My Followers

Sunday, August 9, 2009

MenJAwaB Tag EncIk VamPIre...

Assalamualaikum..
hari ni post hanya utk menjawab tag dari encik vampire..
walaupun xtaw siapa gerangannya(hanya taw dia senior kt maktab..huhu)
Anyway salam perkenalan...
mari kita jawab...


Soalan tentang diri anda:

1. Anda rasa siapa anda?

Saya Nurul Ain Zubaidah binti MOhamad Khalid..seorang insan yg berumur 19 tahun ++..

2. Dilahirkan di?

Hospital Teluk Intan,Perak

3. First ever school?

Tadika Kemas Batu 13

4. Asalan di mana?

Bagan Datoh , Perak

5. Cita-cita?

Teacher..

Soalan mengenai si dia

6. Penah bercinta?

tak.. *lalalala entah la...

7. Adakah dia romantik?

xtaw...

8. Da berapa kali dating dengan dia?

ermm...xbyk sbb blajar je..hehe

9. Apa perasaan kamu pada dia sekarang?

juz friend..

10. Di mana kamu berdua mula-mula jumpa?

Tadika..hehe

Soalan mengenai perasaan kamu

11. Penah dikhianati?

pernah...masa kcik2..hehe

12. Penah disakiti hati, perasaan serta fizikal

pernah...

13. Bila kamu dimanja, dibelai?

bila balik umah..oleh family tercinta

14. Bila kawan kamu yang jarang bercakap dengan kamu memberi hadiah even it is not your birthday?

Suka...tapi balik umah fikir balik..dan berasa sangsi..

15. Bila dapat tau yang kawan kamu sudah tiada?

Sedih....

Soalan mengenai kawan-kawan kamu.

16. Kawan paling rapat?

Diana..Saibah..Normah..Hana..Ayu..

17. Perwtakan kawan yang anda suka?

Fun..Kuat agama...baik hati..

18. Bila kawan makan kawan?

Eeeee geramnyee..

19. Perasaan bila kawan kamu mendapat sesuatu yang dia nak?

ermm suka bg pihak dia..

20. Adakah kamu nak perasaan tu jgak?

Yep..

Soalan saja-saja.

21. Penah dicium atau cium orang?

Cium Mak..adik..dan baby2 yg cute..

22. Penah menyentuh kawan bukan sejenis?

x..bukan muhrim laa...

23. Penah ada perasaan nak ke kemuncak Everest?

Pernah..~

24. Nak ke Italy? Kenapa?

Nk naik PISA..

25. Apa anda rasa tentang tag ini?

ermmm.......tag salam perkenalan..haha

Thursday, August 6, 2009

LoVe VerSus FrIenDsHip...


a yellow rose.. flower of friendship

Assalamualaikum.....
Harini ain nk post something yg menarik minat ain bila terbaca benda ni...
Hayatilah......


Cinta..

Cinta itu banyak pengertian..

Tapi bagi ku cinta adalah...teman sejati..

Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenali mu dengan sebenar - benarnya iaitu baik dan burukmu..
Setiap yang kita lakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan..

Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang..oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya..sebab keelokan paras dapat menyesatkan..

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya..kerana kekayaan dapat memusnahkan...

Tertariklah kepada seseorang yang mampu membuatkan mu tersenyum..kerana senyuman dapat membuatkan hari - hari yang gelap menjadi cerah...

Ibarat kata orang..setiap bunga mawar itu ada durinya..dalam kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan..seperti durian berduri kerana sedap isinya..kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya..dan begitu juga mawar berduri kerana harum baunya...


Dan jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian dari hidupmu..tetapi atas sesuatu sebab dia terpaksa pergi..jangan terlalu sedih.. terimalah kenyataan itu dan sekurang - kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..tetapi...apabila ada yang datang..jangan biarkan ia berlalu pergi..dan jika esok ia masih bertandang..jangan harap ia akan kembali..


Persahabatan adalah satu cinta....cinta yang abadi..



ermm..best kan skrip ni..dipetik daripada filem HEART..
membuatkan kita terfikir bahawa betapa pentingnya sahabat...mungkin kadang kala kita terpaksa mengecewakan sahabat demi kekasih hati...dan kadang kala kita terpaksa memilih antara dua...orang kata berkawan biar beribu..bercinta biar satu..dan apa salahnya ditambah lagi...bersahabat biar selamanya...

Sayang sahabat lain dengan sayang kepada keluarga..kekasih atau sesiapa pun..ada satu titik rahsia yang unik membezakan antara sayang sahabat dengan yang lain..
kita sebagai seorang individu yang dikurniakan akal dan perasaan harus mencari dimana titik tu..

Sayang sahabat - sahabat ain semua..love u all sooo much...
Semoga persahabatan yang terjalin ini kekal hingga bila-bila...amin..

Wassalam...

Wednesday, July 29, 2009

KaLAu TAk mArAH = LeMAh??

Assalamualaikum...
ermm lma xupdate blog *ayat sama setiap kali nk update blog..nmpak sgt xslalu update..hehe
minggu ni macam biasa tak busy sgt kt kelas..cuma ada beberapa peresentation je yang ain kena siapkan...alhamdullillah ada yang dah siap..berkat kerjasama daripada ahli kumpulan weda..ell dan kakpa..sayang sume..thanx taw..hehe

ok entry kali ni ain nk cerita pasal kemarahan..perasaan yang terhasil daripada timbulnya rasa gelisah..kurang senang dan lain2..ain tertarik nak menulis tentang tajuk ni sebab pagi tadi cikgu muhaimi dan cikgu rosuan membentangkannya dengan penuh semangat masa klas KKE..

marah ada baik dan buruknya..apa yang ain nak tekankan di sini ialah...KALAU KITA MARAH...ADAKAH ORG MELIHAT KITA SEBAGAI SEORANG YANG LEMAH??

kenapa ain tanya mcm tu?
sebab ain rasa ain ada kriteria cmtu kot..*muhasabah diri... u.u
sebab ain rasa lemah kalau ain x marah..ain rasa orang lain pandang ain sebagai seorang yang lemah..kenapa ye?

