My Followers
Sunday, August 14, 2011
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN??? Jangan terlalu memilih..terima dia seadanya..
Assalamualaikum...sedang menaip tergopoh-gapah menyiapkan assigmen yang perlu dihantar esok..mata terpandang 1 post artikel di wall FB...terus tangan menekan butang kiri mouse....setelah membacanya..terleka sebentar...berfikir....dan kembali meneruskan kerja......tapi hati masih berfikir........~ dari blog AkuIslam.com
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL
Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”
Ain : terus menaip dan menaip...bukan masa untuk berfikir soal itu sekarang...
Labels:
cinta,
merepek kerepek
Friday, August 12, 2011
From FB Khazinatul Asrar - Allah..kenapa aku dalam neraka? buat peringatan kita bersama..
Assalamualaikum....ain kongsikan notes dari FB Khazinatul Asrar ini...untuk kita bersama....
Allah , Kenapa Aku Dalam Neraka:
Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”
Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.
ain : ingatlah...sudah cukup kah amalan kita di dunia...ikhlaskah kita dalam melakukan semua yang baik...astaghfirullahalazim...
Thursday, August 11, 2011
Keranamu Tiket~
Assalamualaikum.........
Sihat semua? ain alhamdullillah sihat..Ramadhan dah sampai hari yang ke 11....cepat masa berlalu..semoga Ramadhan kali ini memberi kenikmatan islam dan iman kepada kita semua dan diberkati oleh ALLAH...amin...tambahlah ibadat kita,buat pecutan tidak seperti hari-hari biasa...Ramadhan bulan rahmat...
tinggal lagi seminggu je untuk ain dan rakan-rakan balik bercuti..bukan bercuti terus tau...kami kena PBS dulu..kali ni ain PBS dekat rumah je...SK Simpang 3..dengan cik Diana..hehe
ok lah kembali ke tajuk asal kita tadi....tiket...kalau tiba musim perayaan ke..cuti ke...ni la masalah utama ain...tiket bas kena beli awal sebab trip ke Teluk Intan bandar indah lagi permai ada 3 kali je sehari dan bas tu bukan terus tapi share dengan Ipoh....maknanya di sini ialah kami kena naik sekali dengan orang-orang yang nak turun dekat Ipoh..maka sangat limited lah tempat tu...
kalau masa raya je..abah dah bising suruh beli tiket awal sebab abah malas nak hantar kalau tiket habis :P isk isk....
pernah satu masa dulu..masa muda-muda beli baru masuk maktab..baru menjejak kaki ke dunia luar penuh cabaran ni...pernah sekali balik lambat dari orang lain sebab tiket habis..lagi berapa hari nak raya tah...ish3...
ni tiket untuk balik maktab 4hb dah habis...so tak balik boleh tak? hehehehe~
ok nak melawat bazar jap...hari ni turn ain p beli~
kesimpulannya...untuk adik-adik yang baru masuk maktab..atau pun yang baru menjejakkan kaki di negeri orang....kalau nak raya..sebelum puasa dah beli tiket nak balik raya dan tiket nak balik balik ye....
dan untuk ain....ambillah lesen secepat mungkin dan bawalah keretamu sendiri sebab kereta tak ada nak beli beli tiket :P
selamat berbuka..jangan membazir ye~ :D
Wednesday, August 10, 2011
THANK YOU :)
Assalamualaikum....ain suka lagu ni...tHANK YOU dari 2PM..tengok lirik dia...penghargaan kepada orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita...thank you..and I love u....
ABAH
MAK
ABANG
YAM
MY 5 BESTIES~
ADIK -BERADIK KS2 IPGKTB
SEMUA YG RASA SAYANG KAT AIN (perasan) =.="
I didn’t know I was going to tell you like this
No words were enough
I couldn’t say anything
I was so thankful
I didn’t know what to do
Why do you like me
Why do you choose me among so many people
What I could do for you is so lacking
So I made this song for you
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
I wasn’t able to do anything for you,
But you just keep on giving without stopping
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
Because of the love you gave me,
I’m standing here like this
I know how difficult it is
to live while loving me
But you keep standing in that place
without any change
Just for me
Why don’t you turn around
It must be so tiring for you, why do keep loving me
I didn’t know how to repay you again
So I made this song
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
I wasn’t able to do anything for you,
But you just keep on giving without stopping
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
Because of the love you gave me,
I’m standing here like this
That heart of yours,
The tears you cried,
All that, I.won’t.for.get.it.
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
I wasn’t able to do anything for you,
But you just keep on giving without stopping
So I thank you thank you thank you
and I love you love you love you
Because of the love you gave me,
I’m standing here like this
Subscribe to:
Posts (Atom)