My Followers

Monday, August 9, 2010

Adakah Lagi Cinta di Bumi?


Diang Cinta - Keamanan

Puing-puing berselerakan,
Pada sebuah hamparan yang musnah,
Kehidupan resah pada lidah yang tidak terucap,
Yang ada hanyalah memori tepu,
Kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa,
Pada makna sebuah kebahagian hidup,
Yang telah diperkosa oleh muncung senjata,
Yang tidak pernah mengenal mangsa,

Puing-puing berselerakan,
Tanda agung sebuah peradaban besar,
Yang cinta mereka adalah kepentingan mereka sendiri,
Menindas dan menguasai bangsa-bangsa bangsat,
Kepalang gembira melihat mereka-mereka yang tidak bermaya,
Seteguk arak merah tanda syukur mereka,
Atas pemerkosaan dan pembunuhan,
Ketawa yang tidak berpanjangan,
Dan gemanya yang tenggelam timbul,

Puing-puing berselerakan,
Dan debu-debu dari derap langkah sebuah kebangkitan,
Menentang kebesaran imperial,
Kemenangan yang dijanjikan,
Buat mereka yang memegang panji-panji-Nya,
Apakah masih ada gusar dihati,
Pada janji-janji pasti ini,
Takbir terus bergema,
Tanpa terikat dengan sempadan dunia,
Menggegar dunia dan seluruh isinya.

. . . . . . . . . . . .
Seremban

dipetik dari http://puisi-tatih.blogspot.com

ain : lihat wajah anak-anak palestin ini....mata mereka sudah cukup menggambarkan kesengsaraan...berhati batukah si kuasa besar itu dan pengikutnya?

disini ain doakan 3 pensyarah IPG Kampus Tuanku Bainun iaitu En Mohamad bin Othman , Ustaz Nadzmi dan Miss Teo yang mengikuti rombongan sukarelawan ke Gaza supaya selamat pergi dan kembali..kami bangga dengan keberanian anda. Langkah anda bertulangkan sokongan dari kami warga IPGKTB...

Thursday, August 5, 2010

Bila bosan.......... =.=" baru teringat ada blog~

Assalamualaikum.............

lama da tak update ni...sunyi je blog ni..tuan dia dah tak peduli..sian bloggy..hehe
bukan apa..sibuk dengan macam-macam hal...BIG,bola jaring,assigment pun dah muncul 1..lepas tu sekarang ni mood membaca dah mencurah-curah datang :)

semalam ain p BIG..walaupun penat tapi best...bagi motivasi kat adik-adik SK Machang BuBok...lpas tu buat mural....walaupun memang sah dan pasti takde bakat melukis..tapi warna ada la sikit-sikit kan..hehehehe :P

sekarang ni ain kerap balik rumah..bukan apa daripada membazir duit p shopping baik ain balik kan..dapat makan mak masak..boleh dikatakan 2 minggu sekali ain balik...lagi2 bulan puasa nanti...

sabtu ni ada pertandingan bola jaring untuk adik-adik prasekolah...jadi ain selaku ahli GERKO bola jaring kena handle la event tu dengan kakak-kakak kemas..suka tengok adik-adik tu main...comel betul..hehehhehe bawak bola sambil lari-lari..hehe

bulan puasa dah nak dekat...nak sangat cuti cepat-cepat...kalau cuti maknanye tak online...suka jugak..bagi laptop rehat..hehe

ok la..dah xtau nak tulis apa...

wassalam

Senyum pada hakikatnya adalah salah satu anugerah indah dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia. Sayang, anugerah indah ini, tidak banyak ditemui di wajah banyak manusia. Dunia akan jauh lebih indah bila penduduknya gemar tersenyum...

Ia sederhana, tapi dahsyat luar biasa.

Ia kecil, tapi bermakna raksasa.

Ia mudah, tapi sangat berharga.

Kerananya,....

Tersenyumlah saudara

Nikmati keajaiban-keajaiban dalam hidup anda.

Dan...

Bahagikanlah keajaiban bagi hidup sesama kita. :)

Sunday, July 25, 2010

1 lagi faedah jika lelaki itu tidak merokok~ azan pun sedap :)

Assalamualaikum....hari ni ain nk kongsi 1 artikel yang sangat penting!
hehehhhehehehe khas untuk kaum Adam..

kosmo online

Tidak merokok antara petua jaga suara
23/07/2010 6:29pm


SHAH ALAM – Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.

Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (Mediu) Bahrudin A. Rahman berkata, selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.

"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri,” katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat Mediu yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.

Syeikh Ali, 54, juga berkata, beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.

Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama

ain : tengok betapa bestnya bila tak merokok....azan sedap...dan tambah lagi 1..jangan selalu marah isteri..hehehehe

dan yang penting lelaki yang tak merokok ni adalah antara ciri-ciri penting yang wanita - wanita cari untuk dijadikan suami :)

wassalam...

Sunday, July 4, 2010

Remaja Dan Politik....Faham Atau Tidak?


bakal pemimpin..
Assalamualaikum...

Ain rasa lain macam bila terfikir tentang tajuk dekat atas tu..rasa macam di luar bidang ain je..inilah satu-satunya entry yang lain daripada yang lain pernah ain post..jangan terkejut atau terasa salah singgah blog...huhu.
Antara sebab ain terdetik nak tulis tentang si POLITIK ini adalah bila rajin membaca blog orang dewasa..hehe..bukan apa masa lapang macam ni..tak da kerja..boleh lagi relax...

Pernah ain dengar seorang kawan ain mengatakan bahawa POliticians are great liars...bagi diri dia..pada masa itu seorang remaja 19 tahun yang berpengetahuan mungkin terasa rimas dengan berita-berita di surat khabar yang membabitkan kes-kes politik yang pada masa sekarang di boleh ditafsirkan sebagai perkara yang menjengkelkan untuk dibaca...

jangan terkejut bila ada suara-suara remaja kini yang tekad tidak mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi...

"Ah malas la nak mengundi...serabut je..kalau kita undi pun bukannya dorang nak selesaikan masalah kita ni..banyak jugak masalah...silap-silap bertambah masalah.."

