Assalamualaikum.
Mengaku sendiri , bila tuan badan yang lumpuhkan blognya sendiri..maaf dear blog, tuan awak sibuk sangat sampai lupa ada awak. Maaf ~
Entah kenapa malam ni terdetik nak mengemas blog yang bersawang , melebih Highland Tower yang dah terbiar lama tu. Sebab hati riang gembira ada kat rumah la. Hati riang tapi bahagian dalam hati serabut dengan assigment , kajian tindakan and plus! guess what? insan ni terpilih jadi pembentang untuk refleksi praktikum sem ni...ai ai..so lucky.. =.=
PRAKTIKUM...rasanya 3 kali praktikum , 3 kali jugak akan nangis dalam kereta bila tiba last day. sedih nak tinggalkan. Walaupun nakal macam mana pun, minggu terakhir semua jadi ok, comel-comel,pandai mainkan hati cikgu ye. Cikgu Ain ni kuat tacing tau dak.,. T.T semua memori tu cikgu akan simpan , ingat pesan cikgu , jadi anak soleh , bekerja seperti berjuang , semuanya kerana ALLAH. Doa cikgu untuk semua. idham , syazwan , irfan , huda , rafiqah , kimi , athirah , sufi , loqman dan semua.
cikgu sayang semua. (tiba-tiba mata masuk habuk).
Praktikum ini mengajar , bukan aspek pnp sahaja , malah sosial di sekolah , dan jangan kita pentingkan diri , sebab kita bukan tinggal sorang di dunia ni. Harus jaga hat dia dia dan dia juga. Semoga pengalaman ini membantu dalam mempersiapkan diri untuk memegang segulung kertas keramat dan menjadi GURU.
ASSIGNMENTS...walaupun assignment sem ni 3 JE..rasa keberatan nk memulakan tu melampau. Mungkin sebab praktikum. Bergelumang dengan RPH sampai lupa tugasan. Dunia pelajar , tabiat tangguh-tangguh dah jadi darah daging. Semangat rasa berkobar balik bila dengar pelan dari IPGM tentang masa depan IPG. Tinggikan standard sendiri , jangan bising-bising pasal perubahan. Dah lama senang jadi hilang rasa syukur. Astaghfirullahalazim...Ain Ain..............
LIFE.... mak abah dengan yam nak bercuti ke Sarawak minggu depan. Hai hati kakak mana tak jeles bila kena tinggal. Kirim salam cinta je la ke Sarawak. Bak kata makllong , "takpe nanti kerja sana la" . Tersentap sikit. Teringat masa interview dulu . " Sanggup ke Cik Nurul Ain ni dihantar ke Sarawak bila posting nanti?"
Sanggup!! demi mendidik anak bangsa saya sanggup! (jawapan dan soalan klise). Semoga mereka selamat pergi dan balik. Take care sayang sayang. Abang pun tinggal jugak. Yess ada kawan. :)
HOUSE and HOUSEMATES... rumah kami sekarang dah ada ahli baru. Cik YUYU.. cantik , baik , comel dan..berenang. hehe. YUYU adalah seekor ikan puyu yang comel. Kami dah bertujuh sekarang. Hati lebih lembut bila ada bela binatang. right!. Kami serumah bahagia. Bila tiba masa masak semua cerita keluar. Lagi-lagi masa praktikum. Hal sekolah dimesyuaratkan di dapur. Best! Semoga ikatan ukhuwah ini diredhaiNya dan kekal berpanjangan. Amin..
Rasa ini seringkas mungkin. First time tak melalut panjang bila cerita tentang diri sendiri. Tengok! ada sisi matang sikit. heh heh.
Tuhan..jagakan mereka , lindungi mereka , jauhkan mereka dari keburukan, kesusahan dan kesakitan. Sayang aku tak berbelah bagi untuk mereka. Mereka seperti setiap anggota pada diri ini.
p/s: minggu ni pulang ke kampung. Minggu depan tak. sebab nak pergi kursus. Kursus kahwin~
Hasani ada buat tiap2 minggu . Bagi mereka yang di kawasan utara je la ye. Tolong promote ni. Ada diskaun tak Hasani? :)