My Followers

Wednesday, October 12, 2011

Saya Masih Belum Bersedia

Assalamualaikum....
Lama dah tak menaip dekat sini..kekangan kerja dan tahap kemalasan yang teramat..hehe

Minggu ni banyak betul tugasan..kena hantar hari yang sama iaitu Jumaat ni...bukan assigment tapi tugasan yang kecik - kecik je..macam pembentangan, urusan surat-menyurat seminar hari tu..fail ISL, dan yang paling membuatkan kedutan-kedutan di muka jelas kelihatan ialah video TM..jadi slow laptop dibuatnya...memang takda bakat langsung jadi editor...heh~

Pada 5 Oktober hari tu..ain ada seminar kajian tindakan. Dekat sini la kami berlatih dan kenal apa tu kajian tindakan..dari segi cara penghasilan dan juga pembentangan. Maka terbitlah buku Jurnal Pendidik yang memuatkan kajian-kajian kami 2 kelas opsyen Pengajian Sosial sem 4..

Susah juga buat kajian tindakan ni..merasa la macam mana perasaan kakak-kakak dan abang-abang sem 8 yang buat kajian tindakan untuk sem akhir...berapa kali edit tak tau la....tu pun masih ada yang perlu diperbetulkan lagi...masa pembentangan ishh kena komen pedas-pedas lagi...kami baru belajar dan perlu ditunjuk ajar..terima kasih kepada panel-panel yang datang :)

Lepas bentang tu rasa nak nangis pun ada..dah la malam sebelum tu tak tidoq langsung sebab nervous..pernah rasa nervous macam ni..masa nak exam add math spm dulu..hehe

Apa-apa pun pengalaman ni sangat berharga buat kami..dan ain sedar yang ain perlu banyak belaajr lagi untuk menghasilkan satu kajian tindakan...sesungguhnya ain tak bersedia lagi sekarang ni...tapi ain kena siap sedia untuk itu...semoga dipermudahkan urusan kelak.. :)

kat bawah ni semua gambar hari kejadian..tapi sikit-sikit je la..ni event yang kami sekelas anjurkan..ukhuwah makin erat!!! :)

MC terjun hari tu

MC terjun sedang merangka apa yang perlu dimerepekkan

 Kami dan Bahan Pameran :)

 Siapakah gerangan di tepi itu??

 berhadapan dengan  realiti  =.="

ok tu saja..hehe
Sekian..ada masa menulis lagi insyaALLAH..
Wassalam.. :)

No comments: