My Followers

Monday, May 31, 2010

JurAng aNtaRA KaSih KepAda KawAn & CinTa KePaDa KekasiH...WuJUd?


Assalamualaikum..........

31 Mei 2010...
2.33 pagi....

tak tau kenapa pagi ni ain nak post tentang entry jiwang-jiwang plak...huhu..
mungkin sebab ain sekarang dah addicted dengan novel yang ain beli hari tu..Bintang-bintang Ke Syurga karya Xarine....nanti next post ain story pasal novel tu ek..^.^

kekasih dan kawan...

mesti ada diantara kita pernah mengalami kes dimana menaruh perasaan terhadap kawan sendiri..atau kawan menaruh perasaan dekat kita....ain ni bukan pakar sangat bab-bab macam ni...hanya mahu berkongsi...and plus..ain tak pernah tau kes camni! =.=" jangan fikir bukan2....tulung la~~~


kita tau semua insan ada perasaan sayang dan suka..cinta...Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar... Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah :Riwayat Ahmad..

cinta ini adalah dari naluri dan nafsu..otak yang mengawalnya...jika kita tiba-tiba jatuh cinta dengan sahabat sendiri atau dia meluahkan isi hatinya..........bagaimana? mesti seperti dentuman dari gunung berapi yang mahu meletus...seperti bom yang jatuh meletupkan sebuah daerah...bila sahabat yang selama ini kita letak kedudukannya sebagai teman biasa..tiba-tiba menaruh perasaan.......menerima atau menolak?


Jika dulu..kita menganggap dia sebagai seorang teman sejati..pendengar yang setia...pelawak yang menghiburkan....pemujuk segala kesedihan....tapi sekarang? setelah dia meluahkan perasaannya..dan kita menolaknya atas dasar KAWAN........MUNGKIN...hubungan menjadi dingin..keruh..tiada lagi persahabatan..kerana wujudnya rasa cinta...kerana kes hati..persahabatan putus..macam tu je..betul ke?


ain ada mendengar beberapa pendapat dari kawan-kawan..ada yang mengatakan lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat..mesti wujud rasa cinta...tapi yang mana yang menolak pernyataan tu berkata bahawa itu bukan cinta..itu kasih seorang sahabat.....

kasih kepada sahabat mungkin berputik menjadi cinta....tu tak dapat dinafikan...mcm yang selalu kita tengok dalam drama-drama..novel..percintaan bermula dari status KAWAN.....

Antara seorang kawan dengan seorang kekasih terlalu banyak perbezaannya. Kawan adalah insan yang kita temui terlebih dahulu sebelum kekasih. Seorang kawan yang baik mungkin dapat menjadi kekasih kita suatu masa nanti namun bukan semua kekasih boleh menjadi kawan yang baik.

rumitnya kes ni..sebab tu tak nak fikir sangat...bagi kawan-kawan yang pernah mengalami kes macam ni...buat la pilihan terbaik...tapi ingat.....
cinta pada Yang Maha Esa adalah yang utama...ingat laranganNya.....patuh suruhanNya...

jika inginkan pasangan yang baik..beriman...kita dahulu kena menjadi seperti itu...

petik kata dari mashury..

CINTA…ITU SEBUAH ANUGERAH
cinta adalah rasa yang tertanam dalam diri setiap hamba.. tak ada cinta yang merosakkan namun cinta akan selalu mengarahkan… cinta murni bila ia digerakkan dengan keikhlasan dan keimanan…
CINTA ATAS DASAR KEIKHLASAN DAN KEIMANAN ITULAH CINTA YANG INDAH.. CINTA YANG TERBEBAS DARI AKAL.. FIKIRAN..DAN NAFSU........

Wassalam.....

1 comment:

nusafara said...

ain..sile respon kt entry ell..ell tag ain...i`m waiting at ur blog..hik3