelajar yang tua di dalam kelompok remaja =.=" ) tolong majlis perkahwinan sepupu kesayangan Ila dan Suami , dan terus memenuhi jemputan perkahwinan kawan-kawan,saudara mara..selamat berbahagia diucapkan kepada KaK Sara dan Suami(classmate),Abg Moain dan Isteri(sepupu) dan Ila & Suami...doa ain mengiringi anda semua..
Kadang-kadang ada juga rasa malas nak ikut mak abah p kenduri ni..tapi siap la mak sound direct~ "nanti xde sape nak p kenduri kamu baru tau!" mak berfikir agak advance ye di situ hehe~
berbalik kepada tajuk di atas..ain tertarik dengan status dari FB Hilal Asyraf yang berbunyi :-
"Cinta itu, perlu dipandu dengan keimanan.
Sebab itu, kita bukan pilih suami/isteri hanya kerana wajah, harta, juga kebaikan mereka kepada kita. Tetapi kita lihat bagaimana usaha meraka dalam mentaati Allah SWT, usaha untuk memahami agamaNya dan sunnah RasulNya.
Kalau 'terjatuh cinta' pun, kita kena banyak muhasabah dan melihat semula. Apakah benar ingin meneruskannya? Atau kita tekan butang 'pause' dan mula laksanakan muhasabah, pemeriksaan. Ikut perasaan, atau ikut panduan keimanan?"
Subhanallah..terkesan hati ain bila baca kata-kata ni...
Cinta itu memang indah,cantik dan membahagiakan..tapi jika salah arah bawanya maka tak
semudah kata cinta itu akan menjadi indah dan membahagiakan. Jangan cinta yang tidak pasti diagung-agungkan hingga mengabaikan perkara yang baik bagi kita.
Cinta. Indah. Cantik.
Hanya untuk yang mengambilnya dalam bentuk yang sebenar,
Bersama kefahaman yang jelas,
Jika tidak cinta hanya akan merosakkan,
Busuk, jijik,
Dan mengundang kecelakaan.
Jika baik cara dan arah cinta itu,maka insyaALLAH baiklah kesudahannya. Jangan biar cinta mengepalai hati..jangan biar cinta memandu arah hidup. Kalau cinta pada Tuhan , cinta pada IbuBapa , Cinta pada Keluarga , cinta pada sahabat... lambakkan cinta itu pada mereka. Jadikan kehadiran kita sebagai tonik gembira mereka..jadikan senyuman kita sebagai ubat hati mereka..jadikan kejayaan kita sebagai penyeri hidup mereka :)
Kalau terjatuh cinta? PAUSE la dulu... :)