Assalamualaikum w.b.t...
Orang yang malas menaip entry dah kembali...sibuk dengan hal-hal kampus,hal-hal kehidupan sendiri..hal-hal hati...dan hal-hal lain..tapi kini kembali dan ingin menulis,ingin bercerita,ingin berkongsi rasa,berkaitan saudara-saudara kita yang berjuang di sana...dulu dan masih berterusan di Palestin,dan kini di Syria..dan mungkin tanpa kita sedari,ada saudara-saudara seagama kita di pelosok dunia ini yang kurang bernasib baik. Kita yang hidup mewah dan senang ini,kita yang kadang-kadang lupa,lupa bahawa ada orang lain yang berjuang berhabis-habisan demi kebebasan.....ALLAH... :(
Kelmarin di maktab ada Konsert UNIC dan saudara Bazli telah membuat saya berfikir dengan kata-katanya.."ada diantara kita yang terlalu pentingkan diri sehingga hanya berdoa untuk kesejahteraan diri sahaja,ada kita terfikir saudara-saudara kita di sana?" Hati rasa tercucuk dengan kata-kata itu..ya hanya kadang-kadang saya teringatkan doa untuk mereka..astaghfirullahalazim..sedangkan tidak sukar untuk memanjatkan doa,itu pun boleh dilupakan...belum lagi disuruh memegang senjata melawan musuh.
Melihat satu video..seorang anak gadis kecil..menangis kesakitan kerana tangannya ditembusi peluru, Asyik bertanya keadaan abangnya yang turut cedera.Hati mana yang tidak rasa sedih mendengar tangisan dia..sedangkan ada anak-anak sebaya dia di negara lain sibuk menekan-nekan Ipad,bermain game dan barang permainan yang mahal-mahal..dimana perginya hati manusia yang sanggup menarik nyawa manusia lain atas perintah pemimpinnya..nama saja manusia tapi hati tiada!!
Bukan saja saya penuhkan wall FB dengan video dan gambar-gambar revolusi di Syria dan Palestin..bukan saja saya hebahkan perkara ini..ini kerana masih ada diantara kita yang tidak tahu tentang apa yang berlaku di sana..apa yang saudara-saudara kita alami..apa yang mereka perjuangkan..sedangkan kita di sini asyik berhibur,asyik melayan perkara duniawi..memang kita tidak mampu untuk mengangkat senjata melawan musuh,tapi kita masih mampu menadah tangan berdoa untuk kesejahteraan dan kemudahan mereka..
Pernahkah kita terfikir jika kita di tempat mereka? takut untuk berfikir bukan? sedangkan berfikir juga kita takut apatah lagi mereka yang mengalaminya...
Saya terbaca petikan artikel di Langit Ilahi yang berbunyi :
Semasa Palestina dibantai hebat oleh Israel pda perang Al-Furqan yang berlangsung bermula penghujung tahun 2009, lebih tepat 26 Disember 2009, satu kerosakan yang dasyat dan masa hadapan yang gelap mewarnai hari-hari rakyat Palestina ketika itu. Hingga mendapat perhatian seluruh dunia, yang nyata amat hangat sekali.
Pada ketika itu, Khaled Mesyal, salah seorang pemimpin HAMAS ditanya oleh wartawan, apakah bantuan yang sepatutnya dihantarkan kepada Palestin?
Khaled Mesyal ketika itu menjawab: “Binalah ummat di kawasan kamu, itulah dia bantuan terbesar buat kami di sini, selain doa dalam qiamullail yang kamu dirikan.”
Ya. Itu jawapan seorang pemimpin HAMAS. Pada saya, seruan itu adalah yang paling realisitik yang pernah saya dengar dalam hidup saya. Seruan yang paling tepat sekali, solusi utama dalam menyelesaikan permasalahan ummat Islam hari ini. Islah. Perbaiki. Mantapkan. Itu yang diseru.
Bukannya mereka ini meminta makanan.
Bukannya mereka ini meminta ubat-ubatan.
Tetapi bila punya peluang untuk meminta bantuan, yang pertama sekali diminta adalah: “Binalah ummat di kawasan kamu.”
Itu pinta mereka...dan itu yang kita mampu laksanakan..InsyaALLAH..jangan putus berdoa..
semoga ALLAH permudahkan dan selamatkan saudara2 kita di Syria,Palestin dan di seluruh dunia..amin