Mungkin mereka terlupa atau tidak tahu tentang kepuasan apabila kita diberi mandat untuk memilih pemimpin untuk memajukan negara..tidak kisahlah siapa atau dari parti mana..yang penting kepercayaan yang kita berikan kepada orang tersebut..walaupun kita tidak terlalu fanatik atau mengambil tahu tentang hal-hal berkaitan dengan dunia yang rumit ini..apa salahnya bila kita diminta memilih kan? pendapat ain yang masih belum layak mengundi (muda lagi...muda lagi..heheh) apa kata kita tanamkan rasa tak sabar nak mengundi...hehe

Ada juga sesetengah remaja yang sangat atau terlalu fanatik dengan dunia politik ini..tapi golongan remaja sebegini mungkin terbahagi kepada 2. 1st...yang memang fanatik dan sangat memahami dunia politik..selalunya mereka yang berfikiran macam ni seorang yang lantang bersuara..walaupun ada halangan dalam berpolitik..mereka tetap bersuara..kiranya mereka ni memang faham dan menyokong 100% perjuangan bersama parti tanpa ada pengaruh dari sesiapa pun.Mereka tahu baik dan buruknya sesuatu berdasarkan fakta dan bukan hanya kepercayaan.

2nd..golongan remaja yang berpolitik secara keturunan...jika ayahnya seorang yang aktif berpolitik..beliau akan turut serta.. mcam ada pengaruh la..ada juga remaja yang hanya suka meriuhkan keadaan..ada yang suka-suka volunteer nak jadi ejen pancing undi..tapi dok buat naya kt orang lain..kira macam gangster la..ish apa nak jadi..masa demonstrasi atau ceramah..mereka ni terlalu beria-ria sampai kadang-kadang melibatkan sesuatu yang ganas...tapi cuba fikir..adakah pengetahuan politik mereka itu cukup untuk memahami perjuangan sesuatu parti? atau sekadar otak kosong tapi lantang bersuara?


ramai remaja di IPTA dan IPTS yang sedia ada belajar tentang politik seperti jurusan perundangan dan sains politik..tetapi bebaskan mereka bersuara atau memperkatakan sesuatu yang diaggap kontroversi? bebaskah mereka berpolitik...ramai ke yang ambil jurusan-jurusan ini?

pelajar-pelajar di sekolah adalah bakal-bakal peneraju masa depan...bakal pemimpin..tetapi terdedah kah mereka dengan politik dalam pembelajaran di sekolah..mereka perlua sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa dan kancah politik di seluruh dunia. Ini baru dikatakan menuntut ilmu..bukan hanya membaca buku teks sekolah saja bukan? mana tahu bakal-bakal pemain dunia politik yang mantap bakal dilahirkan..politik tidak boleh terus sebagai bahan bisikan saja..


ain sebagai seorang yang suka menyibuk dalam hal politik ni(kaki sebok..hehe)..bukanlah banyak sangat ilmu dalam hal ini...cuma berminat dan berpendapat sahaja...kita kongsi sama-sama ye? :)

Thursday, July 1, 2010

Ain dan Puisi??


Assalamualaikum...

Masuk hari ini..dah empat hari ain masuk sem 2..macam-macam ragam dah jadi..hehe..ada yang best..ada yang kurang menyenangkan...termasuk la GERKO bola jaring yang terpaksa ain masuk secara paksaRELA..apakan daya...nak masuk badminton dah penuh..sedih la jugak..huhu tapi takpe la..kita cuba je kan..bukan apa..ain ni kurang berminat sikit dengan bola jaring ni..ain tak berapa suka main permainan yang pegang-pegang bola..trauma kot masa main bola baling sem lepas..sampai tepeleot tangan...siap xray lagi..hehehehe...sebab tu ain suka main hoki..pukul pakai kayu..hehe

ok la..kita pergi kat tajuk ye sebelum merepek terlebih-lebih...

ain dan puisi.....

dulu masa sekolah..ada la juga bercita-cita nak jadi penulis..sasterawan..sebab jiwa ain lebih ke arah tu..tapi dah duduk kelas sains ni kurang la pendedahan dengan sastera...dan malas untuk mengambil tahu... :P

masa dulu juga ada la buat pantun...sajak..tulis dalam diari...sendiri atau private punya je la..tak la sampai nak publish..sebab tak ok pun...haha syok sendiri je...

sekarang hobi baru ain suka survey puisi kat web..baca puisi orang..kadang-kadang baca puisi ni bukan saja boleh tambah ilmu dan minat..tapi boleh juga tenangkan fikiran..boleh juga dikatakan sebagai salah satu terapi... :)

mana taknya...masa baca puisi tu kan..dengan kata-kata atau ayat yang indah..puisi-puisi yang memuji ALLAH...puisi yang menggambarkan betapa indahnya alam..puisi-puisi cinta(tidak bermaksud jiwang)...boleh juga kita jadi tenang dan melupakan seketika perkara yang menyerabutkan..tak percaya? try la~~~

tapi kena la pandai memahami maksud tersirat dalam sesuatu puisi tu..baru la boleh berjaya terapi ni..hehe

ok la ni salah satu puisi yang ain minat sangat..ia dipetik dari filem Ketika Cinta Bertasbih....

Wassalam..

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Sunday, June 20, 2010

holiday dgn adik2...@ I-CITY~~



Assalamualaikum...

semalam baru balik dari Shah Alam dan Rawang..jalan-jalan cuti-cuti malaysia..bukan apa..ksian kat yam dengan yong tu...dah nk exam mesti rasa stress kan.jadi apa kata kita bawak jalan2..hehehe

kali ni abang yang bawak kereta sebab abah tak boleh ikut..agak menakutkan jugak la sepanjang jalan tu..muka pun pucat je duduk depan..kalau brek sikit da ketaq..wuuhuu..tapi muka diua selamba je..macam xde pape pun...huhu
tiba-tiba rasa macam pegawai yang dekat driving school(pdahal tak prnah pun ambik lesen) kalau nak brek je..automatik kaki ain yang kedepan macam nk brek..hehehe
lepas tu baru terfikir macam mana nak bwk kereta ni..ketakutan melebihi keberanian..huu...maka terlepas la 1 soalan dekat mak.."mak...kalau adik tak nak ambik lesen boleh x? upah driver je..."

mak memandang dengan pelik...amboi banyak duit!! baik buat benda lain tau!

aiyakkk~~ kena sekali..huhu @.@"

lupakan kisah driver..
ok kami meneruskan aktiviti dengan p jalan2 dekat i-city shah alam..wah3..teruja dengan pemandangan yang warna-warni..cantik sangat..tapi orang ramai sangat..silap2 boleh hilang tau..huhu

tapi dalam pada tu terfikir..banyak jugak duit dilaburkan nak buat i-city ni..elektrik banyak pakai...ksian dekat keluarga yang malam mereka hanya diterangi cahaya pelita dan lilin je...huu

oklah..ni antara gambar yang sempat ain dpt..hee

Wassalam

Friday, June 18, 2010

CutI~~

Assalamualaikum...

Cuti tinggal lagi seminggu je..
ni baru start nk jalan-jalan..yang 2 mggu lepas duduk kt rumah je..buat apa entah..tak tau..tgok tv...tgok iklan..hehe....makan..dan ynag paling penting tidoq..hehehe..ada lagi 1...buli yam..hahahhahaahahhaah~~~

sekarang ni ada dekat Rawang..jalan2 rumah pakcu...esok balik rumah...
hari tu p jalan2 dengan my besties...geng2 ku..u all mmg best la...hana,diana,normah, n sebah...the day that I will not forget....hhe...

simple je entry ni...sbb malas nk tulis banyak2....sedih pasal hal kapal flotilla tak habis lagi...barang2 pun israel laknat rampas...mmg berhati binatang...huhu...semoga ALLAH menlindungi saudara2 kita di Palestin..amin

ok tu je nk post harini...

Wassalam.....

Friday, June 4, 2010

Berakhirnya Semester 1 PISMP...


1.42 am
4 jun 2010

Assalamualaikum....

Esok hari terakhir untuk sem ni..tapi..ajaibnya..ain masih di maktab kesayangan..hehhehe ..terpaksa melupakan hasrat nak balik awal sebab takut dapat surat cinta warna pink..huuuhh seriau... >.<

Sebenarnya sekejap je..tak rasa lama pun walaupun seminggu ain duduk kat maktab ni...tak p kelas...dok je dalam bilik..apa lagi on9 je la..hehehe..
Terima kasih dekat kawan-kawan yang sudi temankan ain..buat ain rasa tak sunyi..hehe tak kira kawan kat maktab ke..yang dah ada kat rumah via phone ke atau pun kawan-kawan on9..

semester 1 pismp ni dah banyak mengajar ain..mengingatkan ain yang seorang guru pelatih itu harus sentiasa bersedia nak jadi seorang guru...tak kira lah apa pun waktu..kena siapkan assignment....hehe dan yang tak dapat lupa..1st time assgment kami sekelas kena reject..dua subjek plak tu..major lagi..hehehe..tapi tak takpe..kami belajar dari pengalaman insyaALLAH..

semoga waktu yang berbaki lagi 3 tahun setengah ni cukup untuk kita sekelas merapat kan lagi ukhwah....sama-sama susah..sama-sama senang....kita kan adik-bradik.. ^,^

ermm cuti ni banyak plan nak buat...macam busy je..hehehe
luangkan masa dengan family...kawan...lama tak jumpa..rindu...
cuti ni pun nak kurangkan on9..hehe bukan pe..halangan coverage la..hehehe..insyaALLAH ada waktu nanti on9 jugak..heheh..

ok tu je ain nk story....kat sini ain nak minta maaf pada semua terutama sahabat2 atau adik bradik KS2...kalau ain ada buat salah..atau terkasar bahasa...mnta maaf sangat2..insyaALLAH jumpa sem depan..hehe

Wassalam

p/s:moh p makan kenduri~~~ yay!

Monday, May 31, 2010

JurAng aNtaRA KaSih KepAda KawAn & CinTa KePaDa KekasiH...WuJUd?


Assalamualaikum..........

31 Mei 2010...
2.33 pagi....

tak tau kenapa pagi ni ain nak post tentang entry jiwang-jiwang plak...huhu..
mungkin sebab ain sekarang dah addicted dengan novel yang ain beli hari tu..Bintang-bintang Ke Syurga karya Xarine....nanti next post ain story pasal novel tu ek..^.^

kekasih dan kawan...

mesti ada diantara kita pernah mengalami kes dimana menaruh perasaan terhadap kawan sendiri..atau kawan menaruh perasaan dekat kita....ain ni bukan pakar sangat bab-bab macam ni...hanya mahu berkongsi...and plus..ain tak pernah tau kes camni! =.=" jangan fikir bukan2....tulung la~~~


kita tau semua insan ada perasaan sayang dan suka..cinta...Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar... Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah :Riwayat Ahmad..

cinta ini adalah dari naluri dan nafsu..otak yang mengawalnya...jika kita tiba-tiba jatuh cinta dengan sahabat sendiri atau dia meluahkan isi hatinya..........bagaimana? mesti seperti dentuman dari gunung berapi yang mahu meletus...seperti bom yang jatuh meletupkan sebuah daerah...bila sahabat yang selama ini kita letak kedudukannya sebagai teman biasa..tiba-tiba menaruh perasaan.......menerima atau menolak?


Jika dulu..kita menganggap dia sebagai seorang teman sejati..pendengar yang setia...pelawak yang menghiburkan....pemujuk segala kesedihan....tapi sekarang? setelah dia meluahkan perasaannya..dan kita menolaknya atas dasar KAWAN........MUNGKIN...hubungan menjadi dingin..keruh..tiada lagi persahabatan..kerana wujudnya rasa cinta...kerana kes hati..persahabatan putus..macam tu je..betul ke?


ain ada mendengar beberapa pendapat dari kawan-kawan..ada yang mengatakan lelaki dan perempuan tak boleh bersahabat..mesti wujud rasa cinta...tapi yang mana yang menolak pernyataan tu berkata bahawa itu bukan cinta..itu kasih seorang sahabat.....

kasih kepada sahabat mungkin berputik menjadi cinta....tu tak dapat dinafikan...mcm yang selalu kita tengok dalam drama-drama..novel..percintaan bermula dari status KAWAN.....

Antara seorang kawan dengan seorang kekasih terlalu banyak perbezaannya. Kawan adalah insan yang kita temui terlebih dahulu sebelum kekasih. Seorang kawan yang baik mungkin dapat menjadi kekasih kita suatu masa nanti namun bukan semua kekasih boleh menjadi kawan yang baik.

rumitnya kes ni..sebab tu tak nak fikir sangat...bagi kawan-kawan yang pernah mengalami kes macam ni...buat la pilihan terbaik...tapi ingat.....
cinta pada Yang Maha Esa adalah yang utama...ingat laranganNya.....patuh suruhanNya...

jika inginkan pasangan yang baik..beriman...kita dahulu kena menjadi seperti itu...

petik kata dari mashury..

CINTA…ITU SEBUAH ANUGERAH
cinta adalah rasa yang tertanam dalam diri setiap hamba.. tak ada cinta yang merosakkan namun cinta akan selalu mengarahkan… cinta murni bila ia digerakkan dengan keikhlasan dan keimanan…
CINTA ATAS DASAR KEIKHLASAN DAN KEIMANAN ITULAH CINTA YANG INDAH.. CINTA YANG TERBEBAS DARI AKAL.. FIKIRAN..DAN NAFSU........

Wassalam.....

Wednesday, May 26, 2010

Tolong la sayang..tolong~~



Assalamualaikum....

Hari ni rajin nak update blog di kala senja...tak tau kenapa rajin update blog masa ni..mungkin lepas balik exam kot...lepas tension..hehehhe.tadi exam sosiologi..ok la...nak buat ucapan ringkas tapi bermakna kat mr teh...tq mr teh..hehe

Ok la..harini ain nak sentuh pasal buang baby....walaupun baru sekarang nak cite*even org dah lama dah cite pasal ni* tapi ain tetap nak cite jugak..nak kongsi..sebab benda ni makin lama makin menjadi2 plak kan...hurm *mood sedih..* :(
doa supaya kita jauh dari melakukan perkara yang dikutuk dan dilarang olehNya..amin..

dulu masa kecik2..dalam umur 5 tahun kot..entah kabur2 la ingatan ni mcm pilem itam putih ada bunyi srettt srettt....jap..ketok2 dulu.....dang dong dang..

aaaaaaaaaaaaaaaa ok2 da clear...ermm

kalau ada berita pasal baby ditemui dalam plastik sampah..atau dalam toilet....
mak mesti cakap cmni...
"laaaa sape la yang tak sayang anak ni...xnak bagi kat aku....nak aje aku bela"

masa tu...dalam hati terdetik....
"aii mak ni...tak sayang adik dah ke..nak ambik baby orang yang kotor tu jadi adik orang...xmauuuuuuuuuuuu~~~"

pastu tanya la mak...

"mak nak ke baby tu..kotooor la mak...pastu nanti kalau mak dia cari cmne?" aaaaaa sape nak jawab...heehehehehhehe*gelak sambil picit mata beruang panda...*

"ala...mak mandikan la dia....tak de nye mak dia nak cari..kalau tak kenapa mak dia buang"

"sebab dia kotor la kan mak?" *banyak tanya btul masa kecik2* =.="

"mak dia tu yang buat benda kotor...em xpe la..xde pape.."
"apeee makkk?? tak dengar..mak ni cakap pelan2 plak.."

da meningkat dewasa baru ain faham ape maksud mak tu....disebabkan kesalahan ibunya...anak kecil jadi mangsa...yang tiada dosa...seperti kain putih yang bersih..layak ke ibunya digelar ibu?.......

kenapa tak sayang baby yang comel tu..kenapa buang??........cuba kalau kita empati...rasa kita dalam diri mereka..kita fikirkan benda yang sama ke??...YA ALLAH...

baby tu belum sempat celik lihat dunia...kalau yang Islam..sempat ke Qamat kan?
Ya ALLAH.... :(

terngiang-ngiang kata Ustaz masa kelas TITAS haritu...ikut kajian..sehari ada berbelas2 kes buang bayi kat Malaysia ni........kalau setahun???..ermm...

Ramai pasangan suami isteri kat luar sana yang tak de rezeki nak timang anak...usaha nak anak..tapi yang ada...buang sana..campak sana...

dunia akhir zaman..........kita sebagai manusia dan hambaNya tambahkan ibadat..sama2 kita...

Akhir sekali...sayang la manusia..sayang la sesama kita...tolong...sayang~~~ :)

Tuesday, May 25, 2010

BaS OoooO BAs ~ RuMah KetiGaKU



Assalamualaikum...

Dikala ain menaip *terasa mcm penglipur lara tetibe tak pasal2* :P ain baru lpas habis exam sains sosial...examnya sesusah seperti nak sebut namanya....huhu..ain memang suka memasak dalam dewan exam ni..tadi siap buat gulai kawah lagi...tak pe la..asalkan ada jugak boleh jawab kan...ermmmmm sedapkan hati ku..hehehehhe :)))))

ok sudah! sudahhh!! sudahhh!! *gaya seorang ayah dalam drama melayu yang xmau dengar anaknya explain pasal kenapa anaknya tak balik bertahun-tahun* lupakan yang dah berlalu...ingat yang baru...yela...air hujan yang jernih tu pun turun dari langit yang gelap....ujian...nama pun exam kan...

oklah jom kita bercatwalk kat tajuk baru kat atas tu...BAS...KENAPA AIN SUKA BAS?? SUKA KE?? suka pun sebab bas la yang bawa ain balik tiap2 kali cuti...*sem ni selalu cuti kan?hehehhee* tiba2 je nak tulis pasal bas ni sebab semalam baru call abah suruh beli tiket nak balik 4hb ni..yelaa kan cuti time tu..dengan budak2 sekolah setahun jagung lagi nak balik cuti...dengan budak2 maktab lagi...takut la tiket habis kan *selalu terjadi kepadaku.. :(* baru la terfikir nak menyanjung bas kan..hehehheheheh...

ain selalu balik Teluk Intan Bandar ku Tercinta Indah Dan Permai Seperti Penduduknya ^.^ tu naik bas T************L ...ok la bas ni kira melengkapi keperluan pengguna la...tempat pun selesa...selalu ain dapat duduk kerusi single je..hehehhehe tapi kadang2 duduk kerusi double tu...tiap kali duduk kerusi double ada je duduk sebelah orang yang..macam2 la..manusia kan...ain pun kadang2 pelik jugak..hehe

Ada la satu masa tu...........................................

