Ok tajuk entri sangat pelik . First time kot label Kahwin wujud kat ainzone ni. =.= Apakan daya tak cakap nak cakap. Maklumla sekarang ramai dah teman seusia yang mendirikan masjid , bertunang.. Maka sebab tu la terfikir entri ni. :)
Assalamualaikum..
Semester TUJUH.. tinggal lagi 2 semester untuk saya tamatkan perjuangan selama 5 tahun setengah ini. Tapi jangan dianggap itu penamat untuk mengejar ilmu. Seumur hidup ini harus diabdikan untuk mengejar ilmu terutama sekali ilmu buat bekalan di sana nanti. Minggu pertama dah padat dengan kuliah. Walaupun hanya dua subjek, tapi jam kreditnya banyak ok~ pagi sampai tengahari , petang sampai senja. Berusaha nak habiskan syllabus sebelum praktikal bermula 21 Januari ni. Bersama-sama dengan pensyarah kami berusaha walaupun hanya 2 jam pertama perhatian kami terarah pada pensyarah. Lepas tu? tau-tau je lah. hehe
Untuk pengetahuan , guru pelatih IPG tidak lagi berpegang pada ayat "Pasti Posting". Sekarang dah open market , sama macam siswazah pendidikan di IPTA dan IPTS. Mula tahun ni ... tahun kami .. batch kami menjadi yang terpilih. Berita ni sedikit sebanyak buat kami termenung , berfikir nasib sendiri apa yang akan kami tempuh nanti , namun mari pujuk diri . Beritahu pada hati , jadikan ini sebagai tonik untuk kita lebih berusaha . Kalau duduk diam saja macam dah sedia taknak posting je. So , mari naikkan pointer!!! Kita boleh ! Hargailah masa 5 tahun setengah yang kita lalui ni.
OK disebabkan kes posting-posting ni la saya dan housemates buat kesimpulan kena kahwin awal. Tak posting pun tak apa sebab ada orang tanggung :P. Yelah Tu !! Back to our main topic for today. Kahwin Tanpa Cinta . Untuk mak - mak kita , ayah - ayah kita dulu benda ni adalah perkara yang biasa je. Boleh dikatakan kalau nak buat survey di kampung , pasangan kahwin cinta VS pasangan kahwin bukan atas dasar cinta, agak-agak mana yang menang?
Betul ke perkahwinan ni harus dan mesti atas dasar cinta? Kalau adik-adik setahun jagung yang dah pandai bercinta lebih dari orang tua seusia saya ni , mesti mereka jawab - "mesty larr..kan kitew cinta diew cangat-cangat..nak tawen cama dia nanty " hashtag muntah hijau :P . Ni ada pesanan penaja sikit. Wahai adik-adikku sayang , jangan la libatkan diri dengan cinta ni seawal usiamu sayang. Cinta tu perkara manis sebenarnya , tapi dah dikotorkan dengan cela-cela yang disengajakan oleh manusia . Sama macam politik jugak la kan.
Perkahwinan atas dasar cinta lebih baik atau pilihan keluarga? Faham soalan ni baik-baik ye sahabat. Ada sesetengah masyarakat yang tak setuju perkahwinan pilihan keluarga ni. Alasannya tak kenal laa , tak bercinta nanti tak boleh get along....itu antara yang pernah saya dengar dalam drama-drama Melayu yang juga cerminan masyarakat kini. CINTA . Adakah ianya satu keperluan, untuk wujud perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, yang bukan mahram, sebelum mereka sama-sama ambil keputusan untuk berkahwin??
Sayang Boleh Dipupuk
Pada saya , apa salahnya pilihan keluarga. Tak perlu nak tolak perkara ni 100%. Sebab?
1. Restu tu penting..kalau kita ikut kata mereka , dah dapat pahala mentaati ibu bapa.
2. Ibubapa kita sangat sayangkan kita. Takkan la mereka buat pilihan yang tak baik untuk kita. Sejak kecil kita ni , bukan yang buruk disediakan depan mata kita kan? tak semestinya pilihan keluarga itu adalah tepat tapi yang pastinya bila pasangan itu adalah pilihan keluarga maknanya sudah tersedia RESTU di situ, insyallah diberkati. buat lah solat istikharah, kalau dah betul jodohnya, insyallah bahagia. ingat bahagia tu datang dari diri sendiri
3. Sayang? boleh dipupuk kan? sayang dan cinta adalah suatu perasan yg kita boleh pupuk. Jadi, sebenarnya, nak berkahwin, tanpa dasar cinta pun takpa. Sebab, kita ada banyak lagi peluang untuk hadirkan perasaan tu lepas kahwin nanti.
Tak percaya? ragu-ragu? tengok orang dulu-dulu , takda pun sakan bercinta tapi bahagia je sampai ke anak cucu. Jadi, kepada sesiapa yang belum terjebak dalam gejala cinta sebelum kahwin ni, "stay the way you are". Kerana anda berada di laluan yang betul. Yang dah ada calon , cepat-cepat ambil langkah seterusnya. Jangan kecewa dengan cinta nanti .
Tapi dalam hal ni setiap orang pandangannya lain-lain. Ini hanya pandangan saya dan juga nasihat pada diri sendiri . Banyak yang harus diperbetulkan oleh saya sendiri. Sama-sama kita fikirkan baik dan buruknya ya. Kalau elok caranya elok juga jadinya :) Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
P/S : Ramai juga sahabat yang bercinta dan dah selamat disatukan pun. Tahniah :)
Cinta tu perlu dalam perkahwinan. Tapi, cinta yang dimaksudkan bukan cinta sesama manusia. Tapi, perkahwinan atas dasar cinta kepada Allah.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. (Surah An-Nur : ayat 32-33)
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?” (Surah An Nahl : Ayat 72)
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yaa Sin : Ayat 36)
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).