My Followers

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

duapuluhdua

Assalamualaikum...

Saya menulis sebagai seorang yang berusia 22 tahun 5 hari. Alhamdulillah ALLAH memanjangkan usia , memberi peluang saya menikmati rezeki kurniaannya. Semakin bertambah usia kita , semakin dekat dengan kematian. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memberi ucapan selamat hari lahir dan pakej sekali dengan selamat hari guru.hehe~

Usia 22 tahun mematangkan saya . Pelbagai perkara dapat saya belajar dari melihat. Melihat orang-orang lain sebagai cara saya belajar. Dah terbukti pun dengan ujian personaliti saya , saya seorang yang suka menganalisis orang lain,suka memerhatikan orang lain. hehe bukan mengendap ek~

Tapi ada satu masalah , saya tak boleh buang sisi keanak - anakan saya. Walaupun dah 22 tahun saya tetap anak manja mak abah lagi. Kawan-kawan yang dah faham saya 100% pun tahu saya memang tak boleh buang sisi manja tu. Ishh payah la nghope ini~ cikgu manja pasaipaaa~

Usia 22 tahun mendekatkan saya lagi dengan profesion perguruan yang sebenar. Tahun ini juga saya mula berpraktikum. Dah rasa sedikit demi sedikit asam garam di sekolah. Tekanan yang dirasai semasa praktikum sampai boleh demam. Baru sebulan dah macam tu, belum 3 bulan lagi. Mohon tunjuk ajar dari senior dan guru-guru di sekolah :) Praktikum fasa 1 di SK Pinang Tunggal adalah memori pertama bergelar guru yang berpraktikum. Senyuman anak-anak murid tetap saya simpan sampai bila-bila. Panggilan "Cikgu Ain" tetap saya ingat!


Usia 22 tahun juga akan membawa saya sebagai seorang yang lebih berdikari InsyaALLAH. Semester depan saya mula tinggal di luar. Selamat tinggal hostel yang banyak menyimpan kenangan sepanjang 3 tahun lebih di IPG.

Saya sayang Abah saya , saya sayang Mak saya , Saya sayang Abang saya , Saya sayang Adik saya , Saya -sayang Sahabat-sahabat saya , Saya sayang Kawan-kawan saya , Saya sayang guru-guru,ustaz ustazah dan pensyarah yang pernah mengajar saya.

Buat mak abah,
Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan,mendidik dan melayan saya sehingga saya di tahap ini..
Syukur Alhamdulillah.


mereka juga penyebab saya tersenyum setiap hari :)

Sunday, April 22, 2012

Ujian Itu Mematangkan

Assalamualaikum w.b.t....

Dan saya kembali lagi di sini setelah sekian lama menyepi..menyepi sebagai seorang guru pelatih semester 5 yang berpraktikum buat pertama kali..terasa bahang kesibukannya sewaktu berpraktikum. Dan kadang-kadang waktu sibuk macam tu baru sedar diri ni nak jadi cikgu rupanya. Ain Ain... :)

Sedang sibuk berpraktikum pada 19 Mac hingga 13 April , macam - macam perkara yang saya lalui...dan semuanya betul-betul buat saya jadi lebih matang. Pada malam 30 Mac yang lalu , saya ditimpa ujian. Bersama dengan dua orang sahabat Ezzaty dan Zahidah. Perkara yang berlaku betul - betul di luar jangkaan. Semua atas kecuaian dan kelalaian kami sendiri. Pada malam tu , kereta Zahidah dipecahkan di TESCO Seberang Jaya. Saya dan Ezzaty kehilangan laptop yang kami simpan di bawah seat belakang kereta. Atas sebab berani dan percaya bahawa tiada siapa yang nampak laptop kami tu , kami tinggalkan sedangkan Zahidah dah pesan awal-awal jangan tinggal..takdir dan kami redha...satu pengajaran besar untuk kami. Jangan tinggalkan laptop dalam kereta walaupun hanya keluar untuk solat sebentar.

Tapi saya macam tak serik-serik lagi..dan pada 12 April , saya kehilangan harta yang saya sayang lagi..saya hilang kamera..kamera yang dibeli dengan duit sendiri..kamera yang teman saya kalau p mana-mana pun..."aihh memang la budak ni tak serik-serik lagi,semua benda nak hilang..ni yang rasa nak dikahwinkan ni,senang ada orang nak jaga" hehe dialog mak ni buat saya rasa pelik..apa kena mengena kahwin dengan hilang barang??. :)
Kamera tu tersimpan gambar anak-anak didik saya di SKPT walaupun sekejap. Senyuman mereka semua ada dalam memori kamera tu. Tapi jangan bimbang , cikgu ain tetap simpan memori dengan awak-awak semua dalam memori hati cikgu =)

Dan kamera merah saya tu juga hilang di TESCO ye...tercicir rasanya..semua salah sendiri..tak salahkan orang lain..ni yang rasa fobia nk p TESCO... >.<
Disebabkan kes hilang hilang ni , saya telah dicopkan sebagai seorang yang CUAI...rasa memang kena kot.hehe ..