Masa tu ain baru sem 1 kot...baru je berjinak2 balik naik bas ni kan...duduk kerusi double...masa naik tu mata dok melilau cari tempat duduk....yela tak hafal lagi kan tempat duduk....*ala sekarang walaupun da duduk penang 2 tahun tak hafal lagi* mata tetiba fokus kat satu susuk makhluk...hehe xla...ada la orang ni...macam nak panjat kerusi bas tu sebab nak letak barang kat atas...nak kata kurang ketinggian tak pun..kenapa yang PERLU panjat kerusi tu...sian sape yang duduk sebelah dia..kerusi telah dikotori....ish2...

ain meneruskan pencarian kerusi yang bertuah...erk! tengok number kat tiket..3A...tengok kat atas kerusi tu...3A/3C...mengapa mesti daku yang duduk atas kerusi yang telah dipijak tadi..waaaa dengan muka senyum buat2...ain pun p la kat kerusi tu...buat2 pandang kerusi yang kotoq tu..dan dengan hati budiman dan memahami insan tu pun sapu la kerusi tu sambil kata "sorry..ok da bersih..sila duduk" dan senyum2..heheheh....baik..anak sape ni*dalam hati berkata..*

Lepas tu..dalam beberapa minit...bas pun bertolak..lepas lambai2 family kat luar..mata pun macam mengantuk je...memang bajet nak tido pun....tapi............"saudari ni student ke?" si orang sebelah bertanya dengan sngat supan...em masa tu tak la rasa pape pun sebab memang lumrah la nak besembang masa baru bertolak tu kan..lagipun mata pun tak la mengantuk tahap extreme lagi...
"aah...student..student jgk ke?" :)
"aah usm...saudari??"...
"oooo usm....study kt maktab..."
"waa maktab..bakal cikgu la ni ye.." sambil tersenyum siniss~~
"InsyaALLAH..."

diam jap....rasa macam sampai situ je ye perbincangan ni encik orang sebelah...mahu tido...

5 minit kemudian....mata da nak lelap..

"Lama dah study kat maktab? sem bape dah ni?"
why?...why?...dia masih bertanya...xpe la...ok je lagi..ermm
"baru je..baru masuk last month.."
"ooo..saya dah sem 3 kat usm tu..lama dah..hehe"
"ooooooooo*buat2 macam excited mendengar jawapan yang tak ditanya...mungkin anda sume rasa saya seorang yang tak ramah* >.<

dan nak dipendekkan cerita ni....encik orang sebelah ni xbenti2 bercerita...sampai la penang...best kan...kalau cite dia tu macam cite princess and frog ke macam yang mak baca suruh tido dulu xpe la...ni tak..habis dia cite pasal usm tu...dari pensyarah sampai la mamak jual ABC depan usm...ermm xpe la...saya memang pendengar yang setia...rasanya ain banyak ulang 3 perkataan ni je...OOOO...yeke???...hehehehe....

tapi...tu pengalaman kan..dan dapat kawan baru..smpai sekarang kami contact lagi..hehehe lawak la...sampai sekarang ain panggil dia encik orang sebelah...hehhehehe....

bukannya ain tak suka orang sembang dengan ain dalam bas..cuma ada masa tertentu ain mengantuk..hehe ain bukan selalu tido dalam bas pun...

walau macam mana pun..bas dah macam rumah ketiga dah..*bak kata capikah rajiji* kiranya elaun ain separuh habis beli tiket bas je..hehehhe

ok..tu je yang ain nak story..usaha untuk Sosiologi esok...bak kata MR TEH....kamu boleh jawab pya...InsyaALLAH..doakan ye..

Wassalam...

Saturday, May 22, 2010

Da TamBah 1 AngKa ...KiNi 20~


john....hehe

Assalamualaikum....

Post pertama setelah bergelar individu 20 tahun pada 14 Mei 2010...hehehheheh...dah tua..
YA ALLAH aku bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku sepanjang hidupku ini YA ALLAH...

Usia 19 tahun da banyak mengajar ain dalam macam2 hal....soal hati..komitmen dan cara nak bahagi masa...bukan senang dan bergelumang dalam hidup seorang pelajar ni kan...macam2 hal kena fikir...

Hari jadi ain tahun ni istimewa sikit..hehehe sebab sama dengan hari terbuka kolej kediaman maktab....kiranya macam meraikan besday ain sekali la...*perasan* >.<

Sempat la jugak masa buat banner untuk blok gemilang ni...conteng skit kt banner tu...wish besday utk diri sendiri..hahahhahaah ^.^

malam tu...ain dapat banyak wishes dari kawan2..tenkiu smua..........ain sayang korang..hehehhe..family pun..time kasih abah,mak,abang *walaupun wishnye agak lawak "happy besday..hahaha"* dan juga yam yang comel * mesti kembang kempis bila org kta cute :P *

tak lupa jugak yang bagi hadiah kat ain...kak filzah...ell...tq!!!

tapi yang agak kurang best bila time ni musim exam..maka mood untuk bergayut menghabiskan free call pun agak terbantut..jadi kat sini ain nak mohon maaf la kat sape2 yang terasa ain kurang call dia..hehehehe

Ha...ada lg 1..hehehehe agak bangga bila anak sedara kak nurul yang lahir pada 13 Mei telah dimakan sempena nama ain..hahahahah tapi bukan sengaja pun...hehehe asalkan ada ain kan?...Ain QIstina..KITA GENG!!!

ada lagi 1 cite ni.....pada 8 dgn 9hb April....ada 2 peristiwa berlaku..jeng2...hehe..xla suspen mana pun....8hb tu ain dengan sume classmate KS2 da p Rehlah Ukhuwah kt Bukit HIjau....besttt sangat..makan2..mandi2...kira macam merapatkan la lagi hubungan kami yang macam adik bradik ni kan...hehe..lepas tu rupanya ada komplot nak mandikan ain dengan ell sbb besday kami...tapi lawaknye xjadi...atas sebab2 perikemanusiaan..hehehheee....ada ke capikah sempat tanya ain xpe ke kalau simbah air kat orang? ain yang blur pun jawabla dengan berhemah tanpa memikirkan apa2 yang negatif pun...ermmm...

9hb tu plak kami join pertandingan bola baling....ehheheheh walaupun kalah tapi kami tetap berani kan masuk bertanding.....agak ganas la permainan kami...sampai ada yang injured termasuk lah diri ini...ehehehhehee...tangan sakit smpai p xray..tapi xde pape..ok je....tapi sakit nye ada lagi la...effect jgk masa exam aritu..huhuhu sabar je la...

Tahun ni besday ain diceriakan dengan macam2 aktiviti...hehehehe best sangat...ain harap bila dah 20 ni fikiran pun semakin matang....ada perubahan dalam nak meningkatkan prestasi diri sendiri InsyaALLAH...dan juga sentiasa ingat bahawa Dia yang berkuasa...yang memberi kita nikmat di dunia ni...

Wassalam

p/s : tq fir sbb nak jadi kwan ain lg..heheh :)

Tuesday, May 4, 2010

Tentang Pilihan...

Assalamualaikum...


Pilihan, bukanlah suatu hal yang mudah dan senang untuk dilakukan dan bukan mudah untuk membuat keputusan berdasarkan pilihan..

Pilihan boleh dibuat melalui pertimbangan..tapi kadang - kadang pertimbangan tu dipengaruhi dengan hati..tanpa akal...hasilnya..kecewa..gagal...sedih...

Pilihan perlu dibuat dengan akal..dan juga hati..antara peratus untuk akal dan hati tu pun perlu pilihan...jangan hanya ikut perasaan atau tindakan orang lain...hanya kita..diri kita..InsyaALLAH..

Pilihan juga perlu dibuat walaupun pilihan yang kita mahu tu melukakan orang lain...kadang-kadang tak mengapa untuk pentingkan diri sendiri ke arah kebaikan...
Orang itu harus faham..yang kita punya pendirian dan juga ketetapan diri...lebih lagi jika berkaitan dengan perasaan..jika dia faham tentang pilihan yang kita buat..bermakna benar dia FAHAM kita..hanya masa yg menentukan..

----------------------------------------------------------------------------------

lama dah ain tak update blog..busy dengan asgment..sekarang baru lapang sikit tapi mood exam da start *tapi mood study belum tiba..dimana2x?? hehe

banyak benda yang ain lalui sebelum ni...buat ain berfikir..ada sesetengah perkara yang kita anggap penting sebenarnya tak penting pun..abaikan da lupakan...jangan jadikan benda tu sebagai tali yang mengikat otak kita untuk berfikir tentang perkara lain yang lebih mustahak dan penting...jangan jadikan sesetengah perkara tu sebagai remote control yang mangawal hati kita..tapi...macam mana nak kurangkan rasa bersalah?? erm...ain tak dapat lagi jawapan tu...

exam da makin dekat ni...rasa macam nak balik rumah study week nanti..nak tahan diri dari on9..eheheh...wish me luck ok....
Ok tu je post harini..lain kali menaip lagi..jika ada kesempatan..insyaALLAH

Wassalam...

Friday, April 2, 2010

Xde IdEa........perlu brainstorming lagi..huhuu

Assalamualaikum....

Hati rasa macam nk tulis something...tapi tak tertaip...tak tau kenapa....isinya dah ada tapi tangan tak nak taip....huuuuu

Apa sebab dia.....hurmm..mungkin tekanan assignmen...atau yg lain...xtaw la...

Mungkin apa yang nak ditulis berkaitan dengan hati....tapi hati sendiri yang tahan tangan ni dari nak menaip ttg tu..

wait n wait..sampai tangan rasa hendak menaip... :(

Friday, March 5, 2010

Jealous?? Apa tu??


Sekadar gambar hiasan... :P

Assalamualaikum....mula mula sekali nak buat pengumuman sekejap..jangan rasa pelik atau pe..da lama ain tak update blog dan harini ain nak update dengan post yang agak garang...sila faham...har3x..

Jeleous atau dalam BM disebut sebagai Cemburu ye rakan-rakan...mari kita tengok Cemburu secara fakta....

1) showing extreme cupidity; painfully desirous of another's advantages
2) an emotion and typically refers to the negative thoughts and feelings of
insecurity, fear, and anxiety over an anticipated loss of something that the
person values, such as a relationship, friendship, or love.

oooohhhh tu rupanya..fikiran negatif??

Ada artikel bagus tentang CEMBURU. Diambil dari Buku Gilbert & Reinda Lumoindong.

Definisi :
-----------
Sebuah perasaan dalam hati tentang keraguan dan ketidaksenangan akan sesuatu tanpa alasan yang jelas. Kecemburuan tidak hanya dalam hal cinta namun juga dalam kehidupan sehari-hari.

Jenis-Jenis Cemburu :
--------------------------
1. Cemburu cinta : perasaan cemburu yang timbul karena orang yang kita cintai telah membagi cintanya.
Cemburu cinta dibagi 2 :
* Cemburu beralasan : perasaan cemburu yang memang disokong oleh fakta-fakta yang ada.
* Cemburu buta : perasaan cemburu yang membabi buta, meskipun tanpa disokong oleh fakta.

2. Cemburu sosial : perasaan cemburu yang timbul terhadap orang yang status sosialnya berbeza dengan kita.

3. Cemburu status : perasaan cemburu yang timbul terhadap seseorang kerana perasaan iri hati.

Ciri-Ciri Orang Cemburu :
--------------------------------
1. Tiba-tiba marah tanpa alasan yang jelas.
2. Cenderung menyerang.
3. Selalu bercakap dari sudut negatifnya.
4. Cenderung memerhati
5. Emosi tak stabil

Akibat Cemburu :
----------------------------
1. Cinta menjadi tawar.
2. Cenderung melakukan tindakan-tindakan destruktif.
3. Merasa diri yang paling benar.
4. Cenderung membalas dan menjatuhkan.
5. Tidak peka akan Tuhan.

Menghadapi Orang yang sedang Cemburu :
-----------------------------------------------------
1. Dengarkanlah !
2. Terimalah pandangan-pandangannya.
3. Tenangkan.
4. Beri penjelasan tanpa menyerang.
5. Ajak berfikir logik.

Ain tertarik nak kongsi tentang sikap negatif sebab ain rasa ia perlu diterangkan..entah..entahh...(da tak tau nak type apa)

Oleh itu bagi rakan-rakan yang sering dilanda perasaan cemburu..kurang-kurangkanlah..sebab tak baik untuk kesihatan mental kita...kalau terasa emosi dah bergelora..istighfar banyak2 insyaALLAH tenang hati...baca Al - Quran...sama-sama la kita berpesan ya.. :)

Wassalam

Monday, February 1, 2010

Namun Ku Punya Hati~~






Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua..

Assalamualaikum...

Kalau kita hayati lirik lagu nyanyian Revolvers ni..mesti..walau sedikit..ada rasa seperti sesuatu yang mengusik hati kita...entah kenapa tiba-tiba ain rasa nak dengar lagu tu..lepas terbaca 1 artikel dekat web...tentang anak-anak yatim..sedih..sedih sangat...air mata jatuh free2 je..*nyata dan pasti saya seorang yg penangis@ciwek*

Lagu ni mengingatkan kita tentang rintihan hati..rintihan hati seorang yang serba kekurangan..tak kira la dari segi fizikal atau apa2 pun...lagu ini sekadar kiasan..kiasan sudut hati mereka...ain teringin nak menyelami kehidupan mereka..berkongsi suka dan duka....kalau diizinkan Tuhan dan dipanjangkan umur...menubuhkan satu rumah harapan..InsyaALLAH...

Dalam pemerhatian dan pembacaan ain..melalui internet..drama tv..dan macam-macam lagi..diskriminasi ke atas golongan yang tidak berdaya ini sudah dianggap biasa..menjadi satu kuasa magnet untuk menarik penonton menangis di depan tv...dan bila cerita tu dah habis..lupa..lupa untuk ambil pengajaran dan rasa simpati untuk orang berkenaan..

