Assalamualaikum....hari ni ain nk kongsi 1 artikel yang sangat penting!
hehehhhehehehe khas untuk kaum Adam..
kosmo online
Tidak merokok antara petua jaga suara
23/07/2010 6:29pm
SHAH ALAM – Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.
Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (Mediu) Bahrudin A. Rahman berkata, selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.
"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri,” katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat Mediu yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.
Syeikh Ali, 54, juga berkata, beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.
Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama
ain : tengok betapa bestnya bila tak merokok....azan sedap...dan tambah lagi 1..jangan selalu marah isteri..hehehehe
dan yang penting lelaki yang tak merokok ni adalah antara ciri-ciri penting yang wanita - wanita cari untuk dijadikan suami :)
wassalam...
My Followers
Sunday, July 25, 2010
Sunday, July 4, 2010
Remaja Dan Politik....Faham Atau Tidak?
bakal pemimpin..
Assalamualaikum...
Ain rasa lain macam bila terfikir tentang tajuk dekat atas tu..rasa macam di luar bidang ain je..inilah satu-satunya entry yang lain daripada yang lain pernah ain post..jangan terkejut atau terasa salah singgah blog...huhu.
Antara sebab ain terdetik nak tulis tentang si POLITIK ini adalah bila rajin membaca blog orang dewasa..hehe..bukan apa masa lapang macam ni..tak da kerja..boleh lagi relax...
Pernah ain dengar seorang kawan ain mengatakan bahawa POliticians are great liars...bagi diri dia..pada masa itu seorang remaja 19 tahun yang berpengetahuan mungkin terasa rimas dengan berita-berita di surat khabar yang membabitkan kes-kes politik yang pada masa sekarang di boleh ditafsirkan sebagai perkara yang menjengkelkan untuk dibaca...
jangan terkejut bila ada suara-suara remaja kini yang tekad tidak mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi...
"Ah malas la nak mengundi...serabut je..kalau kita undi pun bukannya dorang nak selesaikan masalah kita ni..banyak jugak masalah...silap-silap bertambah masalah.."
Mungkin mereka terlupa atau tidak tahu tentang kepuasan apabila kita diberi mandat untuk memilih pemimpin untuk memajukan negara..tidak kisahlah siapa atau dari parti mana..yang penting kepercayaan yang kita berikan kepada orang tersebut..walaupun kita tidak terlalu fanatik atau mengambil tahu tentang hal-hal berkaitan dengan dunia yang rumit ini..apa salahnya bila kita diminta memilih kan? pendapat ain yang masih belum layak mengundi (muda lagi...muda lagi..heheh) apa kata kita tanamkan rasa tak sabar nak mengundi...hehe
Ada juga sesetengah remaja yang sangat atau terlalu fanatik dengan dunia politik ini..tapi golongan remaja sebegini mungkin terbahagi kepada 2. 1st...yang memang fanatik dan sangat memahami dunia politik..selalunya mereka yang berfikiran macam ni seorang yang lantang bersuara..walaupun ada halangan dalam berpolitik..mereka tetap bersuara..kiranya mereka ni memang faham dan menyokong 100% perjuangan bersama parti tanpa ada pengaruh dari sesiapa pun.Mereka tahu baik dan buruknya sesuatu berdasarkan fakta dan bukan hanya kepercayaan.
2nd..golongan remaja yang berpolitik secara keturunan...jika ayahnya seorang yang aktif berpolitik..beliau akan turut serta.. mcam ada pengaruh la..ada juga remaja yang hanya suka meriuhkan keadaan..ada yang suka-suka volunteer nak jadi ejen pancing undi..tapi dok buat naya kt orang lain..kira macam gangster la..ish apa nak jadi..masa demonstrasi atau ceramah..mereka ni terlalu beria-ria sampai kadang-kadang melibatkan sesuatu yang ganas...tapi cuba fikir..adakah pengetahuan politik mereka itu cukup untuk memahami perjuangan sesuatu parti? atau sekadar otak kosong tapi lantang bersuara?
ramai remaja di IPTA dan IPTS yang sedia ada belajar tentang politik seperti jurusan perundangan dan sains politik..tetapi bebaskan mereka bersuara atau memperkatakan sesuatu yang diaggap kontroversi? bebaskah mereka berpolitik...ramai ke yang ambil jurusan-jurusan ini?
pelajar-pelajar di sekolah adalah bakal-bakal peneraju masa depan...bakal pemimpin..tetapi terdedah kah mereka dengan politik dalam pembelajaran di sekolah..mereka perlua sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan kancah politik di seluruh dunia. Ini baru dikatakan menuntut ilmu..bukan hanya membaca buku teks sekolah saja bukan? mana tahu bakal-bakal pemain dunia politik yang mantap bakal dilahirkan..politik tidak boleh terus sebagai bahan bisikan saja..
ain sebagai seorang yang suka menyibuk dalam hal politik ni(kaki sebok..hehe)..bukanlah banyak sangat ilmu dalam hal ini...cuma berminat dan berpendapat sahaja...kita kongsi sama-sama ye? :)
Thursday, July 1, 2010
Ain dan Puisi??
Assalamualaikum...
Masuk hari ini..dah empat hari ain masuk sem 2..macam-macam ragam dah jadi..hehe..ada yang best..ada yang kurang menyenangkan...termasuk la GERKO bola jaring yang terpaksa ain masuk secara paksaRELA..apakan daya...nak masuk badminton dah penuh..sedih la jugak..huhu tapi takpe la..kita cuba je kan..bukan apa..ain ni kurang berminat sikit dengan bola jaring ni..ain tak berapa suka main permainan yang pegang-pegang bola..trauma kot masa main bola baling sem lepas..sampai tepeleot tangan...siap xray lagi..hehehehe...sebab tu ain suka main hoki..pukul pakai kayu..hehe
ok la..kita pergi kat tajuk ye sebelum merepek terlebih-lebih...
ain dan puisi.....
dulu masa sekolah..ada la juga bercita-cita nak jadi penulis..sasterawan..sebab jiwa ain lebih ke arah tu..tapi dah duduk kelas sains ni kurang la pendedahan dengan sastera...dan malas untuk mengambil tahu... :P
masa dulu juga ada la buat pantun...sajak..tulis dalam diari...sendiri atau private punya je la..tak la sampai nak publish..sebab tak ok pun...haha syok sendiri je...
sekarang hobi baru ain suka survey puisi kat web..baca puisi orang..kadang-kadang baca puisi ni bukan saja boleh tambah ilmu dan minat..tapi boleh juga tenangkan fikiran..boleh juga dikatakan sebagai salah satu terapi... :)
mana taknya...masa baca puisi tu kan..dengan kata-kata atau ayat yang indah..puisi-puisi yang memuji ALLAH...puisi yang menggambarkan betapa indahnya alam..puisi-puisi cinta(tidak bermaksud jiwang)...boleh juga kita jadi tenang dan melupakan seketika perkara yang menyerabutkan..tak percaya? try la~~~
tapi kena la pandai memahami maksud tersirat dalam sesuatu puisi tu..baru la boleh berjaya terapi ni..hehe
ok la ni salah satu puisi yang ain minat sangat..ia dipetik dari filem Ketika Cinta Bertasbih....
Wassalam..
Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Labels:
directed by....ain
Subscribe to:
Posts (Atom)