Saya nak ajak kita berfikir, andai kita ada barang adakah kita nak barang kita hilang? Siapa yang nak barang yang dia ada hilang. Sudah tentu tidak. Jadi kenapa barang tersebut hilang? Sudah tentu ianya ketentuan Allah SWT
Tetapi itulah yang dikatakan takdir Allah SWT. Kita sudah merancang dengan sebaiknya, tetapi Allah juga yang menentukan. Andai Allah yang mentakdirkan ianya hilang, Allah juga yang berkuasa untuk mengembalikan....
Jadi untuk sahabat-sahabat yang sama macam saya,punya keyakinan diri yang terlampau sangat sampai berani tinggal laptop dalam kereta masa nk p solat kat TESCO, berhati-hati ye.. :) jangan tinggal walau sekejap,sebab manusia yang buat benda tak baik tu cepat je bila bab-bab mencuri ni..teror la katakan..ish2..

Memang mudah untuk mengucap kalimah sabar, tetapi ianya cukup berat untuk dilalui.Tetapi jadilah orang yang berjiwa besar, walau sebesar mana sekalipun masalah yang datang, masalah tersebut hanyalah kecil baginya. Tetapi sekiranya kita berjiwa kecil, walaupun hanya masalah kecil yang datang maka ianya akan menjadi besar.

Friday, August 12, 2011

From FB Khazinatul Asrar - Allah..kenapa aku dalam neraka? buat peringatan kita bersama..


Assalamualaikum....ain kongsikan notes dari FB Khazinatul Asrar ini...untuk kita bersama....


Allah , Kenapa Aku Dalam Neraka:
Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.


(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”


Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’


Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?


Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.


Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.


Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

ain : ingatlah...sudah cukup kah amalan kita di dunia...ikhlaskah kita dalam melakukan semua yang baik...astaghfirullahalazim...

Monday, March 14, 2011

Kerana Dia Kekasihku..Aku Tinggalkan Kau Sahabatku...wAh! :)


Assalamualaikum..

lokasi : Rumahku Tercinta ( kat meja study ) *tp tak study pun* =.="
mood : banyak asgmen tapi malas nak buat..eh bukan malas..mood tak datang lagi..haha~

ok..tajuk kata atas tu macam pelik je..sebab ain yang type pun rasa pelik...macam lari je dari tema sebelum sebelum ni kan? ermmm...okeh abaikan..

pernah tengok tak drama-drama melayu ke...korea ke...indonesia ke...thailand ke...(ok nampak sangat saya kaki drama) kan ada situasi atau selalunya la kan klimaks drama tu..kawan makan kawan,kawan rampas boypren,minah dan rosnah kawan baik..tapi putus sebab leman...macam-macam la kan yang sewaktu dengannya..macam dah cliche sangat ni...

cinta boleh putuskan sahabat...malah hubungan silaturrahim...contoh,kiah lari dari rumah sebab nak ikut badang ke singapura...tinggal keluarga dia..,pergi tanpa berita..macam tu la..erm tu la kadang-kadang cinta ni membahagiakan tapi dalam masa yang sama membuat orang lain merana....tak seimbangkan cinta macam tu...

adegan lain yang plak macam ni....si bedah sayang sangat kat bf dia si abu..tapi besfren bedah,limah tau yang abu tu main kayu tiga kat belakang bedah...limah cuba nak bagitau bedah pasal kekurangan ajaran abu tapi akhirnya bedah tak percaya kat limah dan mengatakan bahawa limah cemburu dengan hubungan dia dengan abu..lalu bedah memutuskan untuk tidak lagi berkawan dengan orang yang dianggapnya sebagai penyebuk tepi kain orang tu sedangkan dia dengan limah dan berkawan sejak mereka kali pertama merasa eskrem pop lagi...ish4...rumit3~

bila kita fikir balik...kepada mana-mana yang sudah terjebak dengan cinta (saya belum!! kot) kita sanggup kecewakan kawan baik kita yang dah kenal lama mungkin sejak kita celik mata lagi...sebab seseorang yang bernama cinta kita?kalau satu hari ain diberi pilihan..antara dia sahabat dan si dia cinta...ermmm...sedaya upaya akan dijauhkan dari pilihan itu...mungkin lari lari dan lari..sebab ain sayang sahabat-sahabat ain...dan pada si cinta itu.....sayangnya mungkin ada dan lebih jika halal aku padanya nanti...(sape sape?xtau...)

Kalau nak nak tau...semua yang berkaitan hati dan perasaan ain rujuk dekat sahabat-sahabat ain yang 5 orang tu (ayu,diana,normah,sebah dan hana)..tapi ada jugak kadang-kadang mengelat tak nak story sebab malu??haha ngada3..~ :P tapi dorang ni jenis kuat pengorek rahsia la...macam Abg Nas melodi tu..ish3...stress stress ain dibuatnya...kekeke~

Jadi kalau ada kes yang melibatkan kedua-dua pihak macam ni..kita nilai dengan betul..jangan mengecewakan pihak yang betul kerana pihak yang kita sayang..dan jangan bahagia bersama pihak yang kita sayang dan mengecewakan pihak yang menyayangi kita...

Lagipun kalau kita tengok baik-baik...cinta ALLAH itu yang utama..Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti

Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci

Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran

Cinta Allah tinggalkan laranganNYA
Cinta manusia meninggalkan syariatNYA

Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan

Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan tuhan

Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian

Cinta Allah meridhoi ujian
Cinta manusia meridhoi kemaksiatan

Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada

Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan
Cinta Allah bersulam redha dan keampunan
Cinta manusia meresahkan perasaan...