My Followers

Tuesday, May 4, 2010

Tentang Pilihan...

Assalamualaikum...


Pilihan, bukanlah suatu hal yang mudah dan senang untuk dilakukan dan bukan mudah untuk membuat keputusan berdasarkan pilihan..

Pilihan boleh dibuat melalui pertimbangan..tapi kadang - kadang pertimbangan tu dipengaruhi dengan hati..tanpa akal...hasilnya..kecewa..gagal...sedih...

Pilihan perlu dibuat dengan akal..dan juga hati..antara peratus untuk akal dan hati tu pun perlu pilihan...jangan hanya ikut perasaan atau tindakan orang lain...hanya kita..diri kita..InsyaALLAH..

Pilihan juga perlu dibuat walaupun pilihan yang kita mahu tu melukakan orang lain...kadang-kadang tak mengapa untuk pentingkan diri sendiri ke arah kebaikan...
Orang itu harus faham..yang kita punya pendirian dan juga ketetapan diri...lebih lagi jika berkaitan dengan perasaan..jika dia faham tentang pilihan yang kita buat..bermakna benar dia FAHAM kita..hanya masa yg menentukan..

----------------------------------------------------------------------------------

lama dah ain tak update blog..busy dengan asgment..sekarang baru lapang sikit tapi mood exam da start *tapi mood study belum tiba..dimana2x?? hehe

banyak benda yang ain lalui sebelum ni...buat ain berfikir..ada sesetengah perkara yang kita anggap penting sebenarnya tak penting pun..abaikan da lupakan...jangan jadikan benda tu sebagai tali yang mengikat otak kita untuk berfikir tentang perkara lain yang lebih mustahak dan penting...jangan jadikan sesetengah perkara tu sebagai remote control yang mangawal hati kita..tapi...macam mana nak kurangkan rasa bersalah?? erm...ain tak dapat lagi jawapan tu...

exam da makin dekat ni...rasa macam nak balik rumah study week nanti..nak tahan diri dari on9..eheheh...wish me luck ok....
Ok tu je post harini..lain kali menaip lagi..jika ada kesempatan..insyaALLAH

Wassalam...

Friday, April 2, 2010

Xde IdEa........perlu brainstorming lagi..huhuu

Assalamualaikum....

Hati rasa macam nk tulis something...tapi tak tertaip...tak tau kenapa....isinya dah ada tapi tangan tak nak taip....huuuuu

Apa sebab dia.....hurmm..mungkin tekanan assignmen...atau yg lain...xtaw la...

Mungkin apa yang nak ditulis berkaitan dengan hati....tapi hati sendiri yang tahan tangan ni dari nak menaip ttg tu..

wait n wait..sampai tangan rasa hendak menaip... :(

Friday, March 5, 2010

Jealous?? Apa tu??


Sekadar gambar hiasan... :P

Assalamualaikum....mula mula sekali nak buat pengumuman sekejap..jangan rasa pelik atau pe..da lama ain tak update blog dan harini ain nak update dengan post yang agak garang...sila faham...har3x..

Jeleous atau dalam BM disebut sebagai Cemburu ye rakan-rakan...mari kita tengok Cemburu secara fakta....

1) showing extreme cupidity; painfully desirous of another's advantages
2) an emotion and typically refers to the negative thoughts and feelings of
insecurity, fear, and anxiety over an anticipated loss of something that the
person values, such as a relationship, friendship, or love.

oooohhhh tu rupanya..fikiran negatif??

Ada artikel bagus tentang CEMBURU. Diambil dari Buku Gilbert & Reinda Lumoindong.

Definisi :
-----------
Sebuah perasaan dalam hati tentang keraguan dan ketidaksenangan akan sesuatu tanpa alasan yang jelas. Kecemburuan tidak hanya dalam hal cinta namun juga dalam kehidupan sehari-hari.

Jenis-Jenis Cemburu :
--------------------------
1. Cemburu cinta : perasaan cemburu yang timbul karena orang yang kita cintai telah membagi cintanya.
Cemburu cinta dibagi 2 :
* Cemburu beralasan : perasaan cemburu yang memang disokong oleh fakta-fakta yang ada.
* Cemburu buta : perasaan cemburu yang membabi buta, meskipun tanpa disokong oleh fakta.

