My Followers

Tuesday, June 28, 2011

SAYA EGOis..........


Assalamualaikum......kamu pernah ego? kamu tahu kamu ego atau tak?? perasan ke kita kalau kita sedang ego??? pernah berselisih faham dengan sahabat tapi ego untuk meminta maaf dan memberi kemaafan?

hari ni ain nak kongsi 1 artikel dari AkuIslam.com

Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Egoisme merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai pelanggaran moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini menjadi persoalan serius ketika ia cenderung untuk menjadi hedonistik. Kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan sebagai kenikmatan fizikal. Yang baik adalah difahami sebagai kesenangan atau kenikmatan.
Kerana itu, tindakan yang baik diertikan sebagai tindakan yang bertujuan memperolehi kenikmatan dan menghindari penderitaan. Akibatnya, segala macam cara digunakan oleh orang yang menganut “fahaman” ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok.
Itulah EGO..
Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.
Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?
Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindaril prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup anda, maka buatlah diri anda menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin anda akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah berikan yang terbaik, meski itu tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!

ain : ain ni ego..sangat!...degil...ish3...jom ramai2 lepaskan ego...GO GO EGO~

Sumber: Melepaskan KeEGOan.. | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/melepaskan-keegoan/#ixzz1QZpnMMSA

Friday, June 24, 2011

Bila Tok Guru Berbicara tentang "Cinta"



ain : yang BAIK untuk yang BAIK....terima kasih Tok Guru.. :)

Friday, June 17, 2011

Saya Dah Daftar...aNda??


Assalamualaikum....

Nak bagitau ni...ain dah daftar dah sebagai pemilih...hehe..walaupun lambat sebulan tapi tetap dah daftar kan...itupun kakak dekat pejabat pos tu kata "amboi adik..semangatnye daftar...cepat betul ye" . Aik..cepat ke kak? saya rasa ni pun dah lambat kak...hehe..akhirnya lega jugak kan...daftar dah..takut jugak tiba-tiba PM umum PRU..aih menangis tak berlagu la kalau tak sempat daftar lagi..

Tertekan juga salah satu sebab ain p daftar ni..mana tak nya...kalau keluar iklan suruh mendaftar kat tv tu...seisi rumah dok tengok ain....macam perli je...mak , abah , abang...yam pun sama..tengok muka macam nak telan je...hehe

tapi ain rasa bertanggungjawab jugak kan...yela dah layak tu buat cara layak...mana la tau disebabkan kita tak mengundi,calon yang layak sebenar-benar layak kalah dengan hanya 1 undi sahaja...tak ke rugi macam tu..lagipun rakan-rakan seusia ain...kita ni boleh dikatakan beruntung sebab masuk je 21 tahun dah ada ura-ura nak PRU dan berkemungkinan juga ada PRU...ada orang kena tunggu 5 tahun nak mengundi ni... :)

dalam kes memilih calon pula....em rasanya ain tengok kepada calonnya...baru partinya..sebab ain mementingkan peribadi orang daripada partinya..tapi ada jua calon yang berubah tingkah lakunya atas dasar pegangan pari atau terpengaruh dengan rakan-rakan partinya....sama ada pembangkang atau kerajaan...akan ain putuskan di kertas undi nanti....heheh undi adalah rahsia..bukan rasuah tau!!

Jadi siapa siapa yang layak dan belum daftar tu..bolehlah ke pejabat pos berhampiran atau pun pejabat SPR dan SPR bergerak ye.. :)



salam sayang smua~

Sunday, June 5, 2011

Walimatul Urus :)


Assalamualaikum...

