My Followers

Friday, March 18, 2011

Jangan Buruk Sangka..Buruk Tau Buruk Sangka Tu...~


Assalamualaikum...mari ain nak kongsi satu tazkirah..jom! :D

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya


dikongsi dari :http://tok-ayoh.blogspot.com

ain : janganlah kita buruk sangka dengan orang lain..pandang dari sudut positif.. :)
kalau kita pandai nilai orang seburuk yang kita sangka..kita tak tau apa yang orang lain nilai kita kan?jadi jaga la tingkah laku diri agar sedap dipandang dan hati kita pun tenang insyaALLAH...nasihat utk diri ini juga.. :)

ain yg suara tak berapa garang disangka kanak-kanak! ooo no..ehehehe

1 comment:

srikandi cinta said...

sokong entry ni..!! jgn berburuk sangka :)