2. Cemburu sosial : perasaan cemburu yang timbul terhadap orang yang status sosialnya berbeza dengan kita.

3. Cemburu status : perasaan cemburu yang timbul terhadap seseorang kerana perasaan iri hati.

Ciri-Ciri Orang Cemburu :
--------------------------------
1. Tiba-tiba marah tanpa alasan yang jelas.
2. Cenderung menyerang.
3. Selalu bercakap dari sudut negatifnya.
4. Cenderung memerhati
5. Emosi tak stabil

Akibat Cemburu :
----------------------------
1. Cinta menjadi tawar.
2. Cenderung melakukan tindakan-tindakan destruktif.
3. Merasa diri yang paling benar.
4. Cenderung membalas dan menjatuhkan.
5. Tidak peka akan Tuhan.

Menghadapi Orang yang sedang Cemburu :
-----------------------------------------------------
1. Dengarkanlah !
2. Terimalah pandangan-pandangannya.
3. Tenangkan.
4. Beri penjelasan tanpa menyerang.
5. Ajak berfikir logik.

Ain tertarik nak kongsi tentang sikap negatif sebab ain rasa ia perlu diterangkan..entah..entahh...(da tak tau nak type apa)

Oleh itu bagi rakan-rakan yang sering dilanda perasaan cemburu..kurang-kurangkanlah..sebab tak baik untuk kesihatan mental kita...kalau terasa emosi dah bergelora..istighfar banyak2 insyaALLAH tenang hati...baca Al - Quran...sama-sama la kita berpesan ya.. :)

Wassalam

Monday, February 1, 2010

Namun Ku Punya Hati~~






Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua..

Assalamualaikum...

Kalau kita hayati lirik lagu nyanyian Revolvers ni..mesti..walau sedikit..ada rasa seperti sesuatu yang mengusik hati kita...entah kenapa tiba-tiba ain rasa nak dengar lagu tu..lepas terbaca 1 artikel dekat web...tentang anak-anak yatim..sedih..sedih sangat...air mata jatuh free2 je..*nyata dan pasti saya seorang yg penangis@ciwek*

Lagu ni mengingatkan kita tentang rintihan hati..rintihan hati seorang yang serba kekurangan..tak kira la dari segi fizikal atau apa2 pun...lagu ini sekadar kiasan..kiasan sudut hati mereka...ain teringin nak menyelami kehidupan mereka..berkongsi suka dan duka....kalau diizinkan Tuhan dan dipanjangkan umur...menubuhkan satu rumah harapan..InsyaALLAH...

Dalam pemerhatian dan pembacaan ain..melalui internet..drama tv..dan macam-macam lagi..diskriminasi ke atas golongan yang tidak berdaya ini sudah dianggap biasa..menjadi satu kuasa magnet untuk menarik penonton menangis di depan tv...dan bila cerita tu dah habis..lupa..lupa untuk ambil pengajaran dan rasa simpati untuk orang berkenaan..

Si A : Ish rimas betul la...main gitar bukannya sedap pun..menyemak jalan je dorg ni..

Si B : Betul la..tau la cacat..p la cari rumah kebajikan suruh dorang bagi makan..kenapa la duduk kat sini..boleh dapat berjuta2 ke..

Masyarakat yang prihatin ke macam ni? Ain yang mendengar perbualan ni rasa pelik..takde langsung ke rasa belas kasihan..sikit pun..dialog setahun lalu di Puduraya ni tak senang ain nak lupakan macam tu je...*sempat bagi jelingan maut kat 2 mamat gaya ala2 corporat man...* >.< walaupun tak dapat nak beri pertolongan secara hard copy...bagila secara soft copy
ada rasa simpati pun dah cukup..tak suruh pun bagi berjuta ringgit..


Si C : eh minah(bukan nama sebenar) ,ko nampak tak si "bisu" tu? dari pagi tadi aku cari..mana la dia menempek ni..saja la tu ..curi tulang..geram betul!

Si D : Ala ko ni gayah(juga bukan nama sebenar) macam la ko tak tau..si "bisu" tu time2 macam ni kan dia lipat stok baru kt belakang..ko p la tengok..ko nak buat ape dengan si "bisu" tu?

Si C : Ade la...aku kan suka melayan si "bisu" tu..nak suruh dia gantung baju kat depan tu la..aku malas nak buat..hahaha..(gelak macam pape tah)

Situasi ni berlaku dekat sebuah kedai kain..masa tu ain nak beli barang untuk p PLKN..kenapa 2 individu ni guna si "bisu" untuk memanggil seorang gadis belasan tahun yang cacat pendengaran dan tak boleh bertutur secara normal..dia tak de nama ke..dia tahu tak dia kena panggil macam tu?? kalau dia tahu mesti dia sedih kan..?
persoalan ni bermain2 dalam kepala ain.... T.T

Dalam kita belajar dalam sekolah kehidupan ni..satu benda yang kita perlu ada..pakej 2 in 1..rasa simpati...dan empati..tak kena bayar pun kalau ada rasa tu..kita kena ingat bahawa mereka melalui semua perkara yang membebankan..dan kita yang tak merasainya harus bersyukur kepada ALLAH dan jangan lupa untuk melabuhkan tirai kasih kepada mereka...

Golongan yang serba kekurangan ini perlukan golongan masyarakat untuk menyokong mereka..tanpa ada balasan pun..mereka juga ada perasaan..bukan seperti patung yang hanya ada bateri untuk berbunyi dan menyanyi riang..senyuman mereka adalah penawar.. :))

Jadi..konklusinya..sama-sama la ain..dan kawan2 semua renungkan...betapa ALLAH kasihkan orang2 yanh mengasihi saudaranya...

Wassalam...

p/s : entry yg sedih...sambil blogging dgr lagu revolvers ni..basah kertas Sosiologi atas meja..huuhu..n that time..I miss my friend Ila soo much...

Monday, January 25, 2010

Awak...Saya Sayang Awak..taw x??

Bila saya pandang awk masa 1st time kite jumpa...saya terus tengok awak...tak tengok tempat lain dah...tengok awak je..awak pun tengok saya..saya terus suka kat awak..

awak macam bercahaya je masa tu...suka tengok...hiihi..

Baju awak warna merah..sama dengan saya..merah jugak...sama la pulak..hehe

Kita kenal-kenal..lepas terus rapat..best sangat...masa tu saya baru masuk maktab....awak teman saya sepanjang proses nak kenal maktab ni....setiap moment awak dengan saya...tak pernah missed pun...

Dalam banyak - banyak kawan,awak antara yang saya paling sayang..sebab tu saya pilih awk jadi yang special dalam hidup saya... :)))

Awak penting dalam hidup saya...sebab ada awak saya rindu..sebab ada awak saya happy..dan sebab ada awak saya sedih..tapi kadang2 je..

Awak buat saya menyayangi...buat saya rasa semua orang penting dalam hidup saya...role awak banyak sangat....sebab tu saya suke kt awak...

Satu hari tu..saya belikan awak hadiah...jadi peneman awak...cantik and cute...saya suka...haha

awak harta yang penting dalam hidup saya...saya jaga awak baik2...betul2...bagi awak tak kena sebarang cacat cela pun..

I love u my HANDPHONE...NAK DEKAT SETAHUN AWAK DENGAN SAYA....SAYANG AWAK SONY ERICSSON K530I...!!!



p/s..xnak tunjuk hp ain yang real...haha

Friday, January 22, 2010

Sejak Dua Menjak ni...

Assalamualaikum...

harini tak berapa nk sihat la.....btul-btul rasa letih semacam je...kenapa tak taw la..lapaq pun ada...stress pun ada ( yela elaun yang ditunggu tak kunjung tiba ) orang lain ada yang dah enjoy dengan duit elaun...siap makan mcD lagi...fusssss~~~ sabaq ain sabaq..... :P

takpe la...tak ada rezeki lagi la tu...mungkin minggu depan...bulan depan...masuk la...(klau tahun dpan camne?)..huhuhuh....balik kepada cerita asal...sejak dua menjak ni ( sila jangan ikut gaya bahasa pelik ni)..semenjak duduk belakang kat dalam kelas....ain da berubah la..hehe...dalam kelas asyik gelak je...sampai pipi da bertambah 2 inci da asyik gelak je...(lawak sahaja). Mana tak nye...duduk sebelah kak pa..ada je lawak dia...ahahahahha..ain dengan ell plak jenis yang urat gelak longgar je...pastu duduk belakang ni boleh tengok gelagat semua orang kt depan..hehehehehehhe(gelak jahat)..lagi2 masa lec yang agak lama dan B*r**g...mcam macam dorang buat...hehe



Selain daripada banyak gelak..sem ni ain da jadi rajin sangat salin nota...sampai kt bilik pun sebok salin nota...kalau dulu bukan main berat lagi tangan nak menyalin nota lagi2 dekat bila lec present p.point...ngantok je..tapi lani awat cek tukaq jadi cmtu* tetiba ckp utara ??

mungkin sebab tarikan drpa fail2 ISL setebal kamus yang masih kosong n berlambak kt bilik tu kot...MQA pya pasal la..awat la rajin sangat dorang nk check fail..huhuhu..semangat membara salin dan buat nota datang macam air terjun bila nmpak fail tu...hehehe..walaupun mata kejap kecik kejap besaq sebab tak nampak slide kt depan...tapi usaha jugak bagi nampak..agak2 tak dapat tiru orang sebelah la..hehehehe