Marah ni bukan senang untuk ditonjolkan bg sesetengah manusia...ada juga yang kalau da marah meletup Hiroshima dan Nagasaki..hehe

contohnya seorang pemimpin..dia akan dipandang lemah ke klau dia x marah..tolong ain jawab soalan ni..
marah ni sekaligus akam mempengaruhi kedua belah pihak..sama ada yang org yang marah da orang yang dimarahi...
mungkin orang yang marah akan rasa dirinya sangat garang atau mengjengkelkan..dan orang yang dimarahi akan kecewa dengan dirinya atau membenci pihak yang lagi satu..

Setiap manusia ada rasa marah..cuma berbeza cara dia menonjolkannya..ada yang berleter..mengempan(bahasa perak yg bermaksud spt menghentak2 kaki...)
dan menangis...

so jgn marah2 taw..hehehe..tp ain susah nk tunjuk klau ain marah. >.<

ok tu je yg dapat ain coretkan...
wassalam..

p/s : ipgm kampus tuanku bainun da kna serang H1N1..moga dijauhkan segala wabak ..aminnn


Saturday, July 18, 2009

SeTAhuN SuDah...IPGM Kampus Tuanku Bainun~


Assalamualaikum.....
ermmm lama menulis kat blog..kenapa ye??
sibuk ke ain?? takde la sangat..ada la buat benda yang berfaedah dan juga sebaliknya..hehehehe

Ada satu kemusykilan sem ni...awal-awal ni tak sibuk pun..tak macam sem lepas..awal - awal da berzombi...huh..takpa laa bagi ruang sikit untuk bernafas..

Erm junior untuk ambilan Julai 2009 da masuk...IPGM Tuanku Bainun dengan senang hati menyambut mereka..adik - adik newbies ni semua ceria-ceria...kami yang secara automatik bergelar senior pun terasa keriangan menyambut mereka..*terasa da tua >.< Ain hampir terlupa..apabila masuknya adik-adik pada 13 Julai tu..keesokannya adalah hari ulangtahun yang pertama ain di IPGM ni..huh..da setahun ain bergelar guru pelatih rupanya..ermmm dan setahun juga ain dah bersama dengan kawan-kawan KS2.. Tengok adik-adik junior menjalani orientasi...secara tiba-tiba teringat kembali waktu ain mula-mula masuk maktab ni dulu...hehe..masuk mendaftar dengan perasaan pelik...hehe n homesick too..hooo Mula perkenalan dengan kak sabi..and then kak pa..hehe peristiwa lawak antara kak pa dengan ain tetap dalam ingatan..ain dengan excited bercerita ttg kak filzah yang tua setahun dengan ain..

ain : eh syafiqah(panggil nama penuh g time tuu)...nak taw rumate ain tua setahun daripada ain..hermm tak sangka ada umur 19 tahun masuk maktab..*muka excited sambil mulut dimuncungkan..

Kak Pa : *muka serius dan agak selamba..ko nk taw...aku pun 19 tahun jugak la!...hehehe

ain : ha???? * muka terkezutt dgn mulut dingangakan... hahahahahhahahahahahha yeke???hahahahahahhaahah..

dan gelakan itu berterusan sampai ke malam...

huhuuhuu banyak da yang ain alami masa setahun kat ipgm ni...nma maktab yang dulunya Institut Perguruan Tuanku Bainun jadi IPGM Kampus Tuanku Bainun... bersenda gurau dengan kawan2...bersusah senang...bersengkang mata wat assingment..semua tu kenangan yang tersimpan tetap dlm hati ain.. kawan2....nice to know u all...

ok tu je ain nk story...jumpa lg nnti..hehe.. wassalam..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI....Bye bye..such a great experience with you..


Assalamualaikum...
ermmm minggu ni macam biasa...hari - hari ain dipenuhi dengan kelas dan tidur...*eh tercakap pulak..wawa..
lecturer pun tak masuk sangat dan senang hatinya kami meng'onlinekan' diri...hehe..
minggu ni juga elaun masuk..hahahahahahha ain da menggunakan wang tu dgn berhemah..*shopping kasut..baju..foods..berHEMAH kan???
erm sekarang ni semua da tau kan yang PPSMI da kena bubar dan akan mula pengajaran dalam BM pada 2012..ada pro dan kontranya..kita tunggu dan lihat je nanti..

Sebagai anak yang lahir dengan PPSMI kohort 1...ain rasa pelik ...yelaaa sbb kita da belajar benda ni kan tiba2 dibubarkan...tapi walau apa pun..ain berharap selepas ni taraf pendidikan negara akan lebih meningkat naik..

pengajaran dalam BM akan dimulakan dan bagi SJK Tamil dan Cina pula akan menggunakan bahasa ibunda mereka..
Pembelajaran BI juga akan dinaik taraf dengan langkah2 berikut :-

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). adakah ain akan mengajar BI????

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.



ehsan dari utusan online..
ermmm semoga kita bersama menantikan hasilnya...!!! hehe
ermm esok ain nk balik kampung!! suka2...

wassalam..

Sunday, July 5, 2009

KeNal Tak SiaPA saYA???


Assalamualaikum....
erm setelah penat berusaha untuk sign in dalam blogger ni sepanjang tempoh 2 hari...akhirnya berjaya gak..*fuhhhh penat taw dok tunggu sampai boleh makan nasi 2 pinggan lagi..hehe
Hari minggu yang sangat membosankan di IPGM KTB...ingatkan nk join abang balik tp malas la pulak..lagi - lagi awalnya ada program dengan JPP kebudayaan lepas tu batal... +.+
Hari minggu ain hanya ditemani laptop kesayangan (siti saodah...facebook yg namakan dia cmtu..pape tah..nama sebenar dia CUKI CUKI TWEE laa!!) dan buku mikro yang tak berapa nk disayangi..*tapi berusaha memupuk kasih sayang tersebut... yeah!!..jgn marah tau MIKIO...(nama manja buku mikro ku..)

Ok la..sekarang kita kembali kepada tajuk...
KENAL TAK SIAPA SAYA?? ANDA KENAL DENGAN DIRI ANDA??

erm ada orang kata hanya individu itu sendiri yang mengenali dirinya..apa yang mereka suka..sifat semulajadi mereka...tetapi ada juga pendapat yang mengatakan orang lain yang rapat dengan individu itu yang lebih tau siapa dia...yang mana 1 ye??


ermm bagi ain dua - dua boleh diterima..sebabnya mungkin ada perkara tentang diri kita yang kita tak sedar tapi orang lain yang lebih tahu tentangnya...ada juga perkara yang kita rasa tentang diri kita dan ia terlalu sukar untuk difahami orang lain..

penting untuk kita tahu apa yang orang lain rasa tentang kita..ada beberapa sebab kenapa kita perlu tahu tentang itu..

1) untuk memperbaiki diri kita...*yela kot2 benda tu buat orang rasa tak senang ke..
2) sebagai pendorong semangat untuk kita terus maju kehadapan..*yang mana kita buat tu memberi kesan positif pada orang lain..baik kita teruskan kan?

erm sebaiknya kita perlu mendengar kata dua belah pihak...diri kita dan orang lain..siapa la kita tanpa orang di sisi kan..
Diri sendiri pula harus lebih alert dengan apa yang dirasai...sebab kita yang berfikir,berasa , dan mengalami semuanya...sebagai contoh , bila kita jatuh cinta...*mungkin kita perlu tahu bila kita ada perasaan macam tu..*kalau orang perasan dulu malu skit kot u.u ..

Kesimpulannya...perkara ini memerlukan proses give and take.....dalam diri sendiri , kita perlu give and take dengan perasaan kita , jiwa kita sendiri dan juga pemikiran kita....adakah ini perlu atau tidak...dengan orang lain pula proses give and take ini sangat penting...biar kita memahami apa yang orang lain faham tentang kita...

ok tu je yang ain nak bebelkan..hee..
waa skrg macam agak relax kat maktab ni..kerja pun kurang..xpe tunggu la nanti musim berzombi akan tiba..hehe

wassalam...



Friday, July 3, 2009

MaCaM2 ManuSia SekARang ni..huhu

Assalamulaikum....
Waaaa lma nye tak update blog atas sebab - sebab line yang ibarat anak kura - kura baru belajar berjalan di dalam lumpur je....hehe agak pelik ayat tu..jgn ditiru ye...

erm sepanjang ain xup
date blog ni..mcm2 perkara yang berlaku....huhuhuhuhuhu....dengan busy asyik berkawan ngan buku kehadiran..melayan kerenah abgku yang homesick dan juga asyik mengumpat je ngan ell dlm bilik dia..laghanyee la..huuhu..bnda2 ni sampai membuatkan ain terlupa satu perkara penting!!..huwaaa..sorryyyyy taw lmbat wish kat U...xpe2 next year biar ain jd yang the 1st one ok??

ok nk taw x? *da start ngumpat... ada la 1 hari ni ell ajak g teman dia g jumpa kawan dia...igt nk ajak g makan *ain mmg suka makan.. tup tup..kami dibawa ke hotel...HOTELLLL????????????????????....ada mamat tu bawak kami g tgok seminar ala2 skim cpat kaya iaitu U*T*****...CESSS...siap paksa2 orang g suh join..pe lagi ini je yang mampu ain katakan..ehem2...SORRY TO SAY..NOOOOO..hehehehe
mna leh paksa2 orang...pape tah da la mereka menggunakan ketrampilan sebagai senjata kunun...hehhh...igt hari tu da xmau jumpa mawas2 tu lg...tp apakan daya ain ngan ell tjumpa dorang masa kami lepak kat jj aritu..howcomeeeeeeeee.....hilang selera nk telan mee low soo ponn to...

daripada peristiwa tu..ain ambil pengajaran jangan mudah kenal dengan orang yang xdikenali....cm mereka..

ermm peristiwa lain..haaa time sambutan hari guru...best~ tema retro gitu.......gempak2 persembahan guru2 pelatih IPGM KTB ni....especially drama samseng tu..hehehehe tp penat wat bisnes catering haritu..skitttt pinggang..wawa

ermmm setakat ni je yang ain mampu nk cite kerana mata sudah hampir terpejam..huhuhu nk tito ni...

wassalam..


Tuesday, June 23, 2009

new semester..new hope..new vision..new spirit..mohon dipermudahkan...Aminn..

Assalamualaikum...
Waaa lamanya ain tak update blog..dalam 3 minggu jugak la blog ni terbiar tanpa kasih sayang pemiliknya..hahahaha padan muka~..huhu tak de la cuma ain takde kesempatan je nak tengok - tengok blog time cuti dulu...ye la busy jadi baby sitter bdk2 yang xde la baby sgt...da tua da pon..my cousins...

emm ok..based on tajuk kat atas tu *supaya tak menyimpang ke mana2 cerita yang x sepatutnya..hehe..ain da masuk semester 3 PPISMP kat IPGM Tuanku Bainun ni..waa 4 years more ain kt sini...

maka dengan itu ada bnda2 baru yang ain akan hadapi..kutip dan alami pada masa akan datang ni..dengan semangat baru..
setiap apa yang kita lalui dulu jadi pemangkin untuk kita lalui masa depan..

ada orang kata tutup buku lama dan buka buku baru...tp bagi ain kita perlu untuk merujuk buku lama untuk kita memahami buku baru..tak semestinya kita tutup terus dan tinggalkan je dalam almari..*adakah seperti buku geografi alam sekitar fizikal ain??

ermm semester baru ni ain tanamkan dalam diri untuk lebih kuat..indipendent..dan lebih menghargai orang lain...kerana kasih sayang tu ibarat penawar..penguat..dan penyeri hidup kita..insyaALLAH...moga2 dipermudahkan segalanya..AMINN...

cabaran yang mendatang perlu ain lalui dengan tabah..kuat dan paling penting dengan tekad...perbaiki diri dengan lebih mendekatkan diri pada Allah s.w.t...Ya ALLAH hambamu ini sering lalai Ya Allah....

ok..untuk teman2 seperjuangan ain semua...semoga sem baru ni kita menjadi lebih baik..lebih bersemangat dan lebih rapat..sayang kawan2 KS2 sumenye~

wat my beloved brother....semoga menjalani dunia kampus dengan berhemah ye..*hehe cam iklan plak...jangan nangis teringat kat abah ngan mak da le ye..hahaha..assalamualaikum cikgu azam!

my bestfrenz..normah dan nusaibah...juga selamat menjalani dunia kampus..jgn stress taw..semoga menjadi siswi yang berjaya! insyaAllah..dan tak lupa wat diana..ayu dan hana..selamat menjalani semester baru di kampus..

and one more..SELAMAT HARI BAPA WAT ABAH TERSAYANG ENCIK MOHAMAD KHALID BIN MOHAMAD NOOR...AIN SAYANG ABAH..TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA...PENGORBANAN ABAH TIADA TANDINGAN...LOVE U SOOO MUCH!

sampai kat sini je mukadimah ain untuk semester baru ni...wish me luck ok!