Si A : Ish rimas betul la...main gitar bukannya sedap pun..menyemak jalan je dorg ni..

Si B : Betul la..tau la cacat..p la cari rumah kebajikan suruh dorang bagi makan..kenapa la duduk kat sini..boleh dapat berjuta2 ke..

Masyarakat yang prihatin ke macam ni? Ain yang mendengar perbualan ni rasa pelik..takde langsung ke rasa belas kasihan..sikit pun..dialog setahun lalu di Puduraya ni tak senang ain nak lupakan macam tu je...*sempat bagi jelingan maut kat 2 mamat gaya ala2 corporat man...* >.< walaupun tak dapat nak beri pertolongan secara hard copy...bagila secara soft copy
ada rasa simpati pun dah cukup..tak suruh pun bagi berjuta ringgit..


Si C : eh minah(bukan nama sebenar) ,ko nampak tak si "bisu" tu? dari pagi tadi aku cari..mana la dia menempek ni..saja la tu ..curi tulang..geram betul!

Si D : Ala ko ni gayah(juga bukan nama sebenar) macam la ko tak tau..si "bisu" tu time2 macam ni kan dia lipat stok baru kt belakang..ko p la tengok..ko nak buat ape dengan si "bisu" tu?

Si C : Ade la...aku kan suka melayan si "bisu" tu..nak suruh dia gantung baju kat depan tu la..aku malas nak buat..hahaha..(gelak macam pape tah)

Situasi ni berlaku dekat sebuah kedai kain..masa tu ain nak beli barang untuk p PLKN..kenapa 2 individu ni guna si "bisu" untuk memanggil seorang gadis belasan tahun yang cacat pendengaran dan tak boleh bertutur secara normal..dia tak de nama ke..dia tahu tak dia kena panggil macam tu?? kalau dia tahu mesti dia sedih kan..?
persoalan ni bermain2 dalam kepala ain.... T.T

Dalam kita belajar dalam sekolah kehidupan ni..satu benda yang kita perlu ada..pakej 2 in 1..rasa simpati...dan empati..tak kena bayar pun kalau ada rasa tu..kita kena ingat bahawa mereka melalui semua perkara yang membebankan..dan kita yang tak merasainya harus bersyukur kepada ALLAH dan jangan lupa untuk melabuhkan tirai kasih kepada mereka...

Golongan yang serba kekurangan ini perlukan golongan masyarakat untuk menyokong mereka..tanpa ada balasan pun..mereka juga ada perasaan..bukan seperti patung yang hanya ada bateri untuk berbunyi dan menyanyi riang..senyuman mereka adalah penawar.. :))

Jadi..konklusinya..sama-sama la ain..dan kawan2 semua renungkan...betapa ALLAH kasihkan orang2 yanh mengasihi saudaranya...

Wassalam...

p/s : entry yg sedih...sambil blogging dgr lagu revolvers ni..basah kertas Sosiologi atas meja..huuhu..n that time..I miss my friend Ila soo much...

Monday, January 25, 2010

Awak...Saya Sayang Awak..taw x??

Bila saya pandang awk masa 1st time kite jumpa...saya terus tengok awak...tak tengok tempat lain dah...tengok awak je..awak pun tengok saya..saya terus suka kat awak..

awak macam bercahaya je masa tu...suka tengok...hiihi..

Baju awak warna merah..sama dengan saya..merah jugak...sama la pulak..hehe

Kita kenal-kenal..lepas terus rapat..best sangat...masa tu saya baru masuk maktab....awak teman saya sepanjang proses nak kenal maktab ni....setiap moment awak dengan saya...tak pernah missed pun...

Dalam banyak - banyak kawan,awak antara yang saya paling sayang..sebab tu saya pilih awk jadi yang special dalam hidup saya... :)))

Awak penting dalam hidup saya...sebab ada awak saya rindu..sebab ada awak saya happy..dan sebab ada awak saya sedih..tapi kadang2 je..

Awak buat saya menyayangi...buat saya rasa semua orang penting dalam hidup saya...role awak banyak sangat....sebab tu saya suke kt awak...

Satu hari tu..saya belikan awak hadiah...jadi peneman awak...cantik and cute...saya suka...haha

awak harta yang penting dalam hidup saya...saya jaga awak baik2...betul2...bagi awak tak kena sebarang cacat cela pun..

I love u my HANDPHONE...NAK DEKAT SETAHUN AWAK DENGAN SAYA....SAYANG AWAK SONY ERICSSON K530I...!!!



p/s..xnak tunjuk hp ain yang real...haha

Friday, January 22, 2010

Sejak Dua Menjak ni...

Assalamualaikum...

harini tak berapa nk sihat la.....btul-btul rasa letih semacam je...kenapa tak taw la..lapaq pun ada...stress pun ada ( yela elaun yang ditunggu tak kunjung tiba ) orang lain ada yang dah enjoy dengan duit elaun...siap makan mcD lagi...fusssss~~~ sabaq ain sabaq..... :P

takpe la...tak ada rezeki lagi la tu...mungkin minggu depan...bulan depan...masuk la...(klau tahun dpan camne?)..huhuhuh....balik kepada cerita asal...sejak dua menjak ni ( sila jangan ikut gaya bahasa pelik ni)..semenjak duduk belakang kat dalam kelas....ain da berubah la..hehe...dalam kelas asyik gelak je...sampai pipi da bertambah 2 inci da asyik gelak je...(lawak sahaja). Mana tak nye...duduk sebelah kak pa..ada je lawak dia...ahahahahha..ain dengan ell plak jenis yang urat gelak longgar je...pastu duduk belakang ni boleh tengok gelagat semua orang kt depan..hehehehehehhe(gelak jahat)..lagi2 masa lec yang agak lama dan B*r**g...mcam macam dorang buat...hehe



Selain daripada banyak gelak..sem ni ain da jadi rajin sangat salin nota...sampai kt bilik pun sebok salin nota...kalau dulu bukan main berat lagi tangan nak menyalin nota lagi2 dekat bila lec present p.point...ngantok je..tapi lani awat cek tukaq jadi cmtu* tetiba ckp utara ??