Ada story lain plak ni...mggu ni ain jadi fasilitator untuk KPLI yang baru masuk...untuk malam kebudayaan..best sangat walaupun mula2 rasa jangak..*ecececece
walaupun xmenang tapi dorang da buat the bestttt~~ credit to kakpa sebab group dia menang....*sory xde pic sbb kabur la pic tu...sape la cameragirl nye huu>>>kak pa.. :P

Ni zaman kegawatan.....zaman ain makan sikit,,zaman ain suka makan roti dan minum ayaq masak...zaman ain suka joging...zaman ain suka window shoppping@ tgok baju kt mall sambil mata terkebil-kebil...zaman selalu nak balik rumah..zaman mimpi malam pasal duit je...zaman~~~bla ...bla...bla...conclusionnye istilah yang ain dan ell guna zaman miskin....elaun tak masuk lagi...when??? when???? persoalan yang susah nak jawab bak soalan chemistry zaman spm dulu....tak pe la...rezeki tak da lagi...sabar ye ain...sabar kan separuh dari iman...

ermm minggu depan ain nak balik rumah kejap...nak beli barang untuk BIG....uhu tak sabaq ada...takot pun ada nak p BIG...hehe...

Ok la..sampai sini je story telling ain harini...bila2 nanti ain sambung InsyaALLAH...

Wassalam

Thursday, January 14, 2010

Nurul Ain Zubaidah Dulu - dulu

Assalamualaikum...

Hari ini sudah masuk hari ke 11 ain bergelar guru pelatih 1PISMP...sepanjang 14 hari ini..semakin lama ain dapat rasa 'bau-bau' kesibukan yang bakal ain hadapi sepanjang sem ni dan seterusnya..tapi ain tak nak mudah melatah..ain akan cuba untuk berusaha sehabis baik! InsyaALLAH...

Baiklah harini ain cerita pasal ain masa dulu - dulu..masa zaman kecil-kecil atau dalam bahasa yang agak susah nak diterima..zaman muda-muda dulu(sekarang pun muda lagi tau) walaupun hakikatnya dah nak sampai akhir remaja bak kata Encik Khalil..hehe

Masa 4hb yang lepas ain ada membaca petikan surat khabar yang memaparkan adik-adik tahun 1 yang mula bersekolah...macam - macam ragam dapat kita tengok kalau budak- budak 1st time masuk sekolah kan...heheehhe..tapi rasanya adik-adik zaman sekarang ni mungkin dah biasa sebab masuk pra sekolah kan?..ada yang 4 tahun da masuk tadika...ain dulu 5 tahun da start sekolah tadika...kalau tak umur 6 tahun tapi disebabkan kejelesan yang teramat sangat dekat abang yang masuk tadika masa tu...ain turut di'sekolah'kan bersama...hehehe minat tau nak p sekolah..sampai guling-guling masuk dalam longkang mengamuk nak p tadika sama abang..hehehe sape la tu???

Masa tadika tu semuanya best....datang asyik nak main je..da la banyak mainan...tanah liat..lego...anak patung..buah-buahan tipu-tipu..best sangat..hihihihi

masa tu walaupun ain 5 tahun tapi ain dapat no 5 masa exam..hehehe tapi tak dapat lawan dengan abang..dia no 3...frust sangat time tu..huhuhuh

lepas tadika ain masuk sekolah rendah...masa tu 1997....(lama da) tak rasa lain pun sebab da 2 tahun tadika..lagipun kawan-kawan tadika ramai..hihii tak hairan pun mak tunggu kat luar....sehari je mak tunggu lepas tu tak da....

sekolah rendah ain tu namanya SK KHIR JOHARI SG SUMUN...6 tahun ain sekolah kat sana....macam - macam pengalaman ain kutip..dan yang paling penting ilmu2 yang ain timba dari cikgu-cikgu kt sana....cikgu jabariah,ustaz mat,cikgu masrina,cikgu rosnan,cikgu ibrahim,cikgu zul,ustazah hajar,banyak lagi la kalau nak sebut....ain sayang semua!..

masa tahun 6 ain jadi ketua pengawas..hehe...masa kena lantik tu ain memang tak jangka langsung..tiba-tiba je nama ain naik...uhuhu rasa berpinar-pinar jugak la masa tu...apa tak nye masa awal2 tahun ain jadi pemangku penolong ketua pengawas je...ain ingat jadi penolong je la...sekali ketua..huhu....lemah semangat jugak masa tu...tapi still waras...hehehe

susah nak bawa tugas ketua pengawas ni.lagi2 masa tu ain tak la pandai sangat pun kan..tertekan pun ada..huk2..ok la xnak crita pasal yg sedih2..hehehe...

masa sekolah rendah dulu ain slalu jadi ketua nasyid...bez sgt....tp xpnah menang pun klau lawan kt luar..huhuhuuhuuu...setakat nyanyi kt anugerah tu gempak la jugak..hehe

cerita sume ni wat ain rindu sangat dengan kawan2 lama...korang..contact la balik...kita wat reunion ok...hehehe

ok la.....sampai sini je...nanti ada masa ain sambung...nk wat paper work utk program anak angkat,assingment ustaz syakib lagi..huuuuuuu >.< pastu nk p BIG la...excited nyeee! tapi sekarang tgh mengalami krisis kewangan..huhuhu elaun xmasuk lg... waaa >.>"

wassalam

p/s : SELAMAT HARI JADI YG KE 21 UNTUK ABANGKU TERSAYANG..NOORAZAM HAFIZI...SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN SIHAT SELALU....AMIN,,

Thursday, January 7, 2010

Alif Ba Ta



Alif Ba Ta...
dulu engkau mengeja makna keilmuan,
dulu engkau diajar membina harapan, demi kejayaan....

Satu Dua Tiga...
kini engkau mengira detik kematangan,
kini engkau terasing diufuk zaman, demi keilmuan...

Duhai Perantau!...
jika hendak mencipta jaya,
dikau harus mengorban usia,

jika hendak menjadi pencinta,
dikau harus menelan duka....

Dimanakah dukamu?
dukamu adalah tangis kelelahan,
dukamu adalah resah kegagalan, nuranimu kerinduan...

Diamlah!
sesungguhnya kesabaran mengasuh kedewasaan...

sumber :http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2168

Thursday, December 10, 2009

jalan2 mengosongkan purse...huhuhu

assalamualaikum...
ermmmm ni 2nd post ain waktu cuti...as always melepak kt cc dgn my bffs,,yela ni je tmpat yg ktorg slalu gathering kan..hehe

ok la hari ni ain nk story pasal outing bersama my bff's last tuesday...walaupun naik bas(pengangkutan awan favouriteku semenjak di bangku sekolah) namun terasa advanturenye..hehee...ayu,diana normah n saya hehe bertolak dlm pkul 10....weeee lama tak keluar macam ni walaupun pada mulanya seramai 6 org yg nk ikut tp 4 je yang tinggal atas masalah tertentu.

hehe kami mula la bershopping bagai nk runtuh mall kt ti tu...waahahaha...banyak bnda jugak yang kami dapat tangkap...hehehehe duit pun makin lama makin kurang je,...hehehe

kami makan kt kfc sambil sembang2.,.bez sgt dapat gathering cmtu...

anyway my bff's i always love u all..

ok cuti pun da tggal sikit...nk enjoy g...

wassalam

Wednesday, December 2, 2009

The end ~ and the beginning

Assalamualaikum..
agak lambat untuk ain menulis ttg berakhirnye sem 3 dan ppismp...(yela balik awal la katakan..hahahahaha)

tapi tak pe yang penting ain rajin juga nk tulis kan..hehe

akhirnya habis juga sem 3..ain rasa sem 3 ni betul-betul menguji ain sebagai seorang guru pelatih..tapi cabaran ini akan membuat ain lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi ujian akan datang yang lebih mencabar tentunya..

selama dalam sem 3 ini banyak pengalaman yang ain lalui dan ain mengambil iktibar dari semua tu...ain tahu kelemahan diri sendiri dan InsyaALLAH akan berusaha memperbaikinya..

ok la da tak nak cite pasal hal lpas..mari kita cite pasal yg baru ok..hehehe

cuti semester ni ain banyak plan...dengan nak berjalan ngan my bff's....p cc..ang the most important thing...cari duit tanpa bekerja..ermmm camne tu ye?hahahaha

ok la...cuti ni ain nak buli adik2 ku yang akan upsr next year..hahahaha be ready la yong dan yam..anda sungguh bertuah dapat cikgu tuisyen macam kakak ain ni.hahahahahaha

1st impression dorang ttg hal ni ialah....>>>> alaaaaa kak nena ni garanglaaaa..

mna de garang la..tegas je..huahuhauaha....

cuti ni ain wat perhubungan khusus dengan TV...hehehe welll da lama x tgok tv mcm dulu kan...hehe

cuti ni juga ain gunakan untuk berfikir ttg ain dan dia..huhuuhu klau bole xnk fikir byk sgt,, :(

ok la tu je yg ain larat nk merepek...suasana cc yang aman damai pada mulanye bertukar bising..huh~

wassalam...

Wednesday, October 14, 2009

antara skema dan tanggungjawab

Assalamualaikum...

Ermm harini macam tak de mood..lagi-lagi macam tak berapa nk sihat..entahlah...bila kedua-dua perkara ni bergabung...huhu boleh sakit 1 badan..

Kawan - kawan semua tau tak perbezaan menjadi skema dan bertanggungjawab?
ermm kalau kita analisis apa itu skema..mungkin terus terdetik seorang yang berpakaian lengkap..berkaca mata tebal..bersisir rapi...erm tapi itu mungkin dari sudut fizikal sahaja.Cuba kita kaji dari sudut dalaman...seorang skema itu adalah seorang yang mematui peraturan..mendengar kata..dan mengikut perinsip hidupnya..mungkin dari segi luaran aspek fizikal boleh diubah..menjadi seorang yang cantik atau tampan..tetapi dari aspek dalaman....mungkin tidak perlu..tapi hanya perlu menjadi lebih optimis dan yakin.

Bertanggungjawab...satu nilai yang perlu ada dalam diri..terutamanya untuk menjadi pemimpin yang berkaliber...tapi sifat tanggungjawab itu perlu sokongan dan dorongan orang lain..jangan pula memberi kritikan sahaja...namun kritikan juga perlu ada...yang membina sahaja ok..yang penting diri individu itu sendiri..hurm..

Wassalam..

Tuesday, October 13, 2009

dalam proses berfikir...

Assalamualaikum..

ermm da lama ain tak update blog ni...da macam dianak tirikan je..hhehe
ye la walaupun sekarang ni macam lapang skit tak de aktiviti..atas sebab line tak boleh nk connect la ain jarang update blog sekarang ni..

Dalam tempoh masa lapang ini *walaupun tau ini adalah masa untuk study...hehe
ain banyak berfikir..berfikir tentang suasana di sekitar ain..sikap manusia...perlakuan sesama manusia..penghijrahan...situasi politik negara...apa yang ain fikirkan ni macam membantu ain menghadapi kehidupan...

Sejak kebelakangan ini..ain lebih berminat untuk mencari maklumat tentang perkaitan perkara lain dengan agama Islam. Ini kerana kalau tak di explore mesti kita tak tau semua tu..kan?

Setiap malam sebelum tidur ain berfikir seperti membuat refleksi tentang hari itu..kadang - kadang diiringi dengan gelak tawa sendiri...dan kadang-kadang dengan iringan linangan air mata...huhu

Rasanya itu sahaja apa yang ain rasa ain ingin coretkan di sini...sebab tak de idea..huhu

Wassalam..

Kerinduan terhadap keluarga..nantikan kepulangan kakak Khamis ni..

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMAt HaRi RayA!!!!!!!!!!!!!!!!!!



ASSALAMUALAIKUM...
POST NI KHAS SEMPENA HARI RAYA SAHAJA...
HEHE

DISINI AIN INGIN MEMOHON MAAF JIKA ADA SALAH SILAP..TERKASAR BAHASA..MENYAKITKAN HATI KAWAN-KAWAN...SESUNGGUHNYA SETIAP MANUSIA TAK LEPAS DARI MEMBUAT KESALAHAN..HARAP AMPUN MAAF AIN DITERIMA SEADANYA...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA NURUL AIN ZUBAIDAH BT MOHAMAD KHALID DAN KELUARGA....

JUMAAT NI NAK BALIK KAMPUNG..DOAKAN PERJALANAN AIN..SEMOGA SELAMAT SAMPAI DI PERAK..BEGITU JUGA KEPADA KAWAN-KAWAN..SELAMAT PULANG KE KAMPUNG..BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

SALAM AIDILFITRI~~

WASSALAM

Friday, September 11, 2009

C.I.N.T.A ??


Assalamualaikum..
Harini ringkas je post sebab busy dengan assgmen..huhu
post ni kawan ain yang bagi...dia suruh ain hayati...apa itu cinta....setelah ain baca ain juga nak kongsi dengan kawan-kawan semua..
cinta ni memang penting..tapi cinta kepada Pencipta yang utama...yang mesti ada..cinta yang betul-betul membuatkan kita tenang..rindu..dan semakin mendekatkan diri kita sebagai hambaNya...



Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali. Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA . Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.. Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi. Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…. Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah


Wassalam..ramadhan berbaki 9 hari lagi....semakin menutupkan tirainya...

Wednesday, September 9, 2009

The Zikr = MusaFir / PeRanTau....

Assalamualaikum..
harini rasa penat sangat tak taw kenapa...dengan assigment...dowm sangat harini..huhuhu

lagu ni wat ain lega skit...hayati...

Perantau
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah



Ya ALLAH kuatkanlah hati hambaMu ini menjalani ujian hidup...menempuhi kembara perjuangan ini...AMIN....

wassalam..

Friday, September 4, 2009

JoM MaIn MaSak- MasAk...

Assalamulaikum...

hehe masa ain tulis entry bi...tgh kemas2 nk balik umah...hhihi baru je balik last week nak balik da...muka ni je balik..wawa...xpe pe salahnya kan..lagipun sume classmate balik..mana bley tinggal...

Ok la...harini nak cerita pasal main masak-masak..hehe
bukan apa ramadhan kali ni ain decide nak masak kat maktab dengan kerjasama ell dan nadia...save budget la kan lagipun xlalu la nak makan masakan kantin je...

ermm dipendekkan cite..ada satu hari ni kami nak masak grand skit...hihi tomyam dgn telur dadar...petang tu ain dengan ell p shopping barang kat JJ..beli macam2 macam nak kenduri je...

petang tu kami bertiga pun start masak dengan penuh semangat..bekerjasama macam wonderpets..hehe *ada encik sufian cakap kami wonderpets..pape tah.. >.<

ermm tomyam pun dimasak..penuh periuk nasi tu taw...hehe nadia kata macam steambot....rupanya mmg macam sedap dengan ada bola2 ikan yang besar..hihihihihi..rasanya xtaw lg sebab posekannn...cmne nkj rasa...

masa hidang tu punya la excited nak tunggu waktu berbuka...sempat lagi snap pic resepi terhebat kami tu..hua3






hehe nampak sedap kan...rasanya pun sedappp sampai lepas berbuka kami macam ulaq sawa..hiihi...pastu siap bagi kat kawan2 rasa lagi...

bestttt~~

lepas ni plan nak masak yang grand lagi..hihi

ok la sampai sini je sebab nak balik da ni..

wassalam..

Thursday, September 3, 2009

Gunung Jerai....SaYa SuKa JadI StuDenT KaJian SosIaL...

Assalamualaikum...
Setelah bersusah-payah mencari waktu nk update blog * ecece macam busy sangat..hua3... akhirnya dapat jugak masa...lagipun nk sign in ke blogger ni fuhh...mencabar sungguh macam tengah perang....line slow laa..huhu

Ok seperti mana yang dijanjikan ain nak cerita pasal lawatan kajian luar kelas KS ke Gunung Jerai baru-baru ni...

Hehe tu la bestnye jadi student Ks ni...jalan je...tapi dalam masa yang sama kami dapat melatih diri berkomunikasi dengan macam-macam orang. Kena la berhemah dalam percakapan dan sebagainya. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk mengkaji tentang kesan kuari terhadap penduduk dan alam sekitar dekat sana..Kuari tu dekat dengan perkampungan dan ini sedikit sebanyak mengganggu penduduk dan kesan nya terhadap alam sekitar sangat jelas terpapar.

Ok la..pagi tu semua orang bersemangat tunggu bas kat kantin..dengan bawa bekal kuihla..*diri sendiri >.< hehe..

Kami kesana dengan menaiki 2 bas dan suasana sepanjang perjalanan sangat meriah..
Setelah sampai kami dibahagikan kepada beberapa kawasan ...sangat best round kampung...ada makcik tu siap bagi buah-buahan lagi spt rambutan dgn manggis..time kasih makcik......kiranya ain dan yasmin dapat hasil yang lumayan la...herhehe



ni antara gambar-gambar semasa lawatan...





hehe lepas kajian..kami makan tebu..lama sungguh tak makan..bila jumpa waaaaa sedapp...kami makan macam pesta makan tebu pulak...hehe sambil makan ambik gambar plak tu..hii...lihatlah kesopanan kami makan tebu ini...



selepas pulang dari kajian,dengan izin pensyarah kami singgah pula di Tapak Arkeologi Lembanh Bujang..best taw tangkap gambar dengan batu..tepi air terjun...






Lawatan ini juga sekaligus merapatkan hubungan kami sekelas dan juga dengan KS1 dan PC....ermm makin lama bersama dengan kawan-kawan sekelas ....da macam keluarga yang besar....sayang semua...hehe





ok tu je ain nak story...jumpa lagi di entry yg lain...assgment byk ni..huaaaa...
wassalam...

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa..