Wassalam...



Tuesday, May 26, 2009

NuKiLan AiN....atok~

Al - Fatihah..

Buat arwah datukku yang tersayang..

Haji Hassan bin Hussin..

yang meninggal dunia pada

24 Mei 2009 bersamaan 29 Jamadilawal 1430 H..


semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang mendapat

rahmatNya..


Amin..

Assalamualaikum..
Dah lama ain xupdate blog..exam week kan..
Harini exam da habis..rasa lega..
Tapi dalam 2 3 hari ni macam - macam ain rasa..sedih..marah..suka..semua ada..

Hari Ahad..atok yang disayangi pergi untuk selama - lamanya....sakit tua..
Malam tu ain terkedu...terdiam bila abang bagitau atok da tak de...
tapi tak nangis...cuma rasa lain...ain fikir nak balik malam tu jugak..tapi tak de daya nak balik..
Mak kata kalau sempat balik la..mak risau ain tak sempat balik untuk exam selasa tu..
Mak pesan...jangan sedih...abah kata tak pe nanti boleh ziarah pusara atok..
mak cakap ain kena kuat....atok tak suka orang yang tak kuat..
Ain sedih sangat masa tu...sangat2..hati ni meronta - ronta nk balik...
Ain ingat pesan arwah atok..blaja rajin2...tolong mak abah...jadi cikgu yang berwibawa...
InsyaAllah atok..ain cuba sehabis daya ain...huuu :(

Kali terakhir jumpa atok masa cuti awal Mei dulu..atok ceria je..tapi masa tu ain tengok atok da makin lemah...
Atok ain sayang atok..
Ain je cucu yang xde untuk tatap wajah terakhir atok...
Allah lebih sayang kan atok...semoga roh arwah dicucuri rahmat Amin...

hari yang ain sepatutnye balik tu..ain bawa hati yang sedih pergi library..lepas baca yassin untuk arwah..ain siap2 g library...mula - mula nak study..tp buat benda lain +.+

Tapi haritu memang bukan rezeki ain...duit ain hilang..ada orang selongkar beg ain dekat library...xtaw sape....
Moga - moga orang tu diberi petunjuk...
Bertambah sedih la...huhu

Harini last day exam...rasa lapang je da habis ni...perasaan nak balik rumah membuak - buak...nak jumpa abah..mak..yam ..abang...nak ziarah pusara atok...nak tolong mak wat kenduri arwah...nak wat reunion sekolah rendah..

Semester semakin mahu menutup tirainya..banyak perkara yang ain lalui sepanjang sem ni..apa2 yang baik ain ambil sebagai teladan..yang buruk ain cuba perbaiki insyaAllah...
Dengan kesempatan ni juga ain nak minta maaf kalau ada buat salah silap dengan kawan - kawan sepanjang kita bersama dalam sem ni...
semoga semester 3 menjanjikan yang terbaik buat kita semua!
Takut nak tunggu result exam sem ni..ngan muet skali..huhu

sampai sini saja nukilan ain kali ni..SAYONARA~
Wassalam...



Saturday, May 16, 2009

SeLaMaT UlAnGTahUn Yg Ke 19 AiN!!


Assalamualaikum...
Selamat Hari Jadi Untuk Ain..

Hehe....14hb da berlalu dan ain sekarang da 19..waa cpatkan masa berlalu..

Kat sini ain nk wish THANK YOU byk2 yg da wish kat ain haritu....
tgh2 malam da bg mesej....tq sebab sanggup tido lewat nk wish kt ain yep!

Tapi ada beberapa orang yang ain xsangka dorang still igt birthday ain..wwaaa terharu...
dan 1 panggilan yang ain xsangka ada pada mlm tu....................huhu MySpace

yg paling besh dapat hadiah la kannn of course~
tapi kebanyakan hadiah di pos ke rumah * why3 dorg x send kt maktab?? xfahammmm... dan hadiah ain dapat kat maktab adalah dari KAK WANI.... naqibah usrah ain..ain btul2 xsgka dia akan bg hadiah tu kt ain..soooo sweet tau bekas pen tuuuu.... time kasih kak wanii...sayang kak wani!


sweet kan? cm taw2 je ain suka pink~ tanx kak wani


hadiah dari zaty di alam maya...hehe..thanx yep~

mood birthday still ada g..hehe tp kna mix ngan mood exam plak..
next week ain da start exam..kawan2 sume doakan ain ye~
~~
ok dengan ni dalam seminggu ni ain xupdate blog sbb nk concenrtrate kt exam....kunun heheh...

REHAT SEBENTAR YE~

MOOD EXAM NI~

BYE BYE~ MySpace

WASSALAM...

Wednesday, May 13, 2009

LaSt DaY as 18 YeArS Old GirL...renungan setahun lalu..


Assalamualaikum....

Hari ni..masa ain type post ni...adalah hari last sebagai seorang kanak2 18 tahun *hehehe kanak2 ke?..wawa~

Kat sini nk wat renungan balik pe yg da jadi kat ain sepanjang berusia 18 tahun ni...banyak..ada suka..duka..rindu..penat...macam2..

