My Followers

Sunday, July 4, 2010

Remaja Dan Politik....Faham Atau Tidak?


bakal pemimpin..
Assalamualaikum...

Ain rasa lain macam bila terfikir tentang tajuk dekat atas tu..rasa macam di luar bidang ain je..inilah satu-satunya entry yang lain daripada yang lain pernah ain post..jangan terkejut atau terasa salah singgah blog...huhu.
Antara sebab ain terdetik nak tulis tentang si POLITIK ini adalah bila rajin membaca blog orang dewasa..hehe..bukan apa masa lapang macam ni..tak da kerja..boleh lagi relax...

Pernah ain dengar seorang kawan ain mengatakan bahawa POliticians are great liars...bagi diri dia..pada masa itu seorang remaja 19 tahun yang berpengetahuan mungkin terasa rimas dengan berita-berita di surat khabar yang membabitkan kes-kes politik yang pada masa sekarang di boleh ditafsirkan sebagai perkara yang menjengkelkan untuk dibaca...

jangan terkejut bila ada suara-suara remaja kini yang tekad tidak mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi...

"Ah malas la nak mengundi...serabut je..kalau kita undi pun bukannya dorang nak selesaikan masalah kita ni..banyak jugak masalah...silap-silap bertambah masalah.."

Mungkin mereka terlupa atau tidak tahu tentang kepuasan apabila kita diberi mandat untuk memilih pemimpin untuk memajukan negara..tidak kisahlah siapa atau dari parti mana..yang penting kepercayaan yang kita berikan kepada orang tersebut..walaupun kita tidak terlalu fanatik atau mengambil tahu tentang hal-hal berkaitan dengan dunia yang rumit ini..apa salahnya bila kita diminta memilih kan? pendapat ain yang masih belum layak mengundi (muda lagi...muda lagi..heheh) apa kata kita tanamkan rasa tak sabar nak mengundi...hehe

Ada juga sesetengah remaja yang sangat atau terlalu fanatik dengan dunia politik ini..tapi golongan remaja sebegini mungkin terbahagi kepada 2. 1st...yang memang fanatik dan sangat memahami dunia politik..selalunya mereka yang berfikiran macam ni seorang yang lantang bersuara..walaupun ada halangan dalam berpolitik..mereka tetap bersuara..kiranya mereka ni memang faham dan menyokong 100% perjuangan bersama parti tanpa ada pengaruh dari sesiapa pun.Mereka tahu baik dan buruknya sesuatu berdasarkan fakta dan bukan hanya kepercayaan.

2nd..golongan remaja yang berpolitik secara keturunan...jika ayahnya seorang yang aktif berpolitik..beliau akan turut serta.. mcam ada pengaruh la..ada juga remaja yang hanya suka meriuhkan keadaan..ada yang suka-suka volunteer nak jadi ejen pancing undi..tapi dok buat naya kt orang lain..kira macam gangster la..ish apa nak jadi..masa demonstrasi atau ceramah..mereka ni terlalu beria-ria sampai kadang-kadang melibatkan sesuatu yang ganas...tapi cuba fikir..adakah pengetahuan politik mereka itu cukup untuk memahami perjuangan sesuatu parti? atau sekadar otak kosong tapi lantang bersuara?


ramai remaja di IPTA dan IPTS yang sedia ada belajar tentang politik seperti jurusan perundangan dan sains politik..tetapi bebaskan mereka bersuara atau memperkatakan sesuatu yang diaggap kontroversi? bebaskah mereka berpolitik...ramai ke yang ambil jurusan-jurusan ini?

pelajar-pelajar di sekolah adalah bakal-bakal peneraju masa depan...bakal pemimpin..tetapi terdedah kah mereka dengan politik dalam pembelajaran di sekolah..mereka perlua sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan kancah politik di seluruh dunia. Ini baru dikatakan menuntut ilmu..bukan hanya membaca buku teks sekolah saja bukan? mana tahu bakal-bakal pemain dunia politik yang mantap bakal dilahirkan..politik tidak boleh terus sebagai bahan bisikan saja..


ain sebagai seorang yang suka menyibuk dalam hal politik ni(kaki sebok..hehe)..bukanlah banyak sangat ilmu dalam hal ini...cuma berminat dan berpendapat sahaja...kita kongsi sama-sama ye? :)

4 comments:

MR Syahmi said...

perkongsian yang baik..saya rasa macam terasa je dgn post awk ni..termasuk dalam salah 1 golongan remaja kt atas kot..hehhee
yang mna 1 awk fikir la sendiri..hehe

Nurul Ain Zubaidah Bt Mohd Khalid said...

terasa ke..maaf..hehe
ooo saya tau yang mna..
hehe
tq sudi membaca :)

Mohamadazhan.com said...

post menarik ('',) politiklah mengikut acuan yang hakiki.

MAH said...

fuh.. menarik!