Assalamulaikum


pendek je entry kali ni juz nk ucap SELAMAT BERPUASA KPDA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SAUDARA ISLAM KU...MOGA BULAN RAMADHAN INI MEMBAWA KERAHMATAN DALAM HIDUP KITA INSYAALLAH......

DAN SELAMAT BERCUTI~~

HEHE CUTI SEMINGGU NI AIN XDAPAT UPDATE BLOG INSYAALLAH NNTI AIN UPDATE UNTUK ENTRY PASAL GUNUNG JERAI..OK SEE U NEXT TIME

NAK BALIK KAMPUNG~~~~

Wednesday, August 19, 2009

SaYA ANak KEduA~ kak ngah


Assalamualaikum....
Hehe bulan puasa da nak dekat...nak balik rumah~~
tapi sebelum tu kena pergi Gunung Jerai dulu...huhu malas tau nak kemas barang...huhu

Ok la..harini ain nak cerita pasal sindrom anak kedua..
ain ni anak kedua dari 3 orang adik beradik...
atas ada abang ku AZAM dan adik YAM...
Beza dengan abang hanya setahun je tapi dengan adik banyakkk beza...8 tahun..soo lama jugak la ain pegang title anak bongsu..hehe..tapi manja tak kurang taw...lebih dari yam manjanya..wawa

Kata orang anak kedua ni membawa sifat AIR...atau pun AYOR.hehe
Katanya anak kedua ni selalu ingin kan perhatian..hehe SETUJU~~
Ain memang suka mencari perhatian ni..heheeheheee kalau bab-bab memeriahkan keadaan memang tugas ain la..heeheheh

Lepas tu menurut teori Alfred Adler..anak kedua ni lebih agresif berbanding anak sulung...hehe agresif??macam tak je...hua3...lembut la ain ni...tapi kalau marah siap la...mimpi ngeri la u all...hehe

Anak kedua juga selalu dibantu oleh ahli keluarga...sentiasa ada penyokong di belakang dia...hehe btui la tu..ain ni sentiasa perlu disokong untuk menjadi kuat...huahua

anak kedua juga mempuyai daya saing yang tinggi..selalu ingin menyerlah dari adik bradik dia..haha btui......sangat btui

em ok la tu je yang dapat ain huraikan...
nanti next post ain sambung..nk pi makan...hehe
wassalam...

Thursday, August 13, 2009

SePeTanG Di PadAng NetBaLL


Assalamualaikum....

hurmmm..masa ain menaip entry ni..ain tgh demam...huuuuu tapi disebabkan boring tak tau nk buat pe duduk dalam bilik ni....ain hanya nampak blog ni je..huuhu...
Ain ni kalau demam mesti terlebih emosi...malam sebelum tidur nangis je...malam tadi berliter-liter air mata...teringat semua kisah sedih...kisah yang buat ain terharu...kisah yang menyakitkan hati ain...tapi tak pe...sebab lepas tu ain akan cari apa sebabnya balik..hihi..doakan ain cepat sembuh dan terhindar dari wabak ye.....

Erm ok back to our main title....
Tanggal 11 Ogos 2009...pukul 5.30 petang..dengan kaki yang malas bergerak...mata yang berat untuk diangkat dan kepala yang serabut dengan pameran..huhuhu ain melangkah dengan PENUH BERSEMANGAT ke padang untuk main bola jaring.Ain wakil untuk sem 3..kumpulan THE BLACK PEARL..nama bukan main....huhu..

Penat sungguh..lama da tak main...masa tu pun rasa macam nak demam da...kena belasah la apa lagi...walau apa pun..tu satu pengalaman..bila lagi kan..hehehe

Antara yang terlibat petang tu..ain..ezzaty..kak nurul..nina..and yasmin sbg penonton je..

kumpulan kami tak cukup orang terpaksa import adik2 junior..huhuhuhu...kami memang suka main tak cukup orang..haha

ok di bawah ni antara gambar - gambar petang tu...


muka penat...pink + hitam = ??


lepas habis main..= kami berjaya!!!! DITEWASKAN..huhu


tumpukan pada orang yg berbaju hitam dan bertudung kuning..dia manyak wat salah..wawa


with ezzaty.....pejuang!!!


dengan tiang pun jadi...

penyokong yang setia..walaupun dia sorang je penyokong kami.. >.<

keputusannya..kami kalah..malas nak sebut bape point nye..hehe
ain menjadi orang yang paling banyak wat salah..hahahha
tapi tak pe..belajar kan..
ok itu je yang ain nk story..happy skit sebab program semarak perpaduan di tunda lepas raya..hehehehhehhehe

nk tumpu wat assignment plak ni..

wassalam....