My Followers

Tuesday, July 26, 2011

I Miss U So Much Sayang



Assalamualaikum....

Sekarang ain dalam mode kesibukan dan keletihan ye...baru lepas balik camping dan BIG...straight seminggu ain tidoq dlm khemah.....ai ai...balik jumpa dengan asignments,report....ye ain mengaku kadang-kadang ain nangis sebab rasa penat... T.T tapi semua ni kan kehidupan...kena banyakkan bersabar..nama pun student kan,tak lari dengan semua tu... :D

tapi malam ni tiba-tiba macam hilang je semua kepenatan dan stress lepas tengok Abang upload gambar si comel Muna Izzah...hehe lama dah tak jumpa sepupu comel kak ain ni...rindu sangat..dengar khabar dah pandai menerap ek..sampai tidur pun menerap..habis muka berbekas..hehe comel!

Muna..nanti dah besar jadi cikgu nak? kita pakat sama-sama ye...hehe
tak sabar nak jumpa Muna....dah gemuk ek...pipi kita sama la...mana tak tumpahnya kuah...mcm kakak dia jugak la..heeehhehe

itu saja..nak buat refleksi ni~
Wassalam...

Saturday, July 23, 2011

Contest Aku Berpuisi - Buat Kau Yang Teristimewa



Assalamualaikum...mahu cuba-cuba berpuisi..masuk contest Cikgu Azhan ..ini tangan baru memegang pena :)
tarikh akhirnya 16 Ogos~


Sahabat
Ukiran senyuman yang indah
Ibarat keajaiban yang hadir dari hatimu
Hatimu yang tulus ikhlas
Seperti kain putih tanpa corak

Sahabat
Tanpa satu nikmat seperti yang aku ada
Kau seperti tak menyedari
Setiap deriamu menangkis realiti
Redha itu datang dari hati
Yang ini semua kuasa yang Maha Esa
Tak punya nikmat hidup seperti insan lain

Sahabat
Kau katakan yang kau sedar
kau tak seberapa jika dibanding yang lain
kau hanya mahu dicintai seadanya
mahu mereka yang mencintai menerima insan yang berbeza ini
tulus mencurah cinta dan kasih
membalas senyumanmu
dan rela menunggu di sisi


Aku
Pandanganku rasa ada istimewa dalam kamu
Sayang aku teguh dan tak akan rapuh
Aku mahu setia di sisimu
Jangan kau rasa kau sendiri di sini
Di dunia yang luas penuh duri
Kau ada ALLAH..ingatlah DIA kala kau berdiri,duduk dan berbaring
Kau juga ada aku
Sahabatmu

Tag untuk cik Normah
Cikgu Wahida
Cikgu Ellina
dan sahabat comel


puisi ini ditujukan khas buat sahabat...Nooramyshakilla bt Samsuri...si istimewa juga sepupu saya,beliau kurang upaya pendengaran dan pertuturan..sekarang menuntut di Politeknik JB..juga kepada adik2 Pendidikan Khas SK Seri Andika Raja..Separuh hari bersama kamu semua buat cikgu rasa yang cikgu perlu kuat berhadapan dengan kamu,kamu lebih kuat menghadapinya..cikgu hanya orang yang memandang,berat mata memandang berat lagi bahu memikul... :(

Wednesday, July 6, 2011

Nuraizzu's Bakery??? Or Ain's Bakery???

Assalamualaikum sahabat....
Sihat tak semua?? masa ain type ni ain tak sihat sikit..selsema...yela cuaca tak menentu ni..sekejap mendung..sekejap panas...sekejap BERSIH...ehhh?? :P

ok lah...nampak tak tajuk kat atas tu??? tu namanya tajuk berangan ye....hehehhehe....ni salah satu impian ain...nanti kalau dah pencen jadi cikgu,dan dipanjangkan umur....ain nak buka satu kedai kek....hehe..ain suka buat kek....kalau balik je mesti seminggu tu ada 1 kek ain buat...ada yang resepi daripada mak...ada yang ain ambil kat internet je.....hari tu ain beli scale baru...boleh la ain timbang-timbang bahan nak buat kek ke..biskut ke...sebab yang dalam internet tu semua sukatan dia main gram-gram..takdak dah main cawan-cawan ni...

ain berkongsi minat makan dan buat kek ni dengan kawan-kawan baik ain...diana,normah dan sebah...ayu dgn hana tak selalu join sebab dorg ni jarang cuti...ni antara koleksi kek yang kami buat...~









sama tak smiley kek tu dengan smiley si pemegang kek??

aa mana lagi best?? Nuraizzu's Bakery ke Ain's Bakery?? (nuraizzu tu NUrul AIn ZUbaidah laa hehe) ..ke nak tambah nama orang tersayang??? :D

sudah-sudah berangan ain...kedai kek la ape la..siapkan tugas..banyak program nak datang ni..camping lagi BIG lagi..seminar lagi..~

Wassalam :)