mungkin sebab tarikan drpa fail2 ISL setebal kamus yang masih kosong n berlambak kt bilik tu kot...MQA pya pasal la..awat la rajin sangat dorang nk check fail..huhuhu..semangat membara salin dan buat nota datang macam air terjun bila nmpak fail tu...hehehe..walaupun mata kejap kecik kejap besaq sebab tak nampak slide kt depan...tapi usaha jugak bagi nampak..agak2 tak dapat tiru orang sebelah la..hehehehe



Ada story lain plak ni...mggu ni ain jadi fasilitator untuk KPLI yang baru masuk...untuk malam kebudayaan..best sangat walaupun mula2 rasa jangak..*ecececece
walaupun xmenang tapi dorang da buat the bestttt~~ credit to kakpa sebab group dia menang....*sory xde pic sbb kabur la pic tu...sape la cameragirl nye huu>>>kak pa.. :P

Ni zaman kegawatan.....zaman ain makan sikit,,zaman ain suka makan roti dan minum ayaq masak...zaman ain suka joging...zaman ain suka window shoppping@ tgok baju kt mall sambil mata terkebil-kebil...zaman selalu nak balik rumah..zaman mimpi malam pasal duit je...zaman~~~bla ...bla...bla...conclusionnye istilah yang ain dan ell guna zaman miskin....elaun tak masuk lagi...when??? when???? persoalan yang susah nak jawab bak soalan chemistry zaman spm dulu....tak pe la...rezeki tak da lagi...sabar ye ain...sabar kan separuh dari iman...

ermm minggu depan ain nak balik rumah kejap...nak beli barang untuk BIG....uhu tak sabaq ada...takot pun ada nak p BIG...hehe...

Ok la..sampai sini je story telling ain harini...bila2 nanti ain sambung InsyaALLAH...

Wassalam

Thursday, January 14, 2010

Nurul Ain Zubaidah Dulu - dulu

Assalamualaikum...

Hari ini sudah masuk hari ke 11 ain bergelar guru pelatih 1PISMP...sepanjang 14 hari ini..semakin lama ain dapat rasa 'bau-bau' kesibukan yang bakal ain hadapi sepanjang sem ni dan seterusnya..tapi ain tak nak mudah melatah..ain akan cuba untuk berusaha sehabis baik! InsyaALLAH...

Baiklah harini ain cerita pasal ain masa dulu - dulu..masa zaman kecil-kecil atau dalam bahasa yang agak susah nak diterima..zaman muda-muda dulu(sekarang pun muda lagi tau) walaupun hakikatnya dah nak sampai akhir remaja bak kata Encik Khalil..hehe

Masa 4hb yang lepas ain ada membaca petikan surat khabar yang memaparkan adik-adik tahun 1 yang mula bersekolah...macam - macam ragam dapat kita tengok kalau budak- budak 1st time masuk sekolah kan...heheehhe..tapi rasanya adik-adik zaman sekarang ni mungkin dah biasa sebab masuk pra sekolah kan?..ada yang 4 tahun da masuk tadika...ain dulu 5 tahun da start sekolah tadika...kalau tak umur 6 tahun tapi disebabkan kejelesan yang teramat sangat dekat abang yang masuk tadika masa tu...ain turut di'sekolah'kan bersama...hehehe minat tau nak p sekolah..sampai guling-guling masuk dalam longkang mengamuk nak p tadika sama abang..hehehe sape la tu???

Masa tadika tu semuanya best....datang asyik nak main je..da la banyak mainan...tanah liat..lego...anak patung..buah-buahan tipu-tipu..best sangat..hihihihi

masa tu walaupun ain 5 tahun tapi ain dapat no 5 masa exam..hehehe tapi tak dapat lawan dengan abang..dia no 3...frust sangat time tu..huhuhuh

lepas tadika ain masuk sekolah rendah...masa tu 1997....(lama da) tak rasa lain pun sebab da 2 tahun tadika..lagipun kawan-kawan tadika ramai..hihii tak hairan pun mak tunggu kat luar....sehari je mak tunggu lepas tu tak da....

sekolah rendah ain tu namanya SK KHIR JOHARI SG SUMUN...6 tahun ain sekolah kat sana....macam - macam pengalaman ain kutip..dan yang paling penting ilmu2 yang ain timba dari cikgu-cikgu kt sana....cikgu jabariah,ustaz mat,cikgu masrina,cikgu rosnan,cikgu ibrahim,cikgu zul,ustazah hajar,banyak lagi la kalau nak sebut....ain sayang semua!..

masa tahun 6 ain jadi ketua pengawas..hehe...masa kena lantik tu ain memang tak jangka langsung..tiba-tiba je nama ain naik...uhuhu rasa berpinar-pinar jugak la masa tu...apa tak nye masa awal2 tahun ain jadi pemangku penolong ketua pengawas je...ain ingat jadi penolong je la...sekali ketua..huhu....lemah semangat jugak masa tu...tapi still waras...hehehe

susah nak bawa tugas ketua pengawas ni.lagi2 masa tu ain tak la pandai sangat pun kan..tertekan pun ada..huk2..ok la xnak crita pasal yg sedih2..hehehe...

masa sekolah rendah dulu ain slalu jadi ketua nasyid...bez sgt....tp xpnah menang pun klau lawan kt luar..huhuhuuhuuu...setakat nyanyi kt anugerah tu gempak la jugak..hehe

cerita sume ni wat ain rindu sangat dengan kawan2 lama...korang..contact la balik...kita wat reunion ok...hehehe

ok la.....sampai sini je...nanti ada masa ain sambung...nk wat paper work utk program anak angkat,assingment ustaz syakib lagi..huuuuuuu >.< pastu nk p BIG la...excited nyeee! tapi sekarang tgh mengalami krisis kewangan..huhuhu elaun xmasuk lg... waaa >.>"

wassalam

p/s : SELAMAT HARI JADI YG KE 21 UNTUK ABANGKU TERSAYANG..NOORAZAM HAFIZI...SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN SIHAT SELALU....AMIN,,

Thursday, January 7, 2010

Alif Ba Ta



Alif Ba Ta...
dulu engkau mengeja makna keilmuan,
dulu engkau diajar membina harapan, demi kejayaan....

Satu Dua Tiga...
kini engkau mengira detik kematangan,
kini engkau terasing diufuk zaman, demi keilmuan...

Duhai Perantau!...
jika hendak mencipta jaya,
dikau harus mengorban usia,

jika hendak menjadi pencinta,
dikau harus menelan duka....

Dimanakah dukamu?
dukamu adalah tangis kelelahan,
dukamu adalah resah kegagalan, nuranimu kerinduan...

Diamlah!
sesungguhnya kesabaran mengasuh kedewasaan...

sumber :http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2168