My Followers

Sunday, May 22, 2011

Aku Hanya Seorang Lelaki Yang Biasa...Fahamilah aku wahai Wanita..


Assalamualaikum.....terlebih dahulu mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara-saudara kita yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat..semoga mereka ditempatkan bersama mereka yang beriman...amin..Allah SWT sayang pada mereka..

Hari ini ain nak berkongsi satu lagi post menarik dari AkuIslam.com

Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata kepada bakal isteriku, yang aku sendiri masih dalam mencarinya.
Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..

Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian.
Wahai bakal isteriku, wanita yang tak pernah kuketahui siapa engkau,
Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku menjadi imammu dan kau makmumku.

Wahai bakal isteriku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku,
Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh kerinduan pada Allah dan RasulNya. Satu ayat pun cukup. Kerana, setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata, rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.

Tahukah kau bahawa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai indahnya.
.
Wahai bakal isteriku,

Sekelumit inginku, keinginan sederhana keinginanku sebagai lelaki yang biasa-biasa sahaja. Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani rumah tangga dengan kesyukuran kelak.
Kau cerminku, aku pun cermin mu. Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan lelaki dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku. Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu
.
Wahai bakal isteriku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,
letih rasanya pencarian ini, seperti keletihanmu untuk menantiku menemuimu. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha menjadikan ahlak ini bolwh dan mampu kau pandang dengan sesederhananya. Memang tak sebaik lelaki yang kau kenal kesolehannya tetapi aku akan berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.

Wahai bakal isteriku,

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga kita saling menemukan.
Sampai disini sementara coretan ini buatmu. Luahan dariku lelaki yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana. Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang benar
Penuhkanlah muara hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar-benarnya tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan Agama-Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal Alamin..


Sumber: Aku Hanya Seorang Lelaki Yang Biasa | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/aku-hanya-seorang-lelaki-yang-biasa/#ixzz1N4Wp2Pzi

Ain : Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari Tuhan.... pada siapa tulang rusukmu wahai lelaki... :)

Friday, May 20, 2011

Wahai Kamu Yang Melumpuhkan Hatiku



Assalamualaikum...mari baca ini..kita kongsi-kongsi ye..dari AkuIslam.com


Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.
.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.
.
Tahukah wahai kamu yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai, walaupun itu hanya prasangka ku.
Jika boleh aku beri alasan, mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. Kerana itu, aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung.
Sakit hatiku ku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.
Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah.
.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain, ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar. Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.
.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARI ku.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari ku bila dia bukanmu.
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah meminang mu bukan sebagai isteriku namun sebagai kekasihku.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk meminangmu? Dan kau pun siap dengan pinanganku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir, semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama akhirnya, setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia, kesudahan yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.


Sumber: Wahai Kamu Yang Telah Melumpuhkan Hatiku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/wahai-kamu-yang-telah-melumpuhkan-hatiku/#ixzz1MtXVo8DR

ain : hati itu kadang kala lemah...

Sunday, May 15, 2011

21..SAYA SUDAH LAYAK JADI PEMILIH!! :)



Assalamualaikum....

Pertama sekali ain nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga-mak,abah,abang dan adik,kawan-kawan,sahabat,adik beradik 3PISMP KS2 dan semua yang wish untuk hari penambahan umur ain..hehe trima kasih smua....doakan ain...semoga kita semua sihat selalu,berjaya dunia akhirat,diberkati ALLAH..dan semua yang anda ucapkan untuk ain....ain balikkan semua doa-doa tu semua pada anda juga...amin.. :)

usia dah bertambah...harapan ain...diri ini lebih sedar dan sentiasa tahu yang umur itu bukan selamanya bertambah..akan ada 1 angka yang mematikannya....maka dekatkanlah diri ini dengan Pencipta...sedarlah bahawa ramai yang menyanyangi diri ini wahai ain....21 itu umur dewasa....dewasakanlah diri ain...jangan macam budak-budak lagi..tak layak dah ni.. :)

untuk hari ni...ain nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat family...sahabat-sahabat..kawan-kawan yang sentiasa sokong ain..jadi pendengar setia ain...terima kasih semua..kawan-kawan..diana,ayu,sebah,normah dan hana serta tak lupa juga fir...terima kasih sudi kawan dengan ain yang kebudak-budakan ni ye...ain nak jadi garang lepas ni...hehehehe

14 Mei hari ini...Normah dengan Mazlan dah buat ain terharu dengan sambutan dan suprise..comel sangat suprise ni..dengan kek yang ala-ala teletubbies..hehehehe



em ada 1 benda yang buat ain..sedar...ain dah 21...boleh mengundi!!! hehe...tak tau la sebab apa ain agak teruja nak mengundi ain pun tak faham...ye la nak merasa macam mana memilih pemimpin kan....hehehehe..kalau dah mengundi baru rasa saya dewasa dan betul-betul bertanggungjawab pada negara...wahh..hehehe...nak daftar nak daftar...!! * baru je ckp tak nak macam budak-budak lagi tadi* =.="

21...lagi beberapa tahun je nak jadi seorang guru ni....kalau panjang umur...insyaALLAH lagi 2 tahun lebih...ain tanya pada diri...sedia ke ain nak tempuh dunia tu nanti??? nak sediakan diri...doakan ye semua... :))

ok lah...dah mengantuk....nak study..hihi...doakan ain juga tau... :))

ain yang berumur 21 nak tidoq dah~ :)

p/s:mcm best je hari lahir dekat-dekat dengan tarikh hari guru :D

Thursday, May 12, 2011

Study Week.....Dan Saya Di Rumah :)

Assalamualaikum....

Ain sekarang ada dekat rumah..cuti seminggu..ehem ehem...bukan cuti ye..study week OK! hehe kalau duduk rumah ni mesti la bahagia je kan..study pun ala kadar je..tp ain rasa lebih suka study kat rumah dari dekat bilik di maktab tu..sebab apa??? sebab ada family dekat dengan ain..boleh support ain...boleh marah ain bila buat-buat lupa nak study..hehehe lagi satu...sekat rumah ada banyak makanan...ya ya ya makanan..hehehehe...kalau penat study waktu petang tu kan...tiba-tiba ada bau harum pisANs goreng....hihihi bahagiaaaa~

oklah sempat kejap je nk update ni...nak study lah~ *ye latuu *

kata-kata untuk hari ini : usaha itu tangga kejayaan...lagi tinggi kita naik...lagi besar peratus untuk kita genggam kejayaan kita... :))

Wassalam.....bagi yang exam tu..jangan lupa study....!! ain doakan semua tenang dalam menjawab exam..Amin....

Tuesday, May 3, 2011

Kisah Jilbab



Assalamualaikum...mari kongsi kisah~ :))

Kisah Jilbab ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

daripada Facebook Teman Ilmu :)