My Followers

Wednesday, October 14, 2009

antara skema dan tanggungjawab

Assalamualaikum...

Ermm harini macam tak de mood..lagi-lagi macam tak berapa nk sihat..entahlah...bila kedua-dua perkara ni bergabung...huhu boleh sakit 1 badan..

Kawan - kawan semua tau tak perbezaan menjadi skema dan bertanggungjawab?
ermm kalau kita analisis apa itu skema..mungkin terus terdetik seorang yang berpakaian lengkap..berkaca mata tebal..bersisir rapi...erm tapi itu mungkin dari sudut fizikal sahaja.Cuba kita kaji dari sudut dalaman...seorang skema itu adalah seorang yang mematui peraturan..mendengar kata..dan mengikut perinsip hidupnya..mungkin dari segi luaran aspek fizikal boleh diubah..menjadi seorang yang cantik atau tampan..tetapi dari aspek dalaman....mungkin tidak perlu..tapi hanya perlu menjadi lebih optimis dan yakin.

Bertanggungjawab...satu nilai yang perlu ada dalam diri..terutamanya untuk menjadi pemimpin yang berkaliber...tapi sifat tanggungjawab itu perlu sokongan dan dorongan orang lain..jangan pula memberi kritikan sahaja...namun kritikan juga perlu ada...yang membina sahaja ok..yang penting diri individu itu sendiri..hurm..

Wassalam..

Tuesday, October 13, 2009

dalam proses berfikir...

Assalamualaikum..

ermm da lama ain tak update blog ni...da macam dianak tirikan je..hhehe
ye la walaupun sekarang ni macam lapang skit tak de aktiviti..atas sebab line tak boleh nk connect la ain jarang update blog sekarang ni..

Dalam tempoh masa lapang ini *walaupun tau ini adalah masa untuk study...hehe
ain banyak berfikir..berfikir tentang suasana di sekitar ain..sikap manusia...perlakuan sesama manusia..penghijrahan...situasi politik negara...apa yang ain fikirkan ni macam membantu ain menghadapi kehidupan...

Sejak kebelakangan ini..ain lebih berminat untuk mencari maklumat tentang perkaitan perkara lain dengan agama Islam. Ini kerana kalau tak di explore mesti kita tak tau semua tu..kan?

Setiap malam sebelum tidur ain berfikir seperti membuat refleksi tentang hari itu..kadang - kadang diiringi dengan gelak tawa sendiri...dan kadang-kadang dengan iringan linangan air mata...huhu

Rasanya itu sahaja apa yang ain rasa ain ingin coretkan di sini...sebab tak de idea..huhu

Wassalam..

Kerinduan terhadap keluarga..nantikan kepulangan kakak Khamis ni..