Selamat bercuti bagi semua yang sedang bercuti..sekarang ni musim mendirikan masjid ye..jadi ain yang belum sampai seru untuk mendirikan masjid ni hanya memenuhi undangan makan di majlis-majlis perkahwinan je ok..hehe...bukan apa..teman mak..mak kata kalau pergi berdua je dengan abah tak seronok..maka dipaksalah anak-anaknya ni ikut sekali....yang anak-anaknye ni kalau ada makan memang tak tolak... :D

Hari ini je ada 4 undangan..tu tak termasuk yang jauh-jauh lagi...mak kata seboleh-bolehnya hadir tanda ukhuwah dan persaudaraan. Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Tapi mak ada sebab extra kenapa anak-anak kena ikut...sebabnya berbunyi begini " kalau kita tak pergi kenduri orang,nanti siapa nak datang masa kome kawen??? " ooooh..yeke...mak mak..hehe~ sebenarnya sebab yang tu adalah alasan mak yang sangat pelik..takkan la orang taknak datang sebab kita tak datang rumah dia kan..hehe..ok lah..sekarang ain nak senaraikan perkara-perkara yang menarik perhatian ain bila di majlis perkahwinan..

1. Tema warna dan baju pengantin~
setiap majlis perkahwinan, perkara yang biasa menarik perhatian ain ialah baju pengantin...tak tau lah sebab apa..dari kecil lagi memang saja suka tengok pengantin..lawa kot..hehe. mengikut pemerhatian ain , sekarang ni pengantin suka warna yang campoq-campoq kan...yang kontra pula tu..macam tadi..biru dengan pink..trend sekarang memang camtu kan...siap ada tema warna lagi...dari lapik meja sampailah ke baju pengantin...semua sama warna...tapi bagi yang suka simple-simple macam ain ni...1 warna pun cukup kot...yang plain je warna dia..lembut-lembut mcam putih....eh dah fikir pula..ape ni ain ape ni...ok next!!!


2. Lauk-Pauk dan Makanan~
bukan sepatutnya benda ni jadi yang 1st ke?? hehe sekarang ni trend majlis perkahwinan ada hidangan sampingan...contohnya macam bubur kacang,cendol,laksa dan macam-macam lagi..bagi mereka yang tak lalu atau kenyang untuk menjamah nasi,anda boleh makan yang ringan-ringan macam ni....sedap betul ain minum cendol tadi..sampai tak lalu makan nasi minyak dah..hehe . Lauk Pauk pun macam biasa ada kari daging,daging masak kicap,ayam panggang ke..goreng ke...jelatah timun..semua tu biasa..kalau pencuci mulut dia mesti buah-buahan..takpun kuih-muih yang manis..tapi kalau dekat bahagian utara sana..ada yang masak KERBAU kan?ganti lembu....tapi ain alergic sikit dengan kerbau ni..tak tau la pasai pa...makan je rasa macam kena gigit lebah je...ishh~ tapi kan ain kalau makan dekat kenduri ain target 1 benda je...air!! sebab selalu pergi kenduri kan tengahari..panas..dan haus..hehehehe~

3. Bungkusan

hehe ni zaman kanak-kanak dulu la...ala yang pihak tuan rumah bagi masa kita tengan makan tu...suka betul bila orang bagi bungkus-bungkus ni...kadang-kadang ada telur rebus,coklat,sumi,macam macam lah...sampai berebut dengan abang lagi..hehe..biasanya benda-benda yang ada tu macam yang disebut tadi lah...tapi sekarang dah advance...ada sapu tangan...cupcake...homemade chocolate...sudu pun ada...zaman bertukar ganti kan..tapi yang penting ain memang suka benda ni..heheeheh

4. Muzik dan DJ

sebenarnya tak lah tertarik sangat..sebab kadang-kadang muzik yang dipasang menyakitkan telinga..sampai tak selera nak makan....sakit jantung rasanya....itu dulu..masa zaman-zaman rock kot...pasang lagu-lagu cinta..tak pun ulang lagu Selamat Pengantin Baru tu banyak kali..sekarang ni beralih kepada nasyid...sejuk sikit kan bila dengar..lagu-lagu Maher Zain pun jadi pilihan...dan disertakan pula dengan selingan dari DJ yang diupah....menjemput tetamu dan juga memeriahkan majlis dengan gurau senda.. :) . Tapi tak dilupa juga dengan kompang kan..baru rasa macam majlis perkahwinan bila dengar bunyi kompang :)

rasa mengantuk..sambung esok ye InsyaALLAH :)

ain: bersederhana itu baik :)