Tahun lepas banyak benda blaku kat ain..rasa macam tahun lepas adalah tahun yg ain start berdikari...ermm mula untuk tahu jaga diri sendiri..tgok dunia luar...

last year ain terlibat dengan PLKN..3 bulan dok kat Kem Etnobotani Gua MUsang Kelantan...tu la pengalaman pertama berjauhan dgn family...rasa sedih sgt tp masa bertolak tu tak boleh nagis pun..xtaw knpa...huhu..
Tp pengalaman yang ain kutip kat sana banyak menolong ain untuk hadapi masa depan...
Suka Duka kat sana ain simpan dalam2 kt hati...rindu dekat kawan2..cikgu2..aktiviti2 kat sana kadang2 wat ain sedih..huhu..MISS U ALL...KEM PLKN ETNOBOTANI~

Tahun lepas juga Ain dapat result SPM...sangat happy...tapi at the same time...tfikir yang ini masanya ain mula melangkah ke dunia baru..satu stage lain dlam hidup...

Usia 18 tahun juga menyaksikan ain melangkah ke dunia kampus...
IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN....satu area baru ain...dunia baru...sekolah yang ditinggalkan...digantikan dengan kehidupan sbg seorang guru pelatih..
Rasa berjauhan dengan keluarga sangat dirasakan waktu 1st week....xpernah duduk asrama la katakan...

Kat sini ain jumpa byk kawan2 baru..KS2..kelas yg bestt..hehe..wat ain tersenyum je.. :D
Kehidupan sebagai student ni banyak dugaan sbenarnye tapi kita perlu tahu cara untuk menjalaninya...jgn cepat stress..
Ingat lagi masa bulan puasa..1st time puasa tanpa family...hari 1st puasa tu bersahur kat rumah..pastu balik maktab..mak bekalkan makanan...
Masa berbuka kat bilik..sorang2 rumate xblik lg....tiba2 je air mata mengalir masa makan nasi bekalan tu...(..sedih jap..) teringat kat fmaly time tu...kesibukan mak nk siapkan juadah berbuka...abah yg bz buat air*mmg tugas dia masa bulan puasa.. abang plak dah duduk kat depan makanan walaupun waktu berbuka lambat lagi....yam yang dok rapat depan tv nk dengar azan sambil suh orang isikan air byk2 dalam gelas khas dia yg besar gedabak tu..mmg sedih time tu..pastu abah call..ape lagi makin truk nangisnye....nsb bek rumate xde klau x malu je nangis cm budak2...isk2 sedih lak malam ni..huhu

Kehidupan kat maktab ni banyak mengubah ain..jadi lebih AIN....tp byk lagi yg perlu ain perbaiki...jgan terlalu percaya kat orang..jgn terlalu cepat simpati dekat org...jgn lemah!!...dunia ni kadang2 sgt ganas ain...kita perlu stand up~

So...birthday tahun ni 1st time xsambut dgn fmaly...last year nyaris2 jgk tapi nsb baik time tu cuti PLKN...tp kna jgak bday suprise kat kem..hehe
xpe ain da besar kan...:D

Esok hari baru...azam baru..umur baru..dah tmbah 1 waaaa...19 tahun....
Wassalam.......

I LuV My MoM~....adik sayang mak!!

Fouziah Hassan..my mom.. gambar candid mak ..hehe(yg blakang tu cibuk jer~)



Assalamualaikum...

Ain lambat wat post ni sbb bz skit..malam waktu yang biasa ain update blog tapi skrg ni asyik tidur awal je..kuang2x...

Kat sini ain nk wish my mom HAPPY MOTHER'S DAY...tp bagi ain hari2 pun bley jd mother's day..heheh sayang mak..
Terima kasih sbb lahirkan ain..jaga ain..layan kerenah ain yang manja ni..hehehe..ada puisi untuk mak....

Ibu, kau
memberikan separuh hidupmu

Memberikan banyak
cinta untukku sepanjang hidupmu

Menjadi tempat
mengaduku

Kau memberikan
semangat untukku

Memberikan
waktumu untukku

Hanya kau wanita
yang paling kucintai di dunia ini

Ibu, hanya kau yang mempunyai waktu
untuk mencintaiku

Ibu, hanya air matamu yang mengalir
untukku

Ibu, hanya engkau yang menyerahkan
nyawamu untuk menyelamatkanku

Hanya ada uluran
tanganmu ketika aku menangis

Hanya ada
senyummu ketika aku bersedih

Hanya ada tawamu
ketika aku senang

Ibu, hanya engkau yang ada dalam hatiku

Ibu, seandainya aku bisa menghapus air matamu

Seandainya ibu tahu aku juga merasakan pedihnya hatimu

Aku merasakan jika ibu sedang sedih

Tapi gadis kecilmu ini tidak dapat berbuat seperti yang ibu lakukan padaku

Ibu, seandainya
aku bisa menggantikan kesedihan ibu dengan tawaku

Seandainya aku
bisa memberikan nyawa ini walau hanya separuh dari nyawaku

Seperti yang ibu
lakukan ketika melahirkan aku

Seandainya aku
bisa menjadi tempat mengadumu

Seperti aku yang
bisa mengadu padamu

Aku hanya ingin
menyapu air matamu, ibu….

Aku juga ingin
merasakan perih dan pedih yang ibu rasakan

Ibu, sejuta
cintaku

Sejuta kasihku

Sejuta
perhatianku

Dan sejuta
sujudku ditelapak kakimu….

Allah, angkatlah
beban ibuku….

Hanya engkau yang
bisa

Karena hanya
Engkau tempat mengadu ibuku….

Ibu, aku
mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwaku

Hanya untuk ibu
seorang…

-Gadis kecilmu
yang telah beranjak menuju dewasa-


Sayang makkk~ isk3x sedihnyee..


Wassalam..




Tuesday, May 5, 2009

InGat2 MasA DuLu2~

Assalamualaikum...harini Ain nk bawak kawan2 imbau balik zaman masa kita kcik2 dlu..hehe

budak2 yg lahir pd thn 8/90an mesti ingat

mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku

cerita.

ari ni bg list, esok mintak duit

beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp

just tengok gamba je.

bile ade program

Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg

berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn

blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk

padam.

padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm

ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg.

Ade

pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu

pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering

dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh

tp bile time kaler sume hampeh.

ade gak

buat anyaman pakai kertas warna, kolaj

la, ape la...

- main game 2D.

super contra, super

mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole

tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.

