My Followers

Saturday, July 23, 2011

Contest Aku Berpuisi - Buat Kau Yang Teristimewa



Assalamualaikum...mahu cuba-cuba berpuisi..masuk contest Cikgu Azhan ..ini tangan baru memegang pena :)
tarikh akhirnya 16 Ogos~


Sahabat
Ukiran senyuman yang indah
Ibarat keajaiban yang hadir dari hatimu
Hatimu yang tulus ikhlas
Seperti kain putih tanpa corak

Sahabat
Tanpa satu nikmat seperti yang aku ada
Kau seperti tak menyedari
Setiap deriamu menangkis realiti
Redha itu datang dari hati
Yang ini semua kuasa yang Maha Esa
Tak punya nikmat hidup seperti insan lain

Sahabat
Kau katakan yang kau sedar
kau tak seberapa jika dibanding yang lain
kau hanya mahu dicintai seadanya
mahu mereka yang mencintai menerima insan yang berbeza ini
tulus mencurah cinta dan kasih
membalas senyumanmu
dan rela menunggu di sisi


Aku
Pandanganku rasa ada istimewa dalam kamu
Sayang aku teguh dan tak akan rapuh
Aku mahu setia di sisimu
Jangan kau rasa kau sendiri di sini
Di dunia yang luas penuh duri
Kau ada ALLAH..ingatlah DIA kala kau berdiri,duduk dan berbaring
Kau juga ada aku
Sahabatmu

Tag untuk cik Normah
Cikgu Wahida
Cikgu Ellina
dan sahabat comel


puisi ini ditujukan khas buat sahabat...Nooramyshakilla bt Samsuri...si istimewa juga sepupu saya,beliau kurang upaya pendengaran dan pertuturan..sekarang menuntut di Politeknik JB..juga kepada adik2 Pendidikan Khas SK Seri Andika Raja..Separuh hari bersama kamu semua buat cikgu rasa yang cikgu perlu kuat berhadapan dengan kamu,kamu lebih kuat menghadapinya..cikgu hanya orang yang memandang,berat mata memandang berat lagi bahu memikul... :(

6 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam cikgu ain, terima kasih sangat sudi sertai contest aku berpuisi. Contest yang tak seberapa tu.hehe

Puisi yang menarik buat sahabat, hargai sahabat yang masih disisi, belajar menjadi seorang sahabat buat insan sekekliling =)

Nurul Ain Zubaidah Bt Mohd Khalid said...

wslm..sama2..

ini pun puisi tak seberapa...hanya tulis apa yg difikir je...sasteranya macam mana la ni.. :)

bagus contest tu..buat cungkil bakat penulis

emy'n said...

menarik :)

aimie amalina said...

adika raja?
gerik eh?
hehe..tetibe nyibok..kikiki
sukee2!
sahabt cermin kite!
gud luck ye!
saya joinn juge >___<

Lia-De-Pinky-Leo said...

gudluck! :)

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

salam alaik..
bestnye...ana pon join jugak..
ana follow sini..jom ke blog ana..^^