semekom sume...ain ada tulis something...tp xtau nak sambung pe..ni skadar sinopsis je..
Cinta….
Love…
Ai…
Sarang..
Perkataan yang berbeza tetapi mempunyai erti yang serupa..
Semua manusia makhluk ciptaan Yang Esa mempunyai perasaan itu..tetapi ia begitu sukar untuk diungkapkan…
Pelbagai kata dan gaya bahasa yang diguna sebahagian mereka untuk meluahkan kata cinta…
Untuk memiliki cinta yang sempurna…mestilah ada penyatuan antara dua hati yang benar - benar suci dan ikhlas untuk mencinta dan dicintai..
Cinta bukan hanya untuk sesama insan sahaja…malah untuk Tuhan yang wajib dicintai..
Maka dengan itu…cinta tidak harus disalah tafsir sehingga ada suatu ketika cinta mengakibatkan kehilangan nyawa…
Kekuatan kuasa cinta itu memerlukan pengorbanan..kasih..kejujuran..
Dan juga keberanian untuk meluahkannya…
Jika terlewat untuk meluahkan cinta hati..mungkin juga kita akan kehilangannya untuk
selama- lamanya..
Sekalian manusia akan merasakan perasaan ini..biarpun seorang itu hanyalah seorang
pengemis yang dipandang hina..gadis yang buta..dan pemuda yang cacat..
Cinta….satu istilah yang agak sukar untuk ditafsirkan…
Nia Zahara….seorang gadis yang elok budi pekerti,lemah - lembut dan juga aktif di
sekolahnya.Biarpun dia hidup bersama keluarga yang sederhana pendapatannya ,
namun dia tetap gembira menjalani hidup seperti biasa.Walaupun ayahnya seorang
peniaga,beliau tetap mampu memberi kebahagiaan kepada keluarganya.Nia Zahara
mempunyai 4 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang
lelaki.Sebagai anak yang sulung,Nia sangat bertanggungjawab dalam membantu
ibunya yang bekerja sebagai seorang penjual insurans dalam menguruskan rumah
tangga sepanjang ibunya sibuk bekerja..Mereka menjalani kehidupan yang bahagia
sepanjang hari.Nia juga merasakan nikmat sebagai seorang remaja Tingkatan 5 yang
melalui hidup dengan ceria di sekolahnya.DI sekolah,Nia adalah seorang pelajar yang
aktif di dalam semua bidang.Dia dilantik sebagai ketua dia dalam kelasnya 5
Permata.Dia turut menjadi seorang pemain bola jaring sekolah.Pasukannya telah
mengangkat nama sekolahnya,SMK Sri Indah sebagai johan pertandingan bola jaring
peringkat daerah.Nia turut menjadi pujaan pelajar- pelajar lelaki di sekolahnya namun
sikap Nia yang rendah diri membuatkan dia senang didampingi rakan-rakan perempuan
di sekolahnya.Nia turut menjadi perhatian seorang pelajar lelaki di kelasnya..
Izham Razwan..seorang pemuda yang suka mendiamkan diri..tidak ramah
dengan pelajar perempuan yang selalu mengekorinya kerana ketampanannya tidak
ubah seperti hero drama Korea dan anak kepadanya seorang pengarah di
hospital.Namun sikapnya yang sukar untuk berbicara dengan perempuan membuatkan
dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong.Tetapi disebalik kehidupannya itu..Izham
mempunyai kisah silam yang amat meruntun jiwanya sehinggalah dia menjadi pendiam
dan kurang bergaul dengan orang lain.Biarpun remaja lelaki yang seusia nya
meluangkan masa lapang dengan bermain bola sepak atau mengunjungi tempat
rekreasi,Izham lebih suka meluangkan masanya di makmal sekolah kerana minatnya
yang amat mendalam dengan dunia sains.
Namun..kehidupan Nia Zahara menjadi gelap dan kabur seolah - olah dia tidak
Nampak masa depan yang diimpikannya selama ini.Hidupnya yang dulu diterangi
dengan kebahagiaan dan keceriaan dihimpit denga kesedihan yang menikam jiwa.Nia
telah didiagnosis menghidap penyakit saraf.Penyakit ini menyebabkan Nia tidak
mampu untuk bergerak sedikit demi sedikit setelah waktu beredar.Keluarganya hanya
mampu menjadi peneman dan pasak untuk menguatkan Nia untuk bertahan dan tidak
lemah.Walaupun ia terlalu sukar untuk mengenangkan bahawa anak mereka yang
dulunya ceria dan aktif da secara tiba - tiba menjadi seperti anak kecil yang bertatih.Ibu
bapa mana yang tidak lemah jika mengenangkan penyakit anak mereka yang tiada
penawar dan hanya mampu menunggu saat hilangnya anak yang dikasihi.Apa yang
mampu hanyalah memohon kepada Allah s.w.t supaya meringankan kesakitan yang
dialami Nia.Nia bukan sahaja menderita dengan sakit fizikalnya namun sakit juga
mentalnya apabila mengenangkan kesusahan keluarganya,rakan baiknya dan juga
orang disekelilingnya.
Pada awal penyakitnya Nia sering terjatuh dan terhenti pergerakan secara tiba -
tiba.Namun dia merahsiakan penyakitnya itu daripada 2 orang rakan baiknya iaitu Zihan
dan Maria juga rakan sekelasnya yang lain.Namun Izham menjadi rakannya sekelasnya
yang pertama mengetahui tentang penyakit Nia itu apabila Izham ternampak Nia di
hospital bapanya.Mulai dari hari itu Izham menyiasat apa sebenarnya penyakit Nia
kerana Nia sering bertemu janji dengan doctor pakar saraf di hospital itu yang juga
sepupu kepada Izham.Izham mengetahui bahawa penyakit Nia membawa maut dan
Nia hanya tinggal setahun lagi..mungkin..
Mulai dari hari itu Izham ingin mendekati Nia,gadis yang sudah lama dicintainya
namun tiada daya untuk diluahkan rasa cinta.Nia pula bertekad untuk menjalani sisa-
sisa kehidupannya ini sepeti biasa dan ceria melindungi kesedihan yang amat sangat di
dalam hatinya itu…
No comments:
Post a Comment