Assalamualaikum. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Ringkas sahaja untuk comeback yang berzaman ni.
Kita Kan Bercinta?
Kita dah lama bercinta,
5 tahun semuanya,
Bila dikira semua memori kita,
Memang sah tersenyum gembira,
Bukan kerana semuanya bahagia,
Tapi kerana kita laluinya bersama,
Suka dan duka,
Perih ketawa,
Kita sama-sama bergaya,
Sama-sama berusaha,
Sama-sama melanggar apa yang dicipta,
Bila semua dah dewasa,
Aku lihat kita makin kuat seperti biasa,
Tapi kita juga ada rasa,
Ego dan tersentuh itu lumrah manusia,
Tak terkecuali kita,
Kurang sikit ada yang tak kena,
Semuanya mahu di atas sahaja.
Tapi kita kan bercinta,
Seburuk mana,seteruk mana,
Kita tetap bercinta,
Cinta yang tinggi darjatnya,
Cinta yang kita cipta bersama,
Selama 5 tahun mekar bahagia,
Sedangkan lidah tergigit jua,
Sedangkan air terlajak sukatnya,
Sedangkan assigment kita tangguh berjuta,
Sedangkan RPH kita biarkan lama,
Sedangkan assembly kita lari bersama,
Sedangkan kuliah kita adjust suka-suka,
Sedangkan elaun kita habiskan begitu saja,
Sedangkan gambar kita rekod bersama,
Takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.......................
Kerana kita kan bercinta...............................
6.20 pagi. 2 Ogos 2013.
Khas untuk mereka yang saya cinta.
No comments:
Post a Comment