Assalamualaikum.....
Harini ain nk post something yg menarik minat ain bila terbaca benda ni...
Hayatilah......
Cinta..
Cinta itu banyak pengertian..
Tapi bagi ku cinta adalah...teman sejati..
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenali mu dengan sebenar - benarnya iaitu baik dan burukmu..
Setiap yang kita lakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang..oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya..sebab keelokan paras dapat menyesatkan..
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya..kerana kekayaan dapat memusnahkan...
Tertariklah kepada seseorang yang mampu membuatkan mu tersenyum..kerana senyuman dapat membuatkan hari - hari yang gelap menjadi cerah...
Ibarat kata orang..setiap bunga mawar itu ada durinya..dalam kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan..seperti durian berduri kerana sedap isinya..kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya..dan begitu juga mawar berduri kerana harum baunya...
Dan jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian dari hidupmu..tetapi atas sesuatu sebab dia terpaksa pergi..jangan terlalu sedih.. terimalah kenyataan itu dan sekurang - kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..tetapi...apabila ada yang datang..jangan biarkan ia berlalu pergi..dan jika esok ia masih bertandang..jangan harap ia akan kembali..
Persahabatan adalah satu cinta....cinta yang abadi..
ermm..best kan skrip ni..dipetik daripada filem HEART..
membuatkan kita terfikir bahawa betapa pentingnya sahabat...mungkin kadang kala kita terpaksa mengecewakan sahabat demi kekasih hati...dan kadang kala kita terpaksa memilih antara dua...orang kata berkawan biar beribu..bercinta biar satu..dan apa salahnya ditambah lagi...bersahabat biar selamanya...
Sayang sahabat lain dengan sayang kepada keluarga..kekasih atau sesiapa pun..ada satu titik rahsia yang unik membezakan antara sayang sahabat dengan yang lain..
kita sebagai seorang individu yang dikurniakan akal dan perasaan harus mencari dimana titik tu..
Sayang sahabat - sahabat ain semua..love u all sooo much...
Semoga persahabatan yang terjalin ini kekal hingga bila-bila...amin..
Wassalam...