Beli se mata2 nak

mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die

kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,

transformers, ninja turtles,

Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x

smpt lyn bende2 ni.

kite akan sentiasa

berubah, cume asal-usul kite yg

permanent.

huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....

mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...

hehehee.."

ni pun ain dapat dari kawan ain..jadi igt2 la zaman dlu..hihi bley wat kite senyum sorang2..

mmg suka r cite ni dlu..

Wassalam..........

Sunday, May 3, 2009

ReUnIoN 6 CeRDaS SKKJ BaTcH 02**

Assalamualaikum...
Hari ni tema kita UNGU..hehe lagi??

Okey entry kali ni khas untuk PROJEK REUNION 2009 6CERDAS 2002....
Ain secara sukacitanya menjadikan blog ni sebagai blog rasmi projek ni..
hehehehe

Ain da lama nk plan benda ni tau tapi masa je yang tak mengizinkan...ramai ex classmate ain masa tahun 6 dulu da lost contact...yang still rapat kebanyakannya yang sama skolah menengah je... >.< style="color: rgb(255, 0, 0);" size="4">ain , normah atau sebah melalui blog ni...ok??

Rinduu nk jumpa sume~

*mood exam...study~hehe
Wassalam..

Tuesday, April 28, 2009

1 LiTrE Of TeArs....BEtUl2 RasA TeRKeSaN..huhu




Assalamualaikum......

Harini ain tgok cite 1 litre tears utk kali yang ke brapa ek??..entahla..tapi setiap kali tgok cite ni perasaan yang sama macam pertama kali tgok...sangat sedih....huhu

Mesti ada diantara orang kat luar tu cakap yang ain terlebih feeling ke..ain mmg cmtu..sifat semulajadi ain yang cepat beremosi...hehe

Cite ni special bagi ain....cite ni juga dan menyentuh hati ain sebagai seorang manusia yang wat masa ni sihat walafiat dan ada kemampuan untuk menjalani kehidupan seharian.Kita semua ada terfikir tak macam mana kalau kita sakit..xmampu nak berjalan..bercakap..sedikit demi sedikit keadaan kita beryambah teruk?...apa kita nk buat??...sedih??..marah??..tak taw la..

Cite lakonan Nishikido Ryo..(kehenseman berleluasa..hehe) dan
Sawajiri Erika ( bleh dapat grand award r dia ni..) btul2 wat ain nangis 3 hari 3 malam...huhu..cite ni mengisahkan ttg Aya Ikeuchi , seorang gadis 15 tahun yang baru memulakan persekolahan di high school...semuanya manis bagi dia...family yg happy..kawan2 yang ceria..dan juga sukan kegemarannya bola keranjang ...

Tapi kegembiraan tu semua tiba2 je macam hilang......sbb??..dia disahkan mengidap Spinocerebellar Degeneration....pyakit ni menyebabkan kurang upaya tubuh untuk bertindak balas....huh

Masa dia sakit ni ..dia xbersendirian..mak..ayah ..adik bradik dia..kawan2 and especially Asao Haruto...ni menunjukkan dia xbersendirian untuk menghadapi semua ni....hari demi hari dia berhadapan dengan penyakitnya yang tiada penawarnya ni...sian2..

Pengajaran ataupun refleksi yang ain dapat selepas tgok cite ni...

1. Masa sihat ni..ingat2 la nk tambah ibadat sebab da sakit nnti kita xtau sama ada sempat kah kita nk wat....masa sihat ni juga kita kna hargai apa yang orang dan wat kat kita...sayang orang yang sayang kat kita..

2. Family is very important...keluarga adalah pasak untuk kita berdiri..biarpun kita jauh dari mereka tetapi kita mesti ingat kat mereka kerana mereka sentiasa menyokong kita...keluarga Ikeuchi ni sgt saling bergantungan...

3. Jangan pndang rendah dekat OKU...mereka sering dipandang sinis masyarakat...tanpa kita sedari mereka juga punya kelebihan diri..

4. Lastly....jgn simpan perasaan lama2..klau da suka luahkan..*untuk lelaki laa...hehe..tapi serius ain tabik kat Asao dalam cite ni..walaupun Aya sakit dia tetap suka kat Aya..soooo sweeett... :D


Antara adegan atau babak yang ain tersentuh..huuuuuuuuu

1. masa Aya dapat taw dia sakit drpd Doktor yg hensem...sbb dia cm da syak b4 tu.....ayat dia cmni..."kenapa penyakit ni pilih saya??"....tergamam doktor tu..huuhhuh..pastu dia balik umah..dia ulang balik soalan tu kat mak dia..."sya baru 15 tahun..knp perlu saya hadapi semua ni??..adil ke??"

2. kedua masa adik Aya, Hiro malu dengan kawan2 dia sbb Aya cacat..Kakak kedua dia Ako marah sungguh kat dia...sambil nangis2 Ako kata "kita xperlu malu sbb Aya...kalau saya jadi dia..saya malu nk keluar..xmampu nk tersenyum...tapi dia buat macam biasa je...dia usaha jahitkan nama Hiro kat lengan baju walaupun terkial2.." sangat tacing time tu.....lagi2 Aya plak mengendap kat luar..dia pun teriak sama..huuhuh....berliter2 air mata..

3. masa Aya dengar pengakuan rakan2 sekelasnya....rakan2 dia rasa terbeban ngan kehadiran dia..kecuali Haruto...siap laa kawan2 dia kna ceramah khas dari Haruto...pastu Haruto nmpak Aya...babak ni la yg menunjukkan ada betapa sedihnyeeeee Haruto..hooo~dia nangis ngan Aya truk~sambil dihujani salji gitu~

4. Masa Aya tya doktor hensem..mak n ayah dia."bolehkah saya kahwin??"..serius soalan tu btul2 wat ain teresak2 nangis..lagi2 tgok ayah Aya nangis truk2..huhu..doktor hensem turut tertacing...

sebenarnya banyak lagi babak2 yang sedih tp xsempat la nk tulis semua..huhu

yang penting ni la drama yang wat ain sedih sepanjang malam....huwaaaaa...

ok da penat review drama..hihi



Nk BALIKK KAMPUNG~ WASSALAM..

p/s: kalau nk baca diari sebenar Kitou Aya...g kat link ni
> http://diaryofaya.blogspot.com

Thursday, April 23, 2009

KeKaNdA DaN AdInDa Ku TerCiNtA..CeWaHH :)

Assalamualaikum.... Aloha.... hhehehhe....tempoh paling cpat ain guna nk update blog kerana jelez ngan queen nusafara kite tuh update blog xdan 12mnit...huhu~ harini ain nk berstory pasal 2 person yg paling rapat ngan ain...kat rumah ek....selain drpda parent ku yang tercintaaaaaa....

