My Followers

Sunday, July 25, 2010

1 lagi faedah jika lelaki itu tidak merokok~ azan pun sedap :)

Assalamualaikum....hari ni ain nk kongsi 1 artikel yang sangat penting!
hehehhhehehehe khas untuk kaum Adam..

kosmo online

Tidak merokok antara petua jaga suara
23/07/2010 6:29pm


SHAH ALAM – Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.

Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (Mediu) Bahrudin A. Rahman berkata, selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.

"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri,” katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat Mediu yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.

Syeikh Ali, 54, juga berkata, beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.

Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama

ain : tengok betapa bestnya bila tak merokok....azan sedap...dan tambah lagi 1..jangan selalu marah isteri..hehehehe

dan yang penting lelaki yang tak merokok ni adalah antara ciri-ciri penting yang wanita - wanita cari untuk dijadikan suami :)

wassalam...

No comments: