My Followers

Showing posts with label merepek kerepek. Show all posts
Showing posts with label merepek kerepek. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN??? Jangan terlalu memilih..terima dia seadanya..


Assalamualaikum...sedang menaip tergopoh-gapah menyiapkan assigmen yang perlu dihantar esok..mata terpandang 1 post artikel di wall FB...terus tangan menekan butang kiri mouse....setelah membacanya..terleka sebentar...berfikir....dan kembali meneruskan kerja......tapi hati masih berfikir........~ dari blog AkuIslam.com


Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA

selagi ia masih hidup…



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang

Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…





Jika kamu MENADAH air biarlah berpada

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh



Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja

Kerana apabila ia mulai RETAK



tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…





Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa



Anggaplah dia manusia biasa

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat



Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT



Mengapa kamu berlengah lagi?

Cuba mencari makanan yang lain?



Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN

Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi

Kamu akan MENYESAL



Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu

MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….

Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?





Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?

Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN

Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,

Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang

Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !



“Begitu hidup ini tiada yang abadi

Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,

Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”


Ain : terus menaip dan menaip...bukan masa untuk berfikir soal itu sekarang...

Thursday, August 11, 2011

Keranamu Tiket~


Assalamualaikum.........

Sihat semua? ain alhamdullillah sihat..Ramadhan dah sampai hari yang ke 11....cepat masa berlalu..semoga Ramadhan kali ini memberi kenikmatan islam dan iman kepada kita semua dan diberkati oleh ALLAH...amin...tambahlah ibadat kita,buat pecutan tidak seperti hari-hari biasa...Ramadhan bulan rahmat...

tinggal lagi seminggu je untuk ain dan rakan-rakan balik bercuti..bukan bercuti terus tau...kami kena PBS dulu..kali ni ain PBS dekat rumah je...SK Simpang 3..dengan cik Diana..hehe

ok lah kembali ke tajuk asal kita tadi....tiket...kalau tiba musim perayaan ke..cuti ke...ni la masalah utama ain...tiket bas kena beli awal sebab trip ke Teluk Intan bandar indah lagi permai ada 3 kali je sehari dan bas tu bukan terus tapi share dengan Ipoh....maknanya di sini ialah kami kena naik sekali dengan orang-orang yang nak turun dekat Ipoh..maka sangat limited lah tempat tu...

kalau masa raya je..abah dah bising suruh beli tiket awal sebab abah malas nak hantar kalau tiket habis :P isk isk....

pernah satu masa dulu..masa muda-muda beli baru masuk maktab..baru menjejak kaki ke dunia luar penuh cabaran ni...pernah sekali balik lambat dari orang lain sebab tiket habis..lagi berapa hari nak raya tah...ish3...

ni tiket untuk balik maktab 4hb dah habis...so tak balik boleh tak? hehehehe~

ok nak melawat bazar jap...hari ni turn ain p beli~

kesimpulannya...untuk adik-adik yang baru masuk maktab..atau pun yang baru menjejakkan kaki di negeri orang....kalau nak raya..sebelum puasa dah beli tiket nak balik raya dan tiket nak balik balik ye....

dan untuk ain....ambillah lesen secepat mungkin dan bawalah keretamu sendiri sebab kereta tak ada nak beli beli tiket :P

selamat berbuka..jangan membazir ye~ :D

Tuesday, July 26, 2011

I Miss U So Much Sayang



Assalamualaikum....

Sekarang ain dalam mode kesibukan dan keletihan ye...baru lepas balik camping dan BIG...straight seminggu ain tidoq dlm khemah.....ai ai...balik jumpa dengan asignments,report....ye ain mengaku kadang-kadang ain nangis sebab rasa penat... T.T tapi semua ni kan kehidupan...kena banyakkan bersabar..nama pun student kan,tak lari dengan semua tu... :D

tapi malam ni tiba-tiba macam hilang je semua kepenatan dan stress lepas tengok Abang upload gambar si comel Muna Izzah...hehe lama dah tak jumpa sepupu comel kak ain ni...rindu sangat..dengar khabar dah pandai menerap ek..sampai tidur pun menerap..habis muka berbekas..hehe comel!

Muna..nanti dah besar jadi cikgu nak? kita pakat sama-sama ye...hehe
tak sabar nak jumpa Muna....dah gemuk ek...pipi kita sama la...mana tak tumpahnya kuah...mcm kakak dia jugak la..heeehhehe

itu saja..nak buat refleksi ni~
Wassalam...

Wednesday, July 6, 2011

Nuraizzu's Bakery??? Or Ain's Bakery???

Assalamualaikum sahabat....
Sihat tak semua?? masa ain type ni ain tak sihat sikit..selsema...yela cuaca tak menentu ni..sekejap mendung..sekejap panas...sekejap BERSIH...ehhh?? :P

ok lah...nampak tak tajuk kat atas tu??? tu namanya tajuk berangan ye....hehehhehe....ni salah satu impian ain...nanti kalau dah pencen jadi cikgu,dan dipanjangkan umur....ain nak buka satu kedai kek....hehe..ain suka buat kek....kalau balik je mesti seminggu tu ada 1 kek ain buat...ada yang resepi daripada mak...ada yang ain ambil kat internet je.....hari tu ain beli scale baru...boleh la ain timbang-timbang bahan nak buat kek ke..biskut ke...sebab yang dalam internet tu semua sukatan dia main gram-gram..takdak dah main cawan-cawan ni...

ain berkongsi minat makan dan buat kek ni dengan kawan-kawan baik ain...diana,normah dan sebah...ayu dgn hana tak selalu join sebab dorg ni jarang cuti...ni antara koleksi kek yang kami buat...~









sama tak smiley kek tu dengan smiley si pemegang kek??

aa mana lagi best?? Nuraizzu's Bakery ke Ain's Bakery?? (nuraizzu tu NUrul AIn ZUbaidah laa hehe) ..ke nak tambah nama orang tersayang??? :D

sudah-sudah berangan ain...kedai kek la ape la..siapkan tugas..banyak program nak datang ni..camping lagi BIG lagi..seminar lagi..~

Wassalam :)

Friday, June 17, 2011

Saya Dah Daftar...aNda??


Assalamualaikum....

Nak bagitau ni...ain dah daftar dah sebagai pemilih...hehe..walaupun lambat sebulan tapi tetap dah daftar kan...itupun kakak dekat pejabat pos tu kata "amboi adik..semangatnye daftar...cepat betul ye" . Aik..cepat ke kak? saya rasa ni pun dah lambat kak...hehe..akhirnya lega jugak kan...daftar dah..takut jugak tiba-tiba PM umum PRU..aih menangis tak berlagu la kalau tak sempat daftar lagi..

Tertekan juga salah satu sebab ain p daftar ni..mana tak nya...kalau keluar iklan suruh mendaftar kat tv tu...seisi rumah dok tengok ain....macam perli je...mak , abah , abang...yam pun sama..tengok muka macam nak telan je...hehe

tapi ain rasa bertanggungjawab jugak kan...yela dah layak tu buat cara layak...mana la tau disebabkan kita tak mengundi,calon yang layak sebenar-benar layak kalah dengan hanya 1 undi sahaja...tak ke rugi macam tu..lagipun rakan-rakan seusia ain...kita ni boleh dikatakan beruntung sebab masuk je 21 tahun dah ada ura-ura nak PRU dan berkemungkinan juga ada PRU...ada orang kena tunggu 5 tahun nak mengundi ni... :)

dalam kes memilih calon pula....em rasanya ain tengok kepada calonnya...baru partinya..sebab ain mementingkan peribadi orang daripada partinya..tapi ada jua calon yang berubah tingkah lakunya atas dasar pegangan pari atau terpengaruh dengan rakan-rakan partinya....sama ada pembangkang atau kerajaan...akan ain putuskan di kertas undi nanti....heheh undi adalah rahsia..bukan rasuah tau!!

Jadi siapa siapa yang layak dan belum daftar tu..bolehlah ke pejabat pos berhampiran atau pun pejabat SPR dan SPR bergerak ye.. :)



salam sayang smua~

Sunday, June 5, 2011

Walimatul Urus :)


Assalamualaikum...

Selamat bercuti bagi semua yang sedang bercuti..sekarang ni musim mendirikan masjid ye..jadi ain yang belum sampai seru untuk mendirikan masjid ni hanya memenuhi undangan makan di majlis-majlis perkahwinan je ok..hehe...bukan apa..teman mak..mak kata kalau pergi berdua je dengan abah tak seronok..maka dipaksalah anak-anaknya ni ikut sekali....yang anak-anaknye ni kalau ada makan memang tak tolak... :D

Hari ini je ada 4 undangan..tu tak termasuk yang jauh-jauh lagi...mak kata seboleh-bolehnya hadir tanda ukhuwah dan persaudaraan. Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Tapi mak ada sebab extra kenapa anak-anak kena ikut...sebabnya berbunyi begini " kalau kita tak pergi kenduri orang,nanti siapa nak datang masa kome kawen??? " ooooh..yeke...mak mak..hehe~ sebenarnya sebab yang tu adalah alasan mak yang sangat pelik..takkan la orang taknak datang sebab kita tak datang rumah dia kan..hehe..ok lah..sekarang ain nak senaraikan perkara-perkara yang menarik perhatian ain bila di majlis perkahwinan..

1. Tema warna dan baju pengantin~
setiap majlis perkahwinan, perkara yang biasa menarik perhatian ain ialah baju pengantin...tak tau lah sebab apa..dari kecil lagi memang saja suka tengok pengantin..lawa kot..hehe. mengikut pemerhatian ain , sekarang ni pengantin suka warna yang campoq-campoq kan...yang kontra pula tu..macam tadi..biru dengan pink..trend sekarang memang camtu kan...siap ada tema warna lagi...dari lapik meja sampailah ke baju pengantin...semua sama warna...tapi bagi yang suka simple-simple macam ain ni...1 warna pun cukup kot...yang plain je warna dia..lembut-lembut mcam putih....eh dah fikir pula..ape ni ain ape ni...ok next!!!


2. Lauk-Pauk dan Makanan~
bukan sepatutnya benda ni jadi yang 1st ke?? hehe sekarang ni trend majlis perkahwinan ada hidangan sampingan...contohnya macam bubur kacang,cendol,laksa dan macam-macam lagi..bagi mereka yang tak lalu atau kenyang untuk menjamah nasi,anda boleh makan yang ringan-ringan macam ni....sedap betul ain minum cendol tadi..sampai tak lalu makan nasi minyak dah..hehe . Lauk Pauk pun macam biasa ada kari daging,daging masak kicap,ayam panggang ke..goreng ke...jelatah timun..semua tu biasa..kalau pencuci mulut dia mesti buah-buahan..takpun kuih-muih yang manis..tapi kalau dekat bahagian utara sana..ada yang masak KERBAU kan?ganti lembu....tapi ain alergic sikit dengan kerbau ni..tak tau la pasai pa...makan je rasa macam kena gigit lebah je...ishh~ tapi kan ain kalau makan dekat kenduri ain target 1 benda je...air!! sebab selalu pergi kenduri kan tengahari..panas..dan haus..hehehehe~

3. Bungkusan

hehe ni zaman kanak-kanak dulu la...ala yang pihak tuan rumah bagi masa kita tengan makan tu...suka betul bila orang bagi bungkus-bungkus ni...kadang-kadang ada telur rebus,coklat,sumi,macam macam lah...sampai berebut dengan abang lagi..hehe..biasanya benda-benda yang ada tu macam yang disebut tadi lah...tapi sekarang dah advance...ada sapu tangan...cupcake...homemade chocolate...sudu pun ada...zaman bertukar ganti kan..tapi yang penting ain memang suka benda ni..heheeheh

4. Muzik dan DJ

sebenarnya tak lah tertarik sangat..sebab kadang-kadang muzik yang dipasang menyakitkan telinga..sampai tak selera nak makan....sakit jantung rasanya....itu dulu..masa zaman-zaman rock kot...pasang lagu-lagu cinta..tak pun ulang lagu Selamat Pengantin Baru tu banyak kali..sekarang ni beralih kepada nasyid...sejuk sikit kan bila dengar..lagu-lagu Maher Zain pun jadi pilihan...dan disertakan pula dengan selingan dari DJ yang diupah....menjemput tetamu dan juga memeriahkan majlis dengan gurau senda.. :) . Tapi tak dilupa juga dengan kompang kan..baru rasa macam majlis perkahwinan bila dengar bunyi kompang :)

rasa mengantuk..sambung esok ye InsyaALLAH :)

ain: bersederhana itu baik :)

Thursday, May 12, 2011

Study Week.....Dan Saya Di Rumah :)

Assalamualaikum....

Ain sekarang ada dekat rumah..cuti seminggu..ehem ehem...bukan cuti ye..study week OK! hehe kalau duduk rumah ni mesti la bahagia je kan..study pun ala kadar je..tp ain rasa lebih suka study kat rumah dari dekat bilik di maktab tu..sebab apa??? sebab ada family dekat dengan ain..boleh support ain...boleh marah ain bila buat-buat lupa nak study..hehehe lagi satu...sekat rumah ada banyak makanan...ya ya ya makanan..hehehehe...kalau penat study waktu petang tu kan...tiba-tiba ada bau harum pisANs goreng....hihihi bahagiaaaa~

oklah sempat kejap je nk update ni...nak study lah~ *ye latuu *

kata-kata untuk hari ini : usaha itu tangga kejayaan...lagi tinggi kita naik...lagi besar peratus untuk kita genggam kejayaan kita... :))

Wassalam.....bagi yang exam tu..jangan lupa study....!! ain doakan semua tenang dalam menjawab exam..Amin....

Thursday, March 10, 2011

Wonderful Moments Here in Sanglang :)

Assalamualakum...

Em esok hari last ain PBS kat SK Padang Keria,Sanglang,Perlis..wuu bagi alamat penuh tu..hehhee..1st time ni buat PBS kat tempat orang.saja rasa angin Perlis kan..hehe..duduk kat sini rasa macam duduk kat kampung sendiri je..semuanya mesra-mesra..family Yasmin jaga ain baik-baik tau..hehe..

ni ceq nak habaq mai sikit na(testing speaking utara skit..hehe kalau salah tolong betulkan naaa) ...walaupun kampung ceq nun jauh kat Teluk Intan tu pun ada sawah bendang ni ha....tapi bila ceq mai peghelih ni...ceq sakan dok begambaq...sampai tahan panaih tughun petak bendang lpaih balik skolah semata-mata nak begambaq...kalau kat kampung sndiri tu ceq buat tak tau ja sawah kat sana...apa nak jadi ni ain oiii~


SK Padang Keria pun best jgk...macam-macam ain doq dapat masa kat sana...tengok macam mana keadaan bila nazir mai cek sekolah...macam mana uruskan stor sukan...handle adik-adik prasekolah...semua tu pengalaman.. :)





apa-apa pun ni smua pengalaman yang bakal ceq bawak untuk masa depan nanti insyaALLAH...tu la pentingnya PBS...pengalaman berasaskan sekolah..bukan photoshoot banyak2 kat sekolah naaa ain..hehehehehheehehe~



Wassalam

Thursday, February 10, 2011

Tabiat Ain..bahagian 1

Assalamualaikum..

Sekarang ain tengah bergelumang dengan asignments...fuhhh~ but im doing it slowly...dengan program lagi...xpe...i can! heee :)

dalam sibuk menaip RPH BM yang belum tentu lagi kesahihannya(tak tau betul ke salah sebab belum hantar draf kat En Abdullah =.=") tiba-tiba rasa rindu kat blog ni..ehhee

harini ain nak story moory pasal tabiat ain...yang pertama sekali...tidoq lewat...ain buat apa malam-malam??? macam-macam la...baca novel ke..buku ke...on9...paling lewat pukul 2 pagi..ish3...dan akibatnya...ain telah disahkan mengidap night blindness...MasyaALLAH....ain cuba kurangkan buat tabiat buruk ni...ish3...dan terhantuk baru tergadah...patut kadang-kadang malam-malam kurang pasti apa yang dipandang...macam mana nk drive malam2 ni?? huuu

tabiat kedua...suka tengok orang tanpa pengetahuan orang tu..hehe ni masa sekolah je buat...tak de keje ke?heheheh best sebab kita tengok orang tu lama2 pastu mesti kita senyum sebab apa yang mereka buat kadang2 pelik..hehhehehe...tabiat ni tak baik..sila jangan ikot..merana diri nanti..hehehe sekarang dah tua-tua ni..nak pandang orang agak segan..hehehe

tabiat ketiga...gila kamera...
teruknya nurul ain zubaidah...pantang free mesti nak tangkap gambar...dalam kelas ke..tengah shopping ke...semua nak direkod..hehehe...sebab ain ada impian...ain nak kumpul semua gambar-gambar dengan orang-orang yang ain sayang..family...kawan2...semua la...nak simpan dalam 1 file atau scrap book...kalau kita tengok balik gambar-gambar lama ni...mesti senyum sendiri kan?hehehe

Alamak..assigment!!!
ok la nak sambung balik buat nanti tak siap siapa merana? ain~~~~~~~~~~~~~ :P

Wassalam~

kan saya kata saya gila kamera...dalam library pun boleh..hehe nak buat kening macam kak sal tp tak jadi...mata agak kebengkakan~

Thursday, December 30, 2010

I Need My Own Space~

Assalamualaikum...

tajuk kt atas mcm kontroversi je..hehhee...bukan pe...ain cuma nk ruang skit...utk bsiap3 nk balik maktab tercinta ni..huhu mcm xnk balik je...tu la da lama cuti kan...rumah ni selesa sgt..bukan ckp maktab xselesa tau! tp lain la...rumah kita kan..tu la namanye rumahku syurga ku~

baju dah kemas skit2..cuma tggal nk beli barang dgn mempersiapkan diri je..hehhehehe

cuti ni KAMI..iaitu ain , diana , sebah n normah ( ayu dgn hana x masuk dlm projek ni sbb xbalik g..)haha...kami bt projek kek...emm maka selepas berjuang berhempas pulas kt medan perang(dapur ihsan cik diana) maka terhasillah 2 biji kek coklat yang make up nye agak berlebihan..
(gmbar xbleh upload sbb line slow)

em malasnye nk balik...tapi kna balik jgk..kejar cita2 ain!!
hehehe...

cuti ni best sgt..luang masa dgn family....kawan2....i love u all!

ooo mak da panggil..sruh masak..hehe tata

wassalam~

Tuesday, May 25, 2010

BaS OoooO BAs ~ RuMah KetiGaKU



Assalamualaikum...

Dikala ain menaip *terasa mcm penglipur lara tetibe tak pasal2* :P ain baru lpas habis exam sains sosial...examnya sesusah seperti nak sebut namanya....huhu..ain memang suka memasak dalam dewan exam ni..tadi siap buat gulai kawah lagi...tak pe la..asalkan ada jugak boleh jawab kan...ermmmmm sedapkan hati ku..hehehehhe :)))))

ok sudah! sudahhh!! sudahhh!! *gaya seorang ayah dalam drama melayu yang xmau dengar anaknya explain pasal kenapa anaknya tak balik bertahun-tahun* lupakan yang dah berlalu...ingat yang baru...yela...air hujan yang jernih tu pun turun dari langit yang gelap....ujian...nama pun exam kan...

oklah jom kita bercatwalk kat tajuk baru kat atas tu...BAS...KENAPA AIN SUKA BAS?? SUKA KE?? suka pun sebab bas la yang bawa ain balik tiap2 kali cuti...*sem ni selalu cuti kan?hehehhee* tiba2 je nak tulis pasal bas ni sebab semalam baru call abah suruh beli tiket nak balik 4hb ni..yelaa kan cuti time tu..dengan budak2 sekolah setahun jagung lagi nak balik cuti...dengan budak2 maktab lagi...takut la tiket habis kan *selalu terjadi kepadaku.. :(* baru la terfikir nak menyanjung bas kan..hehehheheheh...

ain selalu balik Teluk Intan Bandar ku Tercinta Indah Dan Permai Seperti Penduduknya ^.^ tu naik bas T************L ...ok la bas ni kira melengkapi keperluan pengguna la...tempat pun selesa...selalu ain dapat duduk kerusi single je..hehehhehe tapi kadang2 duduk kerusi double tu...tiap kali duduk kerusi double ada je duduk sebelah orang yang..macam2 la..manusia kan...ain pun kadang2 pelik jugak..hehe

Ada la satu masa tu...........................................

Masa tu ain baru sem 1 kot...baru je berjinak2 balik naik bas ni kan...duduk kerusi double...masa naik tu mata dok melilau cari tempat duduk....yela tak hafal lagi kan tempat duduk....*ala sekarang walaupun da duduk penang 2 tahun tak hafal lagi* mata tetiba fokus kat satu susuk makhluk...hehe xla...ada la orang ni...macam nak panjat kerusi bas tu sebab nak letak barang kat atas...nak kata kurang ketinggian tak pun..kenapa yang PERLU panjat kerusi tu...sian sape yang duduk sebelah dia..kerusi telah dikotori....ish2...

ain meneruskan pencarian kerusi yang bertuah...erk! tengok number kat tiket..3A...tengok kat atas kerusi tu...3A/3C...mengapa mesti daku yang duduk atas kerusi yang telah dipijak tadi..waaaa dengan muka senyum buat2...ain pun p la kat kerusi tu...buat2 pandang kerusi yang kotoq tu..dan dengan hati budiman dan memahami insan tu pun sapu la kerusi tu sambil kata "sorry..ok da bersih..sila duduk" dan senyum2..heheheh....baik..anak sape ni*dalam hati berkata..*

Lepas tu..dalam beberapa minit...bas pun bertolak..lepas lambai2 family kat luar..mata pun macam mengantuk je...memang bajet nak tido pun....tapi............"saudari ni student ke?" si orang sebelah bertanya dengan sngat supan...em masa tu tak la rasa pape pun sebab memang lumrah la nak besembang masa baru bertolak tu kan..lagipun mata pun tak la mengantuk tahap extreme lagi...
"aah...student..student jgk ke?" :)
"aah usm...saudari??"...
"oooo usm....study kt maktab..."
"waa maktab..bakal cikgu la ni ye.." sambil tersenyum siniss~~
"InsyaALLAH..."

diam jap....rasa macam sampai situ je ye perbincangan ni encik orang sebelah...mahu tido...

5 minit kemudian....mata da nak lelap..

"Lama dah study kat maktab? sem bape dah ni?"
why?...why?...dia masih bertanya...xpe la...ok je lagi..ermm
"baru je..baru masuk last month.."
"ooo..saya dah sem 3 kat usm tu..lama dah..hehe"
"ooooooooo*buat2 macam excited mendengar jawapan yang tak ditanya...mungkin anda sume rasa saya seorang yang tak ramah* >.<

dan nak dipendekkan cerita ni....encik orang sebelah ni xbenti2 bercerita...sampai la penang...best kan...kalau cite dia tu macam cite princess and frog ke macam yang mak baca suruh tido dulu xpe la...ni tak..habis dia cite pasal usm tu...dari pensyarah sampai la mamak jual ABC depan usm...ermm xpe la...saya memang pendengar yang setia...rasanya ain banyak ulang 3 perkataan ni je...OOOO...yeke???...hehehehe....

tapi...tu pengalaman kan..dan dapat kawan baru..smpai sekarang kami contact lagi..hehehe lawak la...sampai sekarang ain panggil dia encik orang sebelah...hehhehehe....

bukannya ain tak suka orang sembang dengan ain dalam bas..cuma ada masa tertentu ain mengantuk..hehe ain bukan selalu tido dalam bas pun...

walau macam mana pun..bas dah macam rumah ketiga dah..*bak kata capikah rajiji* kiranya elaun ain separuh habis beli tiket bas je..hehehhe

ok..tu je yang ain nak story..usaha untuk Sosiologi esok...bak kata MR TEH....kamu boleh jawab pya...InsyaALLAH..doakan ye..

Wassalam...

Monday, January 25, 2010

Awak...Saya Sayang Awak..taw x??

Bila saya pandang awk masa 1st time kite jumpa...saya terus tengok awak...tak tengok tempat lain dah...tengok awak je..awak pun tengok saya..saya terus suka kat awak..

awak macam bercahaya je masa tu...suka tengok...hiihi..

Baju awak warna merah..sama dengan saya..merah jugak...sama la pulak..hehe

Kita kenal-kenal..lepas terus rapat..best sangat...masa tu saya baru masuk maktab....awak teman saya sepanjang proses nak kenal maktab ni....setiap moment awak dengan saya...tak pernah missed pun...

Dalam banyak - banyak kawan,awak antara yang saya paling sayang..sebab tu saya pilih awk jadi yang special dalam hidup saya... :)))

Awak penting dalam hidup saya...sebab ada awak saya rindu..sebab ada awak saya happy..dan sebab ada awak saya sedih..tapi kadang2 je..

Awak buat saya menyayangi...buat saya rasa semua orang penting dalam hidup saya...role awak banyak sangat....sebab tu saya suke kt awak...

Satu hari tu..saya belikan awak hadiah...jadi peneman awak...cantik and cute...saya suka...haha

awak harta yang penting dalam hidup saya...saya jaga awak baik2...betul2...bagi awak tak kena sebarang cacat cela pun..

I love u my HANDPHONE...NAK DEKAT SETAHUN AWAK DENGAN SAYA....SAYANG AWAK SONY ERICSSON K530I...!!!



p/s..xnak tunjuk hp ain yang real...haha