NoOr AzAm HafiZi BiN MoHaMad KhAlid @ My BrOThEr....

Ni Dia abang ain....azam...umuq 20 tahun..single kot sape nk borang bleyh la tempah awal2..hehe men2 jew taw abg~
dia ni klau ngan orang makkk aiiii...pmaluuuu nyer...dpan pmpn tunduk je..da la jalan semedang je cover malu..dia kata jalan gentleman..cisss..

klau dkat umahhh..huh cam pembuli jerk...kami anak2 gadis yg kiut menjadi mangsa buliannya..waaaaaa..suka nyakat orang dia neh..dush3x

Dia ni minat sangat ngan permainan yg bernama hoki...sgt2 minat...dia la jugak yang bertanggungjawab meminatkan ain sama...kehkeh..dia start wakil skolah dari darjah 4 time t da wakil daerah da...

sampai la skolah menengah pringkat paling tinggi dia pnah masuk SUPER (sukan perak) n baru2 ni pun dia da g training untuk selection super 4 this year..hebat x?? abang cape??? AIN..

selain tu , dia ni minat sgt anime..buku naruto sampai da leh wat benteng perang da...blambak2...klau jual kat india surat khabar lama mesti untung byk pya!

Abangku ni caring jugak kat adik2 dia.....pape hal dia mesti take care kat kamii dlu..hehe

dia baru pas StPM n skrg tgh tggu panggilan U..mntak dia dpt UPSI sbb dia nk sgt..huhu
join ain jd sensei....



NuR MaRiaM IzZati Bt MoHaMaD KhAlId @ My SiSter..

adikku yang tomey..umur 11 tahun darjah 5 tahun ni..jarak antara kami agak jauh 8 tahun..soo sian kat dia sbb dlam fmaly org panggil Yam je...sbb gelaran ADIK adalah tetap milikKU..hahahahhahaha

dia ni lurus jgk laa..slalu kna sakat ngan abgnye n kakaknye yg serba tahu ni...
sampai nangis2...tp dia ada senjata utama klau kami kacau iaitu...= "MAKKKKK TGOKKK ABGGG NGANNN KAKAKKK NEHHHHH!!!!!!!!!"...maka kna la kami....piapppppp2x...
tp dia ni pandai klau bab kira2 neh..lein ngan ang n kakaknye...lajuu btol klau suh kita math....waaa respect r..

dia kata nk jd doktor bila bsar nnti..tp sejam kmudian tukar kata nk jd pembaca brita sbb tgok Nor Azlina Redzuan baca brita kt TV3...huhuhu..g hospital tgok nurse nk jd nurse...xpahamm la dia ni...smoga dia mnjadi slain dari cikgu la ek...hihi..doktor gigi katanya..

dia ni pun da mula berkecimpung dlm sukan hoki..baru pas mnang no3 wakil klas...tahniah..truskan warisan kakak dan abgmu...hhahaha


Maka itu la serb sdikit ttg abg n adik ain...best ada dorg..hihihihi... walaupun slalu gado tp kami ttp syg2..hehe wassalam...


Tuesday, April 21, 2009

BiLa SaKit....mula nk merepek kt blog...hihi~

Assalamualaikum....

Dua tiga hari ni ain xbape cihat...hukhuk..dugaan...trima je ek.....tp serius smalm truk sgt..smpai xbgun.. seharian dari pagi sampai pagi esoknya atas katil je...

Ain nk cite satu bnda ni....bila kita sakit kan...ramai laa orang yang wish kita cpat baik..ada yg nk bwk p klinik...ada yang nk suapkan ubat..mcm2....hihi...
walaupun jarak dorang tu berpuluh kilometer per hour....ermmm..

Ada kawan kepada kwan kepada kawan ain ni...
*byk pya kawan... time dia sihat ke sakit ke..ada la 3 org yg slalu take care kat dia..sume tu lelaki....yg peliknya...banyak kali secara kebetulan time dorg mesej tu dalam wktu yang sama...sampai xterlayan da...huh

Ada la baru2 ni Miss A (bukan nama sebenar) demam la...ish3 ciannn...
mula2 yg Mr S,Mr M ngan Mr P ni xtaw pun....bajet la xmo bgtaw.....

tp tersilap plak tletak kat shoutout fs...padan muka..hihi

sume Mr2 tu taw la...n seberataan (bhs banjar terkeluar) menanyakan kabo..

bukan nye Miss A ni xsuka...tp menurut kata dia..dia cm serabutt..eh x...confiuss...eh xjugak..pape je laa kan... :P

ye la dalam pergaulan kita seharian kita xsedar yg kita da wat org lain tlebih care kat kite...xbaik jgk cmtu kan..

Miss A tu takut sbenarnye klau salah sorg dari mr2 tu tersalah faham kt Miss A...ye la Miss A xmo la besfren jd enemy plak dsbbkan misunderstanding tu...fhm2 je la ek..ada pendapat mengatakan yg male n female xleh jd besfren ( ellina nusafara , adni ezaty.(2009)iptb publications)..*siap bibliografi lg.. tp ain rasa bley la..mcm dlm kes Miss A ni..3 hero tu sume besfren dia..pe kisah??...cuma tau jaga batas2...kn???

tp yang paling penting...Miss A slalu la igtkan besfren2 dia tu.... kalau kita sayang kan seseorang 2..jgn sayang sgt2..sbb mgkin syg kita tu akan wat dia salah faham...xpun 1 hari dia akan tggalkan kita...

overall conclusion nye... besfren + BF = XXXXX
= besfren ttp besfren....
yang special tu lain punya cite...hhihihi...

wat Miss A.....klau da tiga2 cm da rapat...plih 1 yg btul2 care kt kite...

tu je..hihihi
nk muet da...doakan ain taw :D

p/s...layout baru...tp cm xpuas... :P

Tuesday, April 14, 2009

KeObSeSaN DeNgaN StrAwBeRi @ StAWBei KemBali..huhu


Assalamualaikum.... waa lama nye xupdate..huhu..tinggal cm rumah hantu je blog ni pnuh ngan habitat labah2 dan skutunya..hehe xde laaaa...

ermm hari ni ain nk story pasal keakraban ain dengan buah yang bernama strawberi atau nama manja ain panggil stawbei...

Dulu2..duluuuu....time tu ain darjah 6 laa...ain start suukaaa sgt stawbei ni...time tu g holiday ngan family kat Cameron Highland..waa sume jnis makanan n minuman berasaskan stawbei org bli...

Sampai sume bnda nk stawbei..pencil box,pmadam,pembaris , beg skolah , purse , sume bermotifkan cik stawbei..*alangkah femes nye dia..huhu

Keobsesan tu berlarutan sampai form 3...sbb busy nk pmr maka da xheran ngan stawbei...pencil box pun kaler itam je..huhu..mood study tuuu

lama jugak la tinggalkan stawbei ni sbb jemu kot...sampai la da umur 18 n more ni pas balik dari Cameron wat kajian utk studies....

Keakraban antara ain ngan miss stawbei terjalin balik.....tp xla seobses dlu...
ala kadar je....juz dekstop ada stawbei..wallpaper fon ada stawbei...kat almari ada sticker stawbei...ala kadar kannnn.....hehe

And the latest pya produk bercirikan stawbei beg fon yg ain bli dgan harga yg murah kat Kea Farm...
tomeyy kannn...RM3 je..hukhuk


sooo..dgn kmbalinya minat ain kat stawbei.....mka byk lagi la brg yg ain nk bli...hehehe........


laptop pun da kna jangkit virus stawbei..

ok...tu je ain nk cite....nnti ada masa story lg....dala nk MUET ni..btapa scaryy nye..but anyway .....ASSIGMENT da abeshhhhhh...enjoy jap je pasni nk exam plak..k bubuye....Assalamualaikum....

ps: dok tringat kt stawbei coklat...uhuuhuuhh



Sunday, February 15, 2009

YoU'Re NeVeR AlOnE....Im HeRE..

YOU'RE NEVER ALONE

You're never alone, I'm always near,
When your troubled, down or blue.
All you have to do is call me,
I'm always here for you.

It doesn't matter where I'm at,
It doesn't matter when.
When you need someone to talk to,
I'm here to be your friend.

If you need someone to hold your hand,
or a hug to say I care.
If you need a shoulder to cry on,
for you I will be there.

So never think you are a burden,
when the weight gets to be to much.
You might find if look hard enough,
a good friend could be the right touch.

You're never alone, I'm always here,
through the good times and the bad.
I'm always here to be your friend,
I don't like to see you sad.


Assalamualaikum...

harini ain tetiba je hati terdetik nk tulis entry pasal friendship..

ye la last entry dah pasal love kan..actually benda ni sama2 penting...

Ain seorang yang mementingkan persahabatan la jugak..Ain tak boleh tgok my frenz susah and sedih...

Kalau ada masalah story kat ain..xkisah la ape pun..ain sanggup jadi tukang dengar...

Dalam kita berkawan ni sebenarnya kena ada persefahaman atau understanding...

Kawan juga tmpat utk kita bersandar...pasak untuk kita berdiri..xsemesti nya dengan wang ringgit kita boleh dapat a great friendship...

Lean on me, when you're not strong, and I'll be your friend, I'll help you carry on, for it won't be long, 'til I'm going to need somebody to lean on...

soo..hargai lah pershabatan yang anda ada skrg kerana kemungkinan untuk kita menemui persahabatan baru agak sukar skrg...


FrENZ FoReVeR.......


IgT KaT AiN SlaLu Tau...

DiAnA..aIn..NoRmaH



byK KaWan LaGI BEsT...



FoReVeR.....



NeW FrENz...IPTB KS2













Friday, February 6, 2009

My OpInIoN...just my point of view...


Assalamualaikum... Ain saja je nk mnulis harini..xtau la sbb ape..boring kot..tp keje pya la blambak..saje release tension.. Ain nk story pasal having a relationship.. xde kena mgane ngan ain..soo jgn pkir yg bukan2 ye..huhu kita slalu dgr yg ramai remaja skrang nie mudah skali jatuh cinta..xkira la sama sekolah ke , u ke,jmpa tgah jalan ke.... tpi macam mana nk tau yg korang tu dah ready ke blom utk bnda2 cmni. Kita kena fkr bila kita dah rela untuk disayangi org lain tu mknanya kita sedia untuk dilukakan skali..mybe laa drpd apa yg ain pnah tgok org lain slama ni.. kat movie pon ada ckp cam tu..hehehe sbb semuanya xkan indah utk selamanya kan..mesti ada juga masam wlaupun skejap.. bagi yg xready lagi tu..jgn la nk memandai try awal sgt...observe dulu..hehe sama ar gak cm nk wat assingment kan..cari dulu mklumat penting.. takut laa..nnti ada gado skit xtau nk slesai dan rasa menyesal sbb berkaple nie tp bagi yg dah ready....trima la...tp jgn berhenti untuk be cautious..always learn to be a person that being loved..dont try too hard to show that u love him or her.. And the most important thing is..pandai2 la tolak ansur..jgn dua2 keras kpala...mmg xsesuai.. tp dalam hidup anda berkaple ni..jgn la mlampau batas pergaulan tu..kalau nk jumpa pun kat tmpat yg sesuai...jaga aurat..tp bg ain..best kalau berhubungan secara xterlalu ketara..cm x tnjuk sgt..hihi.. ok la..ain bkn la nk jadi ustazah ke kan..ain pun nasihat diri sendiri jgk..tp better la kita x involve sgt dalam bnda ni pada usia muda sgt..study is the important thing rite now.. ain pun kna la sntiasa alert..ain pun bukannya baik sgt..huhu...(hihi bajet la tu...)kehkeh wassalam................ Mutiara Kata :- Kawan dulu...kekasih yg baik asalnye kawan yg baik....kawan kenali dia sbg kawan dahulu..mybe ur frenz